Bab 54

506 19 1
                                    

LELAKI itu tersenyum sendiri sebelum mengeluarkan sekeping gambar dari dalam laci. Wajah Khaisarah dalam gambar itu diusap lembut dengan jarinya. Kejadian 2 tahun lepas terus ditayangkan dalam mindanya.

Imbas kembali

"Aa- apa yang kau dah buat dekat aku?! Sampai hati kau buat aku macam ni?!!" Tengking Khaisarah sebelum menarik selimut untuk menutup tubuhnya yang tidak berpakaian.

"What? Apa salah saya? I just take what is suppose to be mine?" ucap lelaki yang tidak berbaju itu sebelum mengukirkan senyuman sinis. Tangannya pula sedang cuba membutangkan seluar yang baru saja ditarik ke atas.

"Kau dah gila ke ha?!! Aku ni girlfriend Hud sekarang!! Kau, kau-" Khaisarah mati kata bila sedar tiada apa yang mampu diubah sekarang. Mahu sekuat mana dia menjerit, berteriak, dan memberontak, daranya tetap sudah hilang akibat diragut oleh lelaki di hadapannya sekarang.

Perlahan, lelaki itu memanjat ke atas katil sebelum merangkak ke arah Khaisarah. Wajahnya didekatkan, lalu sebelah tangannya menyikat beberapa helaian rambut Khaisarah yang sudah kusut itu.

"Saya tak pernah terima dengan perpisahan kita. Apatah lagi untuk awak jadi kekasih budak tu. Apa kurangnya saya, Sarah? I'm better than him. I'm a future doctor," bisik lelaki itu sambil merenung ke dalam mata Khaisarah. Pandangan Khaisarah lantas dibuang ke tempat lain. Tak sanggup dia nak lihat wajah lelaki tak guna itu lama-lama.

"Dia seribu kali jauh lebih baik dari kau! Kalau kau ingat aku pilih lelaki disebabkan kepandaian, kau silap lah! Kau langsung tak layak untuk dibandingkan dengan Hud!" Tubuh lelaki itu cuba ditolak menjauhinya, namun lelaki itu terus memaksa untuk mendekati Sarah.

"Then, sekarang awak rasa awak layak ke untuk dia?" Soalan tersebut membuatkan Khaisarah terkedu. Matanya mulai kelihatan suram.

"...kenapa diam? Dah sedar diri? Kalau awak cakap saya tak layak nak bandingkan diri dengan dia, how about you? Awak tak rasa ke kita ni se 'level'?" Khaisarah masih berdiam. Dia tak tahu apa yang perlu dibalas. Air mata mula tumpah ke pipinya.

"Kau kejam!"

"Saya kejam demi awak, demi kita,"

"I hate you!"

"No matter what you say, you will always be mine, Sarah," pipi Khaisarah pula cuba diusap sebelum Khaisarah menepis usapannya.

"Sampai mati pun, aku takkan serahkan diri aku dekat kau! Kau tak layak dapat cinta aku! Kau tak guna!! Kau kejam!!" Khaisarah mula memberontak dengan memukul kasar tubuh lelaki itu.

"Makin awak ganas macam ni, makin tak tahan saya tahu tak?" lelaki itu terus mengunci kedua tangan Khaisarah sebelum menjatuhkan tubuh kecil perempuan itu ke atas katil semula.

"Le- lepaskan aku lah!!"

"Its your fault sebab buat saya horny lagi sekarang," butang seluar tadi dibuka kembali sebelum tubuh Khaisarah dicemarkannya buat kali kedua.

Imbas kembali tamat

.

.

.

"Oi, menung apa tu?" Soal Hakimi yang tiba-tiba muncul dalam biliknya. Cepat-cepat Zharif menyorokkan foto yang dia pegang tadi.

"Tak ada apa pun, teringat someone," jawab Zharif. Hakimi yang merupakan housemate kepada lelaki itu kemudiannya melabuhkan punggung di sebelah Zharif.

"Kau still tak boleh move lagi ke Rif?" soal Hakimi. Wajah Zharif ditatap kasihan.

"A- aku rindukan dia Mi," wajah Zharif berubah suram. Nampak keikhlasan yang terpancar pada wajahnya.

"Come on lah Rif, dah dua tahun benda tu jadi. Dia pun mesti dah tenang kat alam sana. Tak boleh ke kau move on aje? Plus, kau boleh cari beribu lagi perempuan yang macam dia. Lagi-lagi bila kau dah menang Pertandingan Bintang tu. Ramai gak yang DM aku minta nombor kau," ujar Hakimi panjang. Zharif sekadar tersenyum nipis.

"Entah lah Mi, susah aku nak lupakan dia. Lagi-lagi lepas aku dapat tahu yang sebelum ni, dia pernah sukakan budak Mass Com si Hud tu,"

"Lah, takkan sebab tu aje? Aku yakin dia ada sebab dia sendiri. Kau jangan risau lah Rif, dia cintakan kau. Tu aje kau kena yakin. Lagi pun, biasa lah kalau kita ada minat orang lain as a crush kan?" Hakimi masih cuba memujuk. Zharif hanya mendiamkan diri. Tengah cuba memproses ayat Hakimi agaknya.

"...okay lah Rif, aku nak gerak dulu. Just nak pesan, aku tahu kau minat melukis, tapi kau kena tahu apa yang patut kau utamakan dulu. Kau sendiri cakap kau nak jadi doktor sebab nak bahagiakan dia kan? Prove it Zharif," pesan Hakimi sebelum menepuk sebelah bahu Zharif lalu keluar dari bilik itu.

Zharif masih lagi mendiamkan dirinya. Pandangan dibuangkan ke bawah. Sejujurnya, dia langsung tak dapat move on dari perempuan yang dicintainya sejak dari sekolah menengah lagi. Namun, semuanya berubah sejak mereka masuk Universiti. Dia agak sibuk dengan pelajarannya sebagai student medic membuatkan hubungannya dengan perempuan itu semakin renggang.

"Tak! Aku takkan biarkan benda yang sama jadi lagi! Walau apa pun jadi, Khalif kena jadi milik aku! Aku percaya dia yang hantar Khalif untuk aku!" Tangan Zharif dikepal erat. Senyuman sinis dia ukirkan pada bibir.

Telefon pintar terus dicapai sebelum nombor Khalif dicari. Satu mesej terus dihantar pada nombor tersebut. Zharif tersenyum lagi. Dia takkan ubah fikiran. Khalif is belongs to him. Now and forever.

Zharif
Khalif
Free tak?
Jom jumpa?

•••

Haikal cuma menunduk ke bawah sambil mendengar abang sulongnya itu membebel. Dia dah biasa tadah telinga dengan caci maki yang Haydar lemparkan padanya selama ni. Kata orang, alah bisa tegal biasa. Yang peliknya, dia langsung tak ada rasa sakit hati atau marah dengan semua kata-kata yang dihamburkan Haydar.

"Aku dah cakap, kalau nak apa-apa, cari duit sendiri!!! Sampai bila kau nak harapkan duit abah?! Kau ni tak habis-habis nak menyusahkan orang lah!!"Tengking Haydar.

"Kal terpaksa lah long, lagipun buku tu nak guna cepat," jawab Haikal.

"Kalau dah tahu nak guna cepat, cari cara untuk dapatkan duit sendiri cepat-cepat! Dah besar pun, bodoh lagi! Benda macam tu pun aku nak kena ajar!" Herdik Haydar.

"Hmm, iya lah. Lepas ni Kal tak minta kat abah lagi," wajah Haikal berubah sedikit suram. Bukan dia sengaja nak minta duit pada abahnya. Kalau bukan sebab terdesak, sesen pun dia takkan minta.

"Nah!" Zafir yang tiba-tiba muncul di situ terus menghulurkan sekeping not berwarna ungu yang bernilai RM 100 kepada Haydar. Pelik dengan tindakan itu, Haydar dan Haikal terus memandang ke arah Zafir sambil mengerutkan dahi.

"Aa- apa ni?" soal Haydar.

"Duit untuk bayar balik hutang Haikal," meninggi terus alis mata Haikal saat mendengar ayat yang keluar dari mulut Zafir.

"Hu- hutang?!" soal Haydar sedikit terkejut.

"Iya lah, bukan kau datang sini nak kutip hutang ke?? Dari jauh lagi aku dengar kau bising-bising cakap fasal duit dengan Haikal?" ucap Zafir. Haydar terus terkedu mendengar ayat lelaki tersebut.

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now