Bab 50

598 24 0
                                    

HUD kelihatan resah. Semua kerja yang dia buat, semua tak kena. Mindanya asyik terfikirkan Khalif saja. Entah apa yang budak tu dah buat kat Hud sampai setiap saat muka dia terbayang dalam otak Hud pun tak tahu lah.

Hud cepat-cepat menyelesaikan kerjanya. Seusai itu, dia terus menuju ke dewan tertutup tempat pertandingan Bintang Mahasiswa diadakan untuk melihat Khalif. Tak dapat nak luangkan masa dengan Khalif, dapat tengok budak tu dari jauh pun sudah cukup untuk Hud. Ni semua sebab tingginya ego lelaki bernama Hud Zikri.

Kakinya melangkah laju. Jantung pula berdegup kencang. Dah macam orang ketagih dibuatnya. Tak dapat barang, mula lah resah. Khalif, Khalif, apa saja yang dia dah guna-guna dekat si Hud ni. Baru saja dia nak buka pintu dewan, suara Khalif kedengaran tidak jauh dari tempat itu. Pantas Hud menoleh ke arah suara tersebut.

Wajahnya berubah kesal bila melihat Khalif sedang berbual dengan Zharif sambil duduk di tangga pada bahagian tepi dewan tersebut. Dari jauh, nampak mesra saja mereka. Siap gelak ketawa bagai. Bara dalam hatinya mula menghasilkan percikan api. Tangan digenggam erat, lalu langkah dengan automatiknya mendekat ke arah dua figura yang nampak bahagia itu.

"Kau dengan Hud macam mana? Okay?" Soal Zharif sambil mengukirkan senyuman. Hud yang mengintai dari jauh, memandang tajam ke arah lelaki itu. Mahu saja dia sumbat sesuatu ke dalam mulut Zharif biar mamat tu tak senyum macam tu depan Khalif.

"Hmmm.." Khalif mengeluh kecil sebelum menggeleng perlahan.

"Asal? Dia ada buat apa-apa dekat kau ke?" soal Zharif hairan.

"Tak pun, saya yang dah buat salah dengan dia," pandangan Khalif dibuang ke bawah. Wajahnya pula kelihatan suram.

"Then, minta maaf aje lah?" Cadang Zharif.

"Dah. But he needs time," mendengar jawapan Khalif, Zharif tersenyum sinis. Seolah-olah ada idea untuk dia mengeruhkan keadaan.

"If he really loves you, no matter mistake you made, he will easily forgives you. Kalau dah sampai perlukan masa, tertanya-tanya juga aku, dia betul-betul sayangkan kau ke?" Ucap Zharif selamba.

Hud yang mendengar ayat tersebut mengepal erat kedua belah tangannya. Makin panas dia dibuatnya dengan mamat tersebut. Dia siapa nak pertikaikan rasa cinta Hud pada Khalif? Kenal Hud pun tidak, tup tup terus nak nilai perasaan dia.

"Saya kenal Abang Hud tu macam mana. Luaran aje dia nampak kasar, dalaman dia seorang yang penyayang. Once dia dah sayangkan someone, dia takkan kecewakan orang yang dia sayang. Dan saya yakin, dia mesti akan maafkan saya," balas Khalif. Senyuman nipis diukirkan. Dia sedikit lega dengan ayatnya sendiri walaupun ayat itu cuma untuk menyedapkan hatinya.

"Are you sure? Dia tak nampak macam orang yang akan maafkan seseorang dengan mudah pun? If I was you, I'll just-"

"Kau siapa nak judge aku macam tu?" Belum sempat Zharif nak habiskan ayatnya, Hud terus mencelah sambil menarik Khalif menjauh dari Zharif.

"Aa- abang Hud," Khalif yang masih lagi terkejut dengan kehadiran Hud hanya membatu di belakang lelaki tersebut.

"Kau tanya apa tadi? Betul ke yang aku cintakan budak ni?" Soal Hud. Zharif hanya memasang wajah tenang. Mulutnya dimuncungkan sambil menjongket bahu ke atas. Hud pula membalas dengan senyuman sinis sebelum menarik Khalif yang tadi berada di belakang, ke tepinya.

"...tengok dan belajar!"

Sebelah tangan Hud terus menarik pinggang Khalif mendekatinya manakala sebelah lagi tangan memegang pipi lelaki itu sebelum Hud terus menyambar bibir munggil milik Khalif. Dan di hadapan Zharuf, bibir Hud dan Khalif bertemu sebelum kucupan itu mereka nikmati.

Khalif yang pada mulanya sedikit terkejut dan malu kerana mereka berkucupan di hadapan Zharif, mulai terbuai dalam ciuman itu kerana rindu punya fasal. Zharif pula sudah memasang wajah kesal sebelum pandangannyta dibuang ke tempat lain. Selang beberapa minit, kucupan tadi pun dileraikan.

"Sekarang macam mana? Kau still rasa yang aku tak cintakan dia lagi ke?" Soal Hud sarkastik. Zharif diam sambil mengukirkan senyuman sinis, tanda tak puas hati.

"Huh," dia kemudiannya memandang ke arah Khalif sebelum melangkah pergi dari tempat itu meninggalkan Hud dan Khalif sendiri.

Hud sekadar membawa figura Zharif pergi sambil mengukirkan senyuman lebar tanda kemenangan. Puas hatinya dapat buat Zharif menayangkan riak tak puas hati tadi. Namun, bila teringat tentang ciuman tadi, keadaan mula berubah janggal antara Hud dan Khalif.

"Aa- abang dah mm- maafkan Khalif ke?" Soal Khalif memecahkan kesunyian di tempat tersebut. Lidah Hud masih kelu. Tak tahu apa yang perlu dia jawab. Pandangannya dia buang ke tempat lain. Tiba-tiba wajahnya terasa hangat.

Khalif tahu yang Hud cuba menyembunyikan rasa malu. Dia kemudiannya mendekat ke arah Hud sebelum memeluk erat tubuh lelaki itu. Walaupun agak terkejut dengan tindakan Khalif, Hud sekadar membiarkan saja pelukan tersebut berlangsung.

Dapat Khalif rasakan degupan jantung Hud saat pelukannya semakin erat. Hanya tuhan saja tahu betapa dia rindukan Hud. Disebabkan salah faham itu, dia sampai tak boleh tidur sebab asyik fikirkan tentang Hud. Tapi beban rindu yang dia tanggung sebelum ni terus hilang bila Hud kucup bibirnya tadi.

"Tsk- tsk-" kerana tak mampu lagi nak menahan rasa sebak dan terharu, akhirnya Khalif menangis dalam pelukan itu.

"Kk- kau o- okay tak ni?" Soal Hud. Risau pula dia bila Khalif tiba-tiba menangis. Khalif sekadar mengangguk lemah tatkala tangan masih melingkar erat di sekeliling pinggang Hud.

"Khalif rindukan abang sangat-sangat," ucap Khalif. Hud menghembuskan nafasnya tanda lega sebelum tersenyum nipis. Kali ini, dia terpaksa menurunkan egonya.

"Aku minta maaf," pinta Hud pula. Pelukan tadi terus Khalif leraikan sebelum wajah Hud dia pandang.

"Abang tak salah pun, Khalif yang salah. Khalif minta maaf ya?" sisa air mata masih melekat pada wajah Khalif membuatkan Hud rasa Khalif kepihatan agak comel saat itu.

"Its okay. Just forget about that. Aku cuma nak cakap yang aku pun rindukan kau Khalif," ucap Hud membuatkan air mata Khalif makin laju mengalir.

"Huaaa!!" Terus dia menekupkan mukanya ke dada Hud.

"Hey hey, asal makin kuat pula kau menangis ni?"

"Abang still guna panggilan aku-kau tu," balas Khalif. Hud tersenyum mendengar ayat comel Khalif tersebut.

"Okay I'm sorry. Abang pun rindukan Khalif juga," Hud membetulkan ayatnya tadi. Setelah itu, Khalif mengangkat wajahnya semula sambil mengukirkan sebuah senyuman ke arah Hud.

"Thank you abang,"

"Khalif sepatutnya ucap thank you dekat mamat tak guna tu. Kalau tak disebabkan dia, mungkin abang takkan cium Khalif tadi,"

"Okay, nanti Khalif cakap thank you kat dia,"

"Aip, jangan nak mengada! Abang gurau aje tadi. Lagi pun abang tak suka Khalif dekat-dekat dengan mamat tu," Makin berbunga hati Khalif mendengar ayat dari Hud itu.

"Abang jangan risau lah. Khalif sayang abang seorang aje," ucap Khalif sebelum memeluk lebih erat lagi tubuh Hud.

"Hey hey, boleh mati tercekik abang kalau Khalif peluk kuat-kuat macam ni?"

"Tak apa lah, at least abang mati dalam pelukan Khalif,"

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now