Bab 23

601 28 2
                                    

"KAL, barang-barang photobooth ada bawa tak??" Soal Khalif sambil mengemas barang-barang dalam khemah tersebut.

"Ada, dalam kereta. Nanti aku ambil. Bekas duit? Ada kat kau kan??" Soal Haikal pula. Dia pun tengah sibuk mengemas barang-barang dalam khemah kecil yang sama. Soalan itu hanya dibalas dengan anggukan perlahan oleh Khalif.

Macam biasa, setiap hari rabu mereka akan buka photobooth di kawasan tertentu untuk mengumpul duit sumbangan yang bakal diserahkan ke rumah anak-anak yatim. Hari yang dipanggil 'Charity day' ini takkan terlepas walau sehari pun oleh Khalif. Kali ni, mereka memilih untuk buat di sebuah kawasan perumahan yang dekat dengan rumah Haikal.

Selesai saja menyiapkan persediaan untuk memulakan sesi bergambar di photobooth tersebut, Khalif dan Haikal melabuhkan punggung ke atas kerusi plastik yang mereka bawa, sambil menunggu mana-mana penduduk kawasan tersebut yang berminat untuk mengambil gambar di photobooth mereka.

Sedang mereka berborak sambil menunggu kehadiran pelanggan, kelihatan dua orang lelaki tampan dan sasa sedang berjalan dari jauh ke arah khemah kecil itu. Yang seorang, memakai kemeja kolar berwarna putih, berseluar jeans dan berkaca mata hitam. Yang seorang lagi pula, berpakaian t-shirt kolar berjenama Polo dan berwarna biru serta berseluar slack hitam. Khalif dan Haikal masih leka berborak tanpa menyedari bahawa kedua lelaki itu semakin mendekat.

"Hai encik berdua, kami dengar dekat sini ada buat perkhidmatan Photobooth, boleh kami cuba?" Ujar Zafir, yang segak berpakaian t-shirt itu.

Khalif dan Haikal yang tadinya sedang bersembang, terus berubah riak wajah mereka setelah melihat kelibat dua orang lelaki tersebut. Cepat-cepat mereka berdiri dan membetulkan pakaian masing-masing.

"Aa- abang Hud, abang buat apa kat sini?" Soal Khalif sedikit gugup. Macam tak percaya yang Hud sedang berdiri di depan khemah photoboothnya itu sekarang.

"Si Zafir ni ha yang ajak aku ke sini, aku onz aje lah," jawab Hud.

"Jap jap, macam mana Abang Zaf boleh tahu kitaorang ada kat sini??" Giliran Haikal pula bertanya.

"Aira yang bagitahu abang. Aira cakap yang kauorang selalu buat photobooth ni setiap hari rabu as a charity day, kan?" Soal Zafir.

"Ish Aira ni, becok betul lah!," bebel Haikal perlahan.

"So, boleh ke kitaorang pun nak menyumbang juga??" soal Zafir lagi. Tangannya di silang pada dada sambil tersenyum tampan ke arah Haikal.

"Takkan saya nak kata tak boleh pula kan??" balas Haikal.

"Aku nak juga tengok skill photoshoot orang yang senyap-senyap ambil gambar aku and jadikan as dia punya competition work piece??" Saja Hud memerli Khalif sebelum menyakat lelaki itu dengan senyuman machonya.

"Sebenarnya-"

"Sebenarnya bukan Khalif yang hantar gambar kau untuk pertandingan tu, tapi classmate kitaorang. Jangan nak perasan sangat ya, Hud?" Tak sempat Khalif nak jawab, Haikal dah mencelah terlebih dahulu.

"Tak kisah lah, tapi dia still ambil gambar orang tanpa kebenaran,"

"Ka- kalau abang nak saya delete gambar tu, na- nanti saya delete," jawab Khalif perlahan. Takut-takut kalau Hud marah.

"Khalif tak payah risau lah.  Simpan aje gambar tu, Hud ni nampak aje tak suka, tapi dalam hati? Hari tu beriya-riya cerita dekat abang yang gambar dia menang competition fotografi," celah Zafir.

"Amboi kau, boleh tahan kepoci juga ya mulut tu sejak-sejak balik dari UK ni??" Soal Hud sambil membuat wajah toyanya ke arah Zafir dan menyiku lengan lelaki itu.

"Ish dah lah tu, korang datang sini sebab nak ambil gambar kat photobooth kitaorang kan?? Ha cepat lah!" gesa Haikal. Cepat-cepat dia bawa Zafir dan Hud ke tempat photobooth untuk mereka bergambar nanti.

"Eh jap, sebelum tu.." Hud meminta diri sebentar untuk mengambil barang dari dalam keretanya.

Setelah beberapa minit, Hud datang ke arah mereka sambil membawa sebuah gift bag berwarna coklat sebelum gift bag tersebut diserahkan kepada Khalif. Dengan kening yang bertaut, Khalif memandang ke arah lelaki itu.

"Aa- apa ni?" soal Khalif hairan.

"Apologies gift," jawab Hud pendek.

"Aa- apologies gift? Untuk?"

"Kan dulu aku pernah hancurkan kamera polaroid kau? So, ni aku ganti balik. Nah, take it," kepala Hud dianggukkan sambil menghulurkan gift bag itu ke arah Khalif sekali lagi.

Dengan rasa sedikit gugup, Khalif mengambil gift bag yang dihulur itu sebelum membuka sedikit bahagian atas untuk melihat kamera polaroid yang dihadiahkan oleh lelaki pujaan hatinya. Kening Khalif terus terangkat saat melihat jenis kamera polaroid yang Hud berikan itu.

"Ss- saya rasa, saya tak boleh terima kamera ni. Aa- abang ambil balik lah," cepat-cepat dia hulurkan semula pemberian tersebut kepada Hud.

"Eh, asal pula?! Kamera tu tak cukup bagus ke? Ke kamera tu tak sama dengan apa yang aku pernah rosakkan dulu? Sorry, aku tak tahu sangat fasal kamera ni, jadi aku beli aje apa yang member aku suggest," ucap Hud.

"Bu- bukan macam tu.." Khalif mengeluh perlahan.

"Habis tu?"

"Ka- kamera tu terlalu mahal. Ss- saya betul-betul tak boleh terima," ucap Khalif. Mana taknya? Kamera jenama Polaroid Now I-Type Instant yang Hud hadiahkan itu mencecah harga RM700.00 kot?! Siapa aje yang tak takut nak terima hadiah semahal itu?

"Lah, jadi sia-sia aje lah aku beli ni?"

"Bu- bukan macam tu,"

"Hmm, kalau macam tu tak apa lah. Terpaksa lah aku buang. Lagi pun, bukan aku pandai guna pun kamera-kamera macam ni," tipu Hud. Padahal dia lah yang terpaling minat bab-bab kamera ni. Kalau tak, tak ada lah dia jadi ketua unit media untuk program Bintang Universiti.

"Eh, jangan lah buang,"

"Dah kau tak nak, terpaksalah aku buang,"

Mendengar ayat Hud, makin rasa bersalah Khalif dibuatnya. Nak terima, kamera mahal. Nak tolak, kesian pula sebab Hud dah beli mahal-mahal. Buntu pula fikirannya sama ada nak terima atau tak pemberian berharga dari pujaan hatinya itu.

"Kalau kau tak nak, bagi aku aje lah Khal! Orang kata, rezeki jangan di tolak!"l Pantas Haikal merampas gift bag tersebut dari tangan Khalif.

"Ish, mana boleh! Abang Hud bagi aku kot!" Cepat-cepat Khalif merampas gift bag itu dari tangan Haikal semula.

Melihat gelagat comel mereka berdua, membuatkan kedua-dua lelaki senior itu mengukirkan senyuman. Yang satu tu senyum sebab Haikal memang crushnya, yang satu tu pula sebab tak tahan dengan gelagat lucu Khalif. Serupa betul budak itu dengan Khaisarah. Tak kira lah apa pun yang dia buat, mesti benda tu akan ingatkan dia pada arwah kekasih hatinya.

"Kau ambil aje kamera ni. Anggap ni sebagai permintaan maaf aku, dan starting point untuk friendship kita sekarang. Ambil gambar kitaorang guna kamera ni, boleh?" ucap Hud sambil membongkokkan sedikit badannya lalu menggosok perlahan ubun rambut Khalif.

Saat itu, tuhan saja yang tahu betapa nak pengsannya Khalif. Dah lah hensem, bila dia buat macam tu, makin hensem lah si Hud tu jadinya. Tambah pula wajah mereka yang hanya beberapa inci saja lagi nak bertemu. Mahu tak gempa bumi dalam hati Khalif dibuatnya?

"Oo- okay, Tt- thank you, abang,"

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now