Bab 15

663 24 6
                                    

SUASANA agak kekok dalam perjalanan menuju ke rumah Puan Aida. Entah keajaiban apa lah yang datang dalam hidup Khalif bila rupa-rupanya Puan Aida adalah ibu kandung kepada lelaki yang sudah lama menjadi dambaan hatinya, Hud Zikri. Khalif hanya mampu duduk membatu di kerusi depan sambil memandang ke luar tingkap kereta.

"Macam mana kau boleh kenal dengan Umi eh?" Soal Hud, memecahkan kesunyian dalam kereta tersebut. Soalan itu langsung membuat jantung Khalif macam nak gugur.

"Err.. ki- kitaorang ju- jumpa waktu kat taman hari tu," jawab Khalif sedikit gugup.

"Ouh yeah, Umi pernah cerita dulu," balas Hud sekerat sebelum keadaan menjadi sunyi semula. Haikal yang duduk di kerusi belakang hanya memilih untuk diam. Selagi Hud tak keluarkan apa-apa perkataan yang menyakitkan hati Khalif, dia tiada masalah untuk terus diam.

"Sa- saya minta maaf," pinta Khalif perlahan. Hud memandang sekilas ke arah Khalif yang duduk di sebelahnya.

"Minta maaf? Untuk apa?"

"Ss- sebab saya tak tahu yang U- Umi tu mak abang. Kalau saya tahu, tt- tak ada lah ss- saya setuju untuk panggil dia Umi," mendengar ayat Khalif, Hud tersenyum kecil.

"Aku tak ada hak nak halang kau buat macam tu. Plus, Umi sendiri yang nak kau panggil dia Umi. Apa hak aku untuk halang kan?"

"Tt- tapi abangkan a- anak dia?"

"Khal, aku tahu aku pernah benci kau sebelum ni. Tapikan aku dah minta maaf? Can we just start to be a friend mulai sekarang? And aku tak kisah even Umi nak anggap kau macam anak dia sendiri sekali pun. Kita buka aje lah buku baru ya?,"

Mendengar ayat Hud itu, seolah-olah membuatkan Khalif menyedari satu perkara. Mungkin, akan ada cahaya yang akan menyinari harapannya untuk bersama Hud pada masa akan datang. Ya, dia kena buka buku baru bersama Hud. Dan ini adalah permulaannya.

"O- okay Abang Hud," ucapnya perlahan.

"So, dah tak ada gaduh-gaduh lah ni kan??" Soal Haikal yang tiba-tiba menyampuk perbualan mereka tadi.

"Hmm. Tak ada gaduh-gaduh dah," jawab Hud.

"Ha!! Macam ni lah baru betul! kan bagus kalau korang macam ni dari awal? Tak ada lah aku serabut tengok. Ni? Setiap kali korang jumpa aje, aku lah yang terpaling risau. Lepas ni tak ada lah aku cuak sangat kalau tengok korang berdua jumpa" bebel Haikal.

"Sorry lah Kal, aku tak tahu pula kau betul-betul risaukan si Khalif ni,"

"Gila tak risau?? Khal ni lah kawan yang paaaaling baik aku pernah ada! Dah lah baik, comel, penyayang, rajin pulak tu!! Percaya cakap aku Hud, once kau dah kenal betul-betul siapa Khal, kau mesti akan setuju dengan ayat aku ni!" Puji Haikal melambung.

"Eh Kal, sikit-sikit aje ya?" sinis nada Khalif sebelum melirikkan pandangan tajam ke arah Haikal.

"Hehehe, gurau-gurau," cepat-cepat Haikal mengukirkan senyum kambingnya ke arah Khalif. Hud pula sekadar membalasnya dengan senyuman kecil.

"Ni cuma sebuah permulaan Khalif. Aku akan pastikan yang aku akan jumpa semua bukti yang aku nak. Dan bila masanya dah tiba, aku akan sumbat kau dalam penjara dan kau akan dapat hukuman yang sepatutnya dari dulu kau dapat," bisik hati Hud sebelum mengukirkan senyuman sinisnya.

.

.

.

Sampai saja di rumah Puan Aida, mereka dijemput untuk masuk ke dalam dan terus menuju ke dapur. Kelihatan, banyak makanan yang sudah terhidang seperti lauk-pauk, kuih-muih dan juga buah-buahan. Dah macam nak buat kenduri pun ada.

Mereka kemudiannya duduk bersama di ruang tamu sambil menunggu kedatangan kawan Hud dan anak Puan Aida yang lain. Sambil itu, sempat Khalif dan Haikal memerhatikan ke segenap ruang dalam rumah tersebut. Boleh dikatakan, rumah ni memang besar. Mungkin rumah banglo, atau pun villa.

"Terima kasih sebab sudi datang ke rumah Umi yang tak seberapa ni. Hensem Khalif malam ni," ucap Puan Aida sambil tersenyum manis.

"Eh, tak ada lah Umi, Khalif biasa-biasa aje. Khalif pun nak ucap terima kasih sebab Umi sudi jemput Khalif datang sini," balas Khalif.

"Sama-sama. Kebetulan anak bujang Umi ni ha nak buat makan-makan sebab kawan lama dia dah balik dari United Kingdom, itu yang Umi ajak Khalif datang tu, boleh lah juga Umi kenalkan dengan anak Umi yang lain," ujar Puan Aida sambil memandang sekilas ke arah Hud dan mengukirkan senyumannya.

"Kalau Umi nak tahu, Khalif ni junior Hud dekat Universiti. Tak sangka pula dia yang Umi maksudkan as anak angkat Umi tu," celah Hud.

"Lah, iya ka?? Kecil aje dunia ni ya? Maksudnya korang dah kenal lah ni?" soal Puan Aida.

"Dah Umi," jawab Khalif pendek.

"Kalau macam tu, bagus lah! Senang Umi nak suruh Hud tengok-tengokkan Khalif dekat U tu kan?" Ucap Puan Aida sambil memandang ke arah Hud.

"Eh Umi ni? Siapa anak Umi sekarang ni? Dia ke, Hud?" Wajahnya berkerut tanda protes.

"Korang berdua lah anak Umi! Hud ni dah sado, tinggi pula tu. Boleh dah jaga diri sendiri. Tengok Khalif ni, kecil-molek aje orangnya. Apa salahnya kalau Umi suruh Hud tengok-tengokkan Khalif kan? Alah, anggap aje macam abang tengokkan adik," balas Puan Aida diiringi dengan ketawa pendek.

"Ish Umi ni, ada pula macam tu! Khalif kan lelaki? Khalif boleh aje jaga diri sendiri. Abang Hud banyak lagi kerja nak buat dekat U tu dari nak tengok-tengokkan Khalif,"

"Alah, tak ada salahnya pun kalau Hud ni nak tengokkan Khalif. Kalau Umi suruh, Hud okay aje kan?" Soal Puan Aida sebelum melirik ke arah anak bujangnnya itu.

"Ya Umi, untuk Umi, semua boleh! Nanti Hud tengokkan anak kesayangan Umi yang kecil-molek ni 24 jam ya?" Balas Hud sambil tersenyum kambing sebelum semua di situ menghamburkan ketawa.

"By the way, Khalif bawa kawan Khalif sekali. Tak apa kan, Umi?" Soal Khalif sambil memandang sekejap ke arah Haikal yang duduk di sebelahnya dari tadi.

"Eh, tak apa. Umi tak kisah pun. Kawan Khalif ni, siapa nama?" Soal Puan Aida.

"Errr.. Haikal, makcik," jawab Haikal pendek.

"Ouh Haikal. Ha, Haikal tak perlu nak panggil makcik bagai. Panggil aje Umi. Semua kawan anak Umi, anak Umi juga. Tak gitu?" ucap Puan Aida diselangi dengan tawanya.

"Baik, Umi" balas Haikal pendek. Kalau dengan orang baru, macam ni lah Haikal. Pemalu sikit.

"Assalamualaikum, Umi ooo Umii!!"

Semua fokus terus teralih pada suara laungan dari arah pintu di ruang depan rumah banglo tersebut. Kelihatan, seorang lelaki sebaya Hud, terus menerjah masuk ke dalam rumah tersebut sebelum mendapatkan Puan Aida, dan terus memeluk erat tubuh wanita tersebut.

"Eh, mamat kek hari tu? Apa dia buat kat sini? Dia anak Umi juga ke??" bisik Haikal.

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now