Bab 33

679 28 3
                                    

"JANGAN tajam sangat renungan tu. Boleh tertusuk dekat abang Haikal tu nanti dibuatnya," seloroh Zafir yang sedang duduk di sebelah Haikal. Mereka sekarang berada di sebuah Kafe tidak jauh dari rumah Zafir dan Aira.

Saat Haikal bawa Angahnya berjumpa Aira, tak sangka pula Aira akan bawa abangnya, si Zafir ni sekali. Jadi, mereka buat keputusan untuk duduk berasingan. Aira dan Haris duduk di bahagian belakang sedikit dalam kafe itu, manakala Zafir dan Haikal pula duduk tidak jauh dari tempat Aira dan Haris.

"Tak kelakar lah bang. Saya tengah bengang ni, boleh tak jangan tambahkan lagi panas dalam hati ni?" rengus Haikal. Pandangan tajam tadi diarahkan ke Zafir pula. Zafir macam biasalah, membalas pandangan tajam itu dengan senyumannya yang manis dan tampan.

"Sampai bila Haikal nak renung dorang tu? Dari tenung dorang, baik tenung abang? Hensem, hensem dah," cadang Zafir sebelum tersengeh lagi. Hampir tak kelihatan matanya saat dia tersengeh.

"Abang tak sakit hati ke tengok dorang tu? Bukan main mesra lagi? Aira tu pun satu, bukan saya tak pernah bagitahu yang angah saya tu buaya! Yang buaya tu juga lah yang dia nak! Saya yang setia dengan dia dari dulu ni? Tak nak pula dia pandang?" bebel Haikal sendiri. Zafir pula sekadar merenung dan memerhati saja si Haikal tu membebel.

"....kalau nak dibandingkan angah dengan saya, saya lagi hensem!"

"Hmm, betul!"

"Baik pun baik, peramah, sopan santun, pandai ambil hati, gentleman,"

"Uhm betul!"

"Ni? Si buaya kasonova mat bunga tu juga yang dia nak! Sejak bila taste dia rendah pun, tak tahu lah!"

"Kan? Betul!" perasan dengan jawapan Zafir yang sama saja dari tadi, pandangan terus dialihkan pada lelaki di sebelahnya.

"Apa yang betul?"

"Uhm, betul!" renungan tajam kembali terbit pada wajah Haikal.

Pak!!

"Aduhh!!"

"Ha! Itu lah, waktu orang cakap, main bedal aje cakap betul betul! Bukan nak dengar betul-betul!" ucap Haikal setelah menampar kuat lengan Zafir.

"Dah semua yang Haikal cakap tu betul, abang iyakan aje lah," balas Zafir.

"Kalau tak ikhlas nak layan saya, tak payah layan!" bola mata Haikal dipusing ke tepi.

"Okay, abang minta maaf. Tapi abang bosan lah, dari tadi Haikal asik membebel fasal dorang. Fasal abang tak nak bebel?" Zafir memuncungkan bibirnya sambil membuat wajah comel.

"Ha ya lah! Memang banyak benda saya nak bebel fasal abang ni!" Maka, Zafir pun bersedia menadah telinganya untuk mendengar bebelan Haikal. Manakala Haikal pula, menarik nafasnya panjang-panjang sebelum bebelannya dituturkan.

"Abang ni saya tengok dah hensem, badan pun sado? Tapi kenapa saya juga yang abang nak? Apa perempuan kat dalam dunia ni dah pupus ke? Saya ni bukan nak judge abang ke apa, ada la terjudge sikit, tapi abang tak kisah ke kalau orang lain cakap fasal abang? Iya lah, saya rasa kalau abang petik jari, beratur dah perempuan yang nak dekat abang, tapi kenapa saya juga yang abang kejar?" Haikal terjeda seketika sebelum memandang ke arah Zafir yang sedang khusyuk merenung wajahnya. Dia tak rasa si Zafir tu dengar bebelannya. Ah lantak lah. Dia pun menyambung.

"....saya tahu lah saya ni hot, baik hati, comel pun iya juga. Tapi saya tak ada lah sampai terfikir lagi untuk bercinta dengan lelaki. Well, benda tu kedengaran menarik, but still, selera saya masih kat perempuan. Melainkan abang boleh buat hati saya berubah. But of course, mestilah benda tu mustahil sebab saya takkan pernah jatuh hati dengan abang. Jangan kecil hati, abang hensem, funny, kadang tu annoying sikit. Eh bukan kadang, selalu. Tapi abang terlalu lelaki untuk saya. Saya-"

"Haikal tahu tak sejak bila abang jatuh cinta dengan Haikal?" Haikal terus terfaktab saat Zafir tiba-tiba memotong bebelannya tadi.

"Hh- ha?" dahi Haikal berkerut hairan.

"Ingat tak 10 tahun lepas, waktu kat hospital?" Soalan itu membuatkan Haikal mengimbau kembali memori 10 tahun lepas setelah doktor mengesahkan bahawa maknya sudah meninggal dunia.

"...waktu tu, abang tengok sendiri macam mana abang Haikal lemparkan kata-kata kasar dan kesat kat Haikal dan tuduh, Haikallah punca mak korang meninggal," Haikal masih membisu, memori itu masih berlayar dalam fikirannya.

"...waktu tu, sikit pun air mata tak jatuh dari pipi Haikal. Padahal, abang rasa dah cukup kesat dah ayat yang abang Haikal bagi untuk buat Haikal menangis. Dalam hati, abang kagum dengan kekentalan hati Haikal," Haikal mahu menitiskan air matanya, namun masih lagi dia menahannya.

"...waktu tu juga sebenarnya, abang kena bash dengan satu sekolah lepas dorang tahu seksualiti abang. Jujur, abang menangis terus sangat. Tapi lepas abang tengok Haikal tak menangis even dah kena maki seteruk tu, waktu tu lah abang jatuh cinta pada Haikal. Abang tahu, Haikal tak kuat mana pun nak tampung semua kesedihan tu seorang-seorang, tapi kekuatan Haikal untuk sembunyikan semua rasa-rasa tu lah yang buatkan hati abang dicuri," sambung Zafir lagi. Saat itu, menitislah air mata jantan milik Haikal.

Dia terus turun dari kerusi sebelum melangkah laju ke dalam tandas kafe tersebut. Manakala Zafir pula, mengukirkan senyuman nipis sebelum membontoti Haikal masuk ke dalam tandas. Sudah teresak-esak tangisan Haikal setelah kakinya melangkah masuk. Perlahan, Zafir menggosok belakang Haikal sambil cuba memujuknya.

"Haikal tahu tak? Sejak dari peristiwa tu, abang tak pernah lagi menangis. Setiap kali abang nak menangis, abang akan ingat Haikal, dan abang janji pada diri abang yang abang akan jadi lagi kuat dari Haikal. Thanks Haikal Fiqri, Haikal betul-betul dah ubah hidup abang,"

Perlahan, Haikal mengalihkan pandangannya yang sudah basah dengan air mata ke arah Zafir. Direnungnya wajah lelaki itu dalam-dalam sebelum membuang pandangannya kembali ke dalam sinki tandas tersebut.

"Abang jahat!" Ucapnya sekerat.

"I'm sorry Haikal,"

"Abang tak patut ikut saya masuk tandas tadi!!" Sambung Haikal sebelum Zafir terkedu. Dia fikir Haikal cakap macam tu sebab dia dah ingatkan budak tu fasal memori gelapnya 10 tahun lepas. Rupanya?

"Eh?"

"Abang tak sepatutnya tengok saya menangis macam ni!! Kan saya dah jadi lemah depan abang?!" Sambung Haikal lagi. Air matanya masih bercucuran. Maka, terhamburlah tawa Zafir saat itu.

"Pfftttt.."

"Kenapa abang gelak?!"

"Dah lah ciwek, comel pula tu!" Usik Zafir.

"Mana ada ciwek!!"

"Iya lah si ciwekku yang kuat!!" pipi Haikal dicubit manja.

"Eeiii! Abang!!"

"Dah dah, tak mau nangis-nangis dah. Abang kan ada? Meh sini peluk abang meh," cepat-cepat Zafir menarik Haikal untuk masuk ke dalam pelukannya.

"Eeiiishh!!" Walaupun pada mulanya nampak terpaksa, lama-lama Haikal menyambut pelukan Zafir hingga tangisannya tadi terhenti lalu dia mengukirkan sebuah senyuman manis.

P/s: Ciwek maksudnya orang yang kuat menangis.

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now