Epilog

990 28 13
                                    

KEHIDUPAN SEHARI-HARI HUD KHALIF

Setelah kembali bersama, Hud dan Khalif membuat keputusan untuk tinggal sebumbung. Khalif kemudiannya berpindah ke sebuah apartment tempat Hud tinggal. Maka, bermula lah kisah sehari-hari mereka sebagai satu pasangan dalam rumah yang sama.

Hari Isnin

Kringgg!!

Bunyi deringan telefon Hud membuatkan Khalif terus terjaga dari tidurnya. Cepat-cepat dia matikan 'alarm' yang Hud pasang lalu menggeliatkan tangannya ke atas. Jam sekarang menunjukkan pukul 7.30 pagi. Walaupun Khalif selalunya ke studio pada pukul 10 pagi kalau ikut jadual, tapi dia tetap akan bangun awal.

"Abang, bangun!" Kejut Khalif perlahan sambil menggoyangkan lengan Hud yang sedang tidur separuh bogel di sebelah.

Hud memang seorang yang susah nak bangun pagi. Entah macam mana dia boleh survive bangun pagi tiap hari waktu berpisah dengan Khalif dulu pun, tiada siapa yang tahu. Ni bila Khalif dah tinggal bersama, memang dia lah yang akan jadi jam loceng manusia Hud.

"Hmmm.. ya ya," ucap Hud yang masih lagi mamai itu.

"Khal bangun dulu. Lepas tu beli sarapan kat bawah. Khal sampai abang tak bangun lagi, siap ya?" ugut Khalif.

"Uhmm.." pendek jawapan Hud.

Khalif kemudiannya melangkah ke dalam bilik air sebelum membasuh wajah dan menggosok gigi. Selesai aktivitinya di bilik air, dia lantas mencapai Hoodie berwarna merah jambu yang disangkut di dinding lalu keluar ke tingkat bawah apartment itu. Selalunya ada makcik-makcik yang jual kuih-kuih atau nasi lemak di bawah.

Kalau Khalif tak rajin, memang dia beli sajalah sarapan untuk mereka berdua. Tapi kalau mod Khalif untuk memasak tiba-tiba datang, kadang sampai dua hidangan sekali dia masak hanya untuk sarapan pagi. Minggu ni dia penat sikit sebab jadualnya sesak. Jadi dia malas nak masak dan buat keputusan untuk beli saja.

"Makcik, bihun ni satu, nasi lemak lauk kerang sambal satu," pinta Khalif.

Seusai membeli sarapan, dia menuju pulang semula ke rumahnya yang berada di tingkat 10 apartment tersebut. Masuk saja dalam rumah, sarapan tadi terus diletakkan ke atas meja makan lalu melangkah ke bilik untuk memeriksa Hud. Kepala Khalif digelengkan saat melihat Hud yang masih nyenyak tidur di atas katil.

"Hud Zikri!! Bangun sekarang?! Nak Khalif simbah air ke baru nak bangun?!" nada suaranya ditinggikan sambil mencekak pinggang dan memasang wajah masam. Hud pula terus pterbangun sebelum memaksa diri duduk di birai katil.

"Good morning, sayang," ucap Hud selamba sambil tersengeh macam kerang busuk. Kemudian, dia terus mendepakan tangannya ke arah Khalif.

Faham dengan perlakuan manja si buah hati, Khalif terus mendekat ke arah Hud sebelum dipeluk erat oleh lelaki yang masih lagi duduk di birai katil tersebut. Dia yang tadinya nak marah, terus tak jadi. Ubun kepala lelaki itu kemudiannya dibelai lembut.

"Malasnya nak pergi kerja hari ni!" Rungut Hud.

"Biasa lah, hari isnin kan? Siapa aje tak malas?" balas Khalif.

"Khalif dah mandi belum ni?" Hud mendongakkan sedikit wajahnya ke arah Khalif yang sedang berdiri itu.

"Belum,"

"Patut lah ucuk acam aje baunya. Mandi sekali lah jom?" Mendengar ayat itu, Khalif tertawa kecil. Bila sikap manja Hud ni datang, macam ni la jadinya.

"Jom.."

Hari Selasa

Seusai pulang dari kerja, Hud dan Khalif terus melabuhkan punggung mereka di atas sofa. Memang selalunya mereka akan pulang kerja bersama. Pergi kerja saja lain-lain memandangkan waktu mereka ke kerja berbeza. Hud tak benarkan Khalif naik kereta ke tempat kerja memandang dia akan menjemputnya pulang. Jadi, Haikal lah yang akan selalu mengambil Khalif di rumah.

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now