Bab 27

627 25 3
                                    

TANGAN Khalif digeliatkan ke atas setelah lebih sejam dia fokus menyiapkan segala tugasannya. Kerja bagi unit media yang perlu dia siapkan dapat diselesaikan awal, jadi dia gunakan masa yang ada untuk menyiapkan tugasan kos pula. Skrin telefon pintarnya diketik dua kali sebelum skrin itu terbuka dan memaparkan waktu sekarang.

Jam sudah menunjukkan pukul 12.15 malam. Teringat dengan pelawaan Hud, dia segera mencari nombor lelaki itu sebelum cuba menghubunginya. Bunyi deringan dapat ditangkap ke dalam corong telinga, namun panggilannya langsung tidak dijawab. Dia mulai mengeluh kecil. Dicubanya hubungi lelaki itu sekali lagi.

Tut tut tut tut

Panggilannya masih lagi tidak diangkat. Nak telefon Haikal, takut menyusahkan pula. Dah lah dia telefon Haikal dan cakap Hud yang akan hantar dia balik tadi. Mesti Haikal dah balik rumah. Takkan dia nak patah balik ke fakulti ni semata-mata nak ambil Khalif pula? Tak mahu dia menyusahkan kawan baiknya itu.

"Adik, dah pukul 12 ni? Rasanya adik kena balik sekarang," pengawal lelaki yang tiba-tiba masuk ke ruangan itu terus mengarahkan Khalif untuk beredar dari bilik tersebut.

"Err,, oo- okay pakcik. Lepas saya kemas barang apa semua, saya keluar ya?" Pinta Khalif. Pengawal lelaki itu sekadar mengangguk sebelum keluar.

Cepat-cepat Khalif mengemas barang-barangnya sebelum menutup semua suis lampu dan kipas lalu beredar keluar dari bilik itu. Sambil berjalan tanpa tujuan, tangannya masih ligat menekan simbol hijau pada skrin telefon untuk cuba menghubungi Hud.

"Mana Abang Hud ni? Tadi kata nak tolong hantarkan?" Rungutnya. Bukan nak marah, tapi kalau tak boleh nak hantar, kenapa berjanji tadi?

"...ish kau ni Khalif! Mungkin dia tengah bersukan lagi lah tu kot? Kejap lagi, dia telefon lah kau balik tu.." Khalif cuba menyedapkan hatinya.

Mata Khalif melilau ke kiri dan kanan untuk melihat keadaan sekelilingnya sekarang. Dia masih di dalam kawasan kampusnya. Keadaan juga masih terang. Yang dia risau bila dia dah keluar dari pagar utama kampus ini nanti. Sudah lah keadaan di luar sana tu gelap. Entah mana duit cukai jalan yang rakyat bayar lesap entah? Sampai duit nak pasang lampu untuk awam pun tak ada. Apa nak jadi lah dengan kes corupt negara ni. Ceh!

Beberapa minit berjalan, dia akhirnya keluar juga dari pagar utama Universiti tersebut. Nak tak nak, terpaksalah dia redah juga. Dia cuba juga hubungi nombor Hud tadi, tapi masih tidak diangkat oleh lelaki itu. Khalif ingatkan, sewaktu dia lalu pagar utama tadi, adalah pengawal yang nak tumpangkan dia balik ke apa, rupanya? Pengawal keselamatan pun tidur. Haih, memang nasib malang betul dia malam ni.

Menyesal pula dia menipu Hud tadi. Kalau bukan fasal idea nakal Khalif, mesti dia dah selamat balik ke rumah dengan Haikal hari ni. Nak buat macam mana? Benda pun dah jadi, terpaksa lah dia hadap. Sedang dia leka mengenang nasib malangnya, langit mula mendung dan angin pula sudah bertiup kencang. Tahu lah Khalif yang hujan akan turun.

Cepat-cepat dia cari tempat untuk berlindung. Tidak berapa jauh dari tempat dia berdiri sekarang, ada sebuah tempat menunggu bas. Dia buat keputusan untuk berteduh di tempat tersebut. Tidak beberapa lama selepas dia duduk di tempat menunggu bas itu, hujan pula mulai turun dengan lebat sekali.

"Haih, apa ke malang lah nasib kau malam ni Khalif? Dah lah kena balik jalan kaki, seorang-seorang, hujan lebat pula tu? Mengada lagi kau nak menggatal dengan Hud? Sekarang? Hud tak dapat, bala pula yang datang. Padan!" Rungutnya sendiri.

Dia dah malas nak hubungi Hud. Awalnya Khalif cuba nak menunggu kalau-kalau Hud akan telefonnya kembali, lama-lama dia tertidur di atas bangku tempat menunggu bas itu. Mana taknya? Dah lah kelas penuh hari ni, balik saja dari kelas, terus dia pergi ke bilik badan khas untuk siapkan kerjanya sebagai unit media, sampai lah tengah malam ni. Mahu tak penat?

.

.

.

"Hud! Telefon kau dari tadi aku tengok asyik berbunyi aje. Kau memang tak nak angkat ke??" Soal Hafiz, rakan sekelas Hud.

"Macam kau tak kenal aku? Waktu tengah dalam court futsal, pernah ke aku kisah fasal telefon?" Ucap Hud sebelum menghampiri bangku di mana telefonnya berada.

"Masalahnya, dah banyak kali berbunyi. Mana tahu emergency ke apa?"

"Ha okay, okay. Aku cek kejap," balas Hud sebelum skrin telefon itu dia buka. Matanya terbeliak saat melihat nama Khalif terpapar pada skrin telefon itu dengan sejarah panggilan hampir 30 kali.

"...ouh shit!!" cepat-cepat dia periksa jam. Makin resah dia jadinya bila lihat jam sudah hampir menunjukkan pukul 1.30 pagi.

"Asal ni Hud? Ada apa-apa jadi ke??" Soal Hafiz risau.

"Tak ada apa. Aku ciou dulu tau. Bagitau member lain aku ada hal," pinta Hud sebelum dia bergegas keluar dari ruangan court futsal dalaman itu bersama barang-barangnya.

Sewaktu dalam kereta, jantungnya tak henti-henti berdegup laju dek kerana risau punya fasal. Boleh pula dia lupa yang dia dah janji nak hantar Khalif balik rumah hari ni. Hatinya makin gusar bila cuaca pula hujan lebat. Bukan dia tak tahu kalau si Khalif tu tak keluar dari bilik khas sebelum pukul 12, akan dihalau oleh pengawal keselamatan. Sebab tu dia tawarkan diri untuk hantar budak tu pulang tadi.

Dia hanya mampu berharap yang Khalif berada dalam keadaan yang selamat. Sampai saja di pagar utama Universiti itu, kelihatan pengawal keselamatannya sedang tidur. Jadi dia merempuh masuk saja ke dalam kawasan kampus untuk ke bilik khas. Namun, hampa jadinya bila kelibat Khalif tiada di situ. Bukan saja hampa, rasa risaunya juga semakin membuak-buak. Dia cuba menghubungi Khalif, tapi langsung tidak diangkat.

"Hello Kal, sorry kacau malam-malam buta ni. Khalif balik dengan kau ke tadi?" Soal Hud sejurus Haikal mengangkat panggilannya.

"Ha? Bukan dia cakap dengan aku, dia balik dengan kau ke?" Dahi Haikal berkerut hairan.

"Ouh, tak lah ni? Okay sorry kacau," terus dia mematikan panggilan tersebut. Terpinga-pinga Haikal dibuatnya.

Hati Hud mulai rasa tak sedap. Tuhan saja tahu betapa nak gugurnya jantung dia saat itu kalau apa-apa yang buruk terjadi pada Khalif. Dia tak tahu macam mana perasaan ni boleh hadir untuk Khalif, tapi yang dia tahu, Khalif kena selamat. Khalif saja kunci untuk dia pastikan punca kematian Khaisarah. Jadi boleh katakan yang Khalif adalah seorang yang agak istimewa untuknya. Untuk masa sekarang?

"Khalif, mana kau ni? Boleh mati aku kalau tak jumpa kau!!" rungutnya sendiri. Sambil itu, mata masih fokus memandang ke depan cermin kereta untuk melihat kalau-kalau Khalif ada berhampiran kawasan tersebut.

Sesudah keluar dari pagar utama kampus, mata Hud yang tajam itu tertumpu ke arah sekujur tubuh yang sedang terbaring di dalam tempat menunggu bas, tidak jauh dari pagar utama tadi. Dalam kelebatan hujan malam itu, dia cepat-cepat memandu keretanya ke tempat tersebut sebelum turun untuk memastikan siapa kelibat lelaki yang baring tadi.

"Khalif!!"

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now