Bab 12

655 21 1
                                    

"STOP it la Haikal!!" nada suara yang tinggi itu membuatkan Haikal sedikit tersentap.

"Tt- tapi Ra-"

"Tapi apa lagi?! You keep posting on IG's story about how your brother rampas kawan baik kau macam kita ni ada hubungan apa-apa! Kau saja nak aku nampak jahat ke macam mana?!" nada suara Aira masih tidak menurun.

"Yeah, but its only a joke," jawab Haikal.

"Kalau sekali dua tu aku boleh terima lagi, tapi ni dah banyak kali la Haikal! If you think this is a joke, then it is not funny at all!" tangannya sudah disilang ke dada lalu wajahnya dipusing ke arah lain tanda merajuk.

"Kk- kau betul-betul suka abang aku ke, Ra?" kalau boleh, soalan itu lah yang paling dia mahu elak. Tapi rasa ingin tahu lebih kuat dari bertahan untuk tidak bertanyakan soalan tersebut.

Haikal takut, takut kalau jawapan yang dia akan terima adalah jawapan yang mampu buatkan dia kecewa semahunya. Ya, sejujurnya dia memang ada perasaan pada Aira, kawan baik perempuan yang paling dia rapat setakat ni. Tapi macam mana kalau Aira tak ada perasaan yang sama pada dia? 

"Kalau benda ni boleh buat kau stop doing that jerk joke, then the answer is yes!" laju saja jawapan itu meluncur keluar dari mulut Aira. Seolah-olah, sudah lama dia menanti untuk beritahu hal tersebut pada Haikal.

"Bb- but how?"

"How? Kau tak nampak ke macam mana abang kau layan aku? I mean, he is really gentle and kind. Plus, he is so handsome! Macam mana aku tak jatuh cinta dengan lelaki macam dia?" Saat bercerita tentang abangnya Haikal, terus berubah intonasi suara Aira.

"Habis tu, how about me?" mata Haikal mulai sayu, dan dia cuba menahan sebak di dadanya.

"Kau?" jari telunjuk Aira dihala ke Haikal lalu lelaki itu mengangguk singkat. "Pfftt.. Kau pun hensem gak Kal, layan aku baik, and gentle. Senang cerita, kau memang kawan terbaik aku lah! Sebab tu aku tak nak orang nampak yang aku ni macam ambil kesempatan dekat kau. Kawan dengan kau hanya sebab nak goda abang kau. This feeling towards abang kau comes naturally. And it feels so good. By the way, kau rasa abang kau akan terima aku tak kalau aku confess kat dia?" Soalan itu menambahkan lagi keretakan dalam hati Haikal yang menunggu masa saja untuk pecah berderai.

"So- sorry Ra, I got to go now," tak sanggup lagi dia berterusan berada di tempat itu bersama Aira. Silap hari bulan, boleh jatuh air mukanya sebab menangis depan kawan baik merangkap crushnya itu.

"Aik? Nak pergi dah? Kk- kau marah ke Kal?"

Cepat-cepat Haikal mengambil barang-barangnya dan berlalu dari tempat itu. Soalan Aira tadi hanya dibiar sepi tanpa jawapan. Tak sanggup dia nak menjawabnya. Dia terus menoleh ke hadapan sambil cuba menyembunyikan riak wajahnya yang hampir menitiskan air mata itu.

Telefon dalam poket seluar cepat-cepat dia selup keluar sebelum nama Khalif dia cari. Tiada siapa lagi dalam fikirannya yang mampu dia fikirkan kecuali Khalif. Punat hijau itu dia tekan sebelum menelefon kawan baiknya itu.

"Khal, tolong aku.."

.

.

.

Haikal meramas kasar rambutnya sambil duduk di kerusi batu berhampiran tasik tersebut. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Sejujurnya, dia sudah nampak dari awal lagi macam mana mesranya layanan Haris terhadap Aira. Tapi tak sangka pula yang Aira betul-betul akan tangkap cintan dengan abangnya sendiri.

Kalau lah dari awal dia tahu yang perkara ni akan terjadi, dia takkan pernah kenalkan Aira dengan abangnya itu. Sekarang, menyesal pun dah tak guna. Aira sendiri dah mengaku yang dia ada perasaan pada Haris. Apa lagi yang mampu dia buat? Lagi pun, dia tak ada hak nak halang Aira dari menyukai abangnya sendiri. Mereka bukan ada apa-apa hubungan selain kawan.

"Kal!" Panggil Khalif. Dia mempercepatkan langkah mendekati kawan baiknya itu lalu melabuhkan punggung di sebelah Haikal. "Kau okay tak ni?!" soal Khalif setelah melihat keadaan Haikal yang dah macam orang putus cinta.

"Aa- aku tak okay Khal!" Air mata yang tadi mengalir menjadi semakin deras setelah Khalif tiba. Terus Haikal mendapatkan tubuh Khalif dan memeluk erat kawan baiknnya itu.

"Kau kenapa ni? Cuba cerita kat aku.." pinta Khalif.

"A- Aira, Khal.." suaranya tersekat-sekat.

"Aira? Kenapa dengan dia?"

"Di- dia suka abang aku," perlahan saja ayat itu diucapkan. Memang benar kata orang, kenyataan tentang cinta yang bertepuk sebelah tangan itu memang sukar untuk diungkap dan pahit untuk ditelan.

"Lah.." hanya itu yang mampu keluar dari mulut Khalif.

Dia dah lama tahu yang Haikal suka kawan baik perempuannya sendiri. Dah banyak kali juga dia sarankan untuk Haikal mengungkapkan perasaannya. Tapi Haikal yang tak mahu. Katanya dia lebih bahagia dengan hubungan mereka sekarang. Daripada mereka jadi kekok kalau Aira tiba-tiba menolak perasaannya, lebih baik mereka kekal berkawan saja. Tup tup, perkara macam ni pula jadi.

"Aa- aku betul-betul sukakan dia, Khal," rintih Haikal.

"Ya, aku tahu.." tangannya menggosok perlahan belakang tubuh Haikal.

"Aku tak tahu macam mana nak hadap dia lepas ni.."

"Kal, kau boleh simpan selama mana perasaan yang kau ada ni untuk dia. But once kau rasa kena lepaskan, then just let it go. Aku faham perasaan kau tu. It's hurt to see seseorang yang kau suka, cintakan orang yang kau sayang. Tapi kalau kau betul-betul sukakan Aira, what ever thing that make her happy, is always be a priority, right?" ayat itu membuatkan Haikal merasa sedikit tenang.

Memang betul, antara rama-ramai orang, Khalif lah yang paling memahami perasaannya sekarang. Melihat lelaki yang dicintai bersama dengan kakak kandungnya sendiri bukan lah suatu yang mudah untuk dihadapi. Tapi, Khalif berjaya menghadapinya dengan tenang. Kalau Khalif boleh, kenapa dia tidak?

Pelukan erat tadi dileraikan sebelum Haikal mengesat air mata yang tersisa pada wajahnya. Tiba-tiba dia rasa malu sebab menangis macam tu depan Khalif. Dia cuba mengubah keadaan yang agak kekok itu dengan secebis senyuman manis.

"Thanks Khal, aa- aku tak tahu siapa lagi yang a- aku nak cari selain kau," ucap Haikal. Sebelah tangan Khalif kemudiannya ditepuk pada sebelah bahu Haikal.

"Don't mention it, Kal. Kau kan brotherhood aku?" ucap Khalif lalu membalas senyuman Haikal tadi.

"Kalau macam tu, jom pergi makan? Biar aku belanja kau sebab comfortkan aku tadi!"

"Woahh! Serius ni?!"

"Of course! Nak tak? Kalau tak nak tak apa. Jimat duit ak-"

"Ishh kau ni! Gila tak nak?! Jom!" Cepat saja Khalif memotong ayat Haikal itu.

Memang macam ni lah adatnya, kalau Khalif sedih, Haikal lah yang selalu ada, begitu pula sebaliknya. Persahabatan mereka tidak lah sehebat orang lain, tapi apa yang menjadikan persahabatan mereka istimewa adalah kerana mereka sentiasa ada di saat masing-masing saling memerlukan.

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now