Bab 20

730 29 22
                                    

KEADAAN di tempat itu agak janggal bagi Haikal. Macam mana dia boleh lupa fasal si Zafir ni pun dia tak tahu. Padahal, dia yang selalu excited tiap kali Aira bawa Zafir jumpa dia. Nak buat macam mana? 3 tahun tu bukan waktu yang sekejap untuk dia sentiasa ingatkan Zafir. Tambah pula, yang dia taruh perasaan tu pada Aira, bukan abangnya.

"So maknanya, korang dah pernah jumpa dulu lah sebelum ni??" Soal Aira sedikit terkejut.

"Hmm, cuma itu lah. Abang aje yang ingatkan Kal, dia mana ingat abang," sindir Zafir.

"Ma- mana ada, sa- saya ingat lah! Cuma lupa sekejap aje. Lagi pun biasa lah benda tu kan? 4 tahun kot kita dah tak jumpa? Mu- muka abang pun dah lain, sikit.." balas Haikal sedikit gugup. Kata panggilannya dari aku-kau, terus bertukar kepada saya-abang.

"Dah lain macam mana tu? Makin hensem ke?" Soal Zafir ingin mengusik.

"Aa- agak lah," pandangan Haikal dibuang ke tempat lain. Telinganya pula sudah mulai memerah.

"Apa lah kau ni Kal, abang aku yang hesmes macam ni pun kau boleh lupa. Apatah lagi aku? Nanti kalau kita dah terpisah bertahun-tahun, agaknya kalau jumpa balik mesti kau tak ingat aku kan??" Tebak Aira.

"Ish kau ni, mana ada! Takkan aku nak lupa kau pula?? Aku sayang kau kot," luah Haikal. Aira hanya mampu membalasnya dengan sengehan kambing.

"Untunglah Aira ada orang sayang. Abang ni? Tak ada siapa pun nak sayang," Zafir sengaja mencelah. Ada juga lah rasa cemburu lepas dengar ayat Haikal tadi.

Sebenarnya Zafir tahu yang Haikal ada perasaan pada adiknya. Itu yang dia buat keputusan untuk tidak meluahkan perasaannya pada Haikal. Dia tidak lah kejam sangat sampai nak tukar seksualiti Haikal yang lurus tu menjadi bengkok. Mungkin dulu belum masanya lagi sebab Haikal masih muda. Sekarang? Takkan mungkin dia nak lepaskan Haikal lagi-lagi bila dapat tahu Aira dah ada crush lain.

"Abang tu ramai aje orang nak, siapa suruh reject? Kan dah single??" ucap Aira.

"Memang lah abang reject, dah bukan taste abang. Lagi pun, abang dah ada orang yang abang... suka," sempat Zafir memandang ke arah Haikal diakhir ayatnya tadi. Faham dengan apa yang Zafir maksudkan itu, cepat-cepat Haikal membuang pandangannya ke tempat lain.

"Ha?! Abang dah ada crush?! Siapa?! Tak bagitahu Aira pun??" Soal Aira teruja.

"Adalah. Kal tahu lah, kan Kal?" Tersentak terus Haikal dengan soalan Zafir itu.

"What?! Kau tahu Kal?! Jap jap, asal Kal tahu, tapi Aira tak tahu ni?! Kal, kau tak bagitahu aku pun yang kau tahu crush abang Zaf?" bentak Aira sambil menggoncang perlahan lengan Haikal.

"Err.. aa- aku," Haikal tak tahu apa yang perlu dia jawab. Geram aje dia dengan perangai Zafir ni. Boleh pula mamat tu babitkan dia. Sekarang, apa dia nak jawab dekat si Aira ni?

"Okay tak apa, Aira cuba teka. Crush abang, mesti mamat hensem yang kita jumpa dekat mall semalam tu kan?" Tebak Aira. Terus berkerut dahi Haikal dengan tebakan perempuan itu.

"Wait a minute, mamat?! MAMAT?! Aira tahu ke yang abang dia ni gay?!" monolog Haikal dalam hatinya.

"Bukan lah, orang lain," balas Zafir.

"Habis tu? Takkan member US abang yang abang send gambar dia dekat group family kita pula?" Tebak Aira lagi.

"Bukan, mamat tu cuma roommate abang aje," sekali lagi, bertambah kaget Haikal dengan perbualan antara dua adik beradik ni.

"Memang semua crush mamat ni lelaki ke?! Asal macam rileks aje dorang sembang benda ni depan aku?! Dia tak sedar ke yang abang dia tu, gay?!" Bisik Haikal lagi.

"Ish, habis tu siapa??" Aira masih cuba untuk berfikir.

"Ha, Aira fikir lah dulu ya? Abang nak pergi tandas kejap," ucap Zafir sebelum mengatur langkah ke tandas.

Lihat saja kelibat Zafir hilang dari pandangan, cepat-cepat Haikal merapatkan dirinya ke arah Aira. Ini lah masanya untuk dia tanya pada Aira tentang si Zafir tu. Manakala Aira pula, masih asyik berfikir siapa lelaki yang menjadi crush kepada abangnya itu.

"Err.. Ra," panggil Haikal perlahan.

"Apa?" Balas Aira sambil masih lagi berfikir siapa lelaki yang telah mencuri hati abangnya.

"Aku nak tanya sikit boleh? Tapi kau jangan marah pula tau,"

"Tanya apa?"

"Err.." Haikal teragak-agak untuk bertanya. Takut pula kalau si Aira ni terasa dengan soalannya nanti.

"Kau nak tanya apa ni? Duk ter er- er- bagai,"

"Tapi janji ya kau tak marah??"

"Ya, aku janji," jawab Aira.

"Err.. Abang Zaf tu.." Haikal masih ragu sama ada perlu atau tak dia bertanyakan soalan tersebut.

"...err.. A- Abang Zaf tu.."

"Asal? Kau nak tanya abang aku tu gay ke tak ke??" Terus Aira menyoal belum pun sempat Haikal menghabiskan soalannya. Terangkat terus alis mata Haikal dibuatnya.

"Macam mana kau tahu aku nak tanya soalan tu?!" soal Haikal kaget.

"Alah, bukan setahun dua aku kenal kau, Kal," balas Aira.

"Hehe, iya tak ya juga ya?"

"Haah, memang abang aku tu gay pun," jawab Aira selamba. Haikal agak terkejut tapi kali ni dia dapat sembunyikan perasaannya itu.

"Kk- kau tak kisah ke?"

"Kenapa pula aku nak kisah? Tu kan hidup dia? Lagi pun, buruk mana pun dia, dia tetap abang aku. Bagi aku, cinta tu tentang perasaan kepada orangnya, bukan perasaan kepada jantinanya. Kalau kau dah cintakan seseorang tu, tak kira lah dia lelaki ke perempuan, kau tetap cinta juga kan??" Balas Aira panjang. Haikal pula hanya mampu mengangguk perlahan. Tak sangka pula Haikal yang Aira ni terbuka orangnya.

"...asal kau tanya? Kau pun... gay juga ya??" mata Aira dikecilkan sambil bibirnya disengetkan.

"Ish kau ni, mana ada!! Aku lurus ya, tolong sikit," pantas Haikal menjawab.

"Iyaa ke nii???" Mata Aira makin dikecilkan. Saja dia ingin mengusik.

"Ha! Apa yang iya tu??" Zafir yang tiba-tiba muncul, terus menyampuk.

"Ni ha, si Kal ni kata dia suka abang. Mamat ni single, abang nak tak?" Cepat saja idea Aira ni sampai untuk mengusik Haikal.

Zafir pula, terus berubah air mukanya kepada teruja. Jantung pula tak payah cakap lah, berdegup laju macam ferrari. Walaupun ada sedikit ragu dalam hatinya dengan usikan Aira tu, tapi apa salahnya kalau dia mengharap? Haikal pun bukannya milik siapa-siapa lagi.

"Betul ke ni? Kalau betul, abang nak aje," balas Zafir.

Haikal yang mendengar balasan Zafir itu terus menepuk dahi sambil menyembunyikan riak wajahnya yang kian memerah. Mahu saja dia hempuk kepala dua beradik depan dia ni. Asyik nak menyakat saja kerja mereka. Yang jadi mangsanya siapa? Dia juga!

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now