Bab 59

441 20 1
                                    

AIR mata Puan Aida mulai mengalir jatuh membasahi pipi setelah mendengar apa yang Hud baru ceritakan padanya tadi. Wanita itu lantas menoleh ke wajah Khalif yang sedang duduk berhadapan dengannya sambil tersenyum nipis. Puan Aida benar-benar tak sangka yang Khalif memang ternyata adik kepada perempuan yang sangat dia sayangi.

Wanita tersebut terus mengalihkan kedudukannya ke sebelah Khalif lalu memeluk erat tubuh genit lelaki itu. Rasa rindunya pada Khaisarah seolah-olah sirna begitu saja dengan kenyataan yang baru saja dia ketahui. Jelas riak wajah kegembiraan terukir pada wajah Puan Aida.

"Umi dah boleh agak sejak dari dulu lagi. Tapi disebabkan Sarah tak pernah bagitahu apa-apa fasal Khalif, Umi buangkan aje sangkaan tu," ucap Puan Aida sejurus pelukan tadi dileraikan.

"Khalif minta maaf sebab tak jujur dengan Umi awal-awal tentang benda ni. Khalif cuma tak nak Umi dengan Abang Hud fikir buruk tentang Kak Sarah," balas Khalif pula. Puan Aida terus mencapai kedua tangan Khalif sebelum digenggamnya erat.

"Umi faham. Umi tak marah pun. Umi gembira sangat dapat tahu fasal benda ni. Terima kasih Khalif, terima kasih sebab hadir dalam hidup keluarga kami sebagai pengganti Sarah,"

"Khalif pun nak ucapkan terima kasih pada Umi juga sebab sudi terima Khalif walaupun Khalif rasa, Khalif tak layak nak gantikan tempat Kak Sarah," ucap Khalif, rendah diri.

"Khalif jangan risau, Umi tak harap Khalif untuk jadi macam Sarah. Cukup Khalif jangan tinggalkan keluarga ni. Umi tak nak hilang orang yang Umi sayang lagi," ayat Puan Aida itu membuatkan Khalif berasa sangat terharu.

Pertama kali dalam hidupnya ada seorang wanita yang benar-benar menghargai kewujudannya sebagai seorang anak. Pantas dia mendapatkan Puan Aida dan mendakap erat tubuh wanita itu pula. Tak mampu Khalif nak gambarkan dengan kata-kata betapa bahagianya hidup dia sekarang. Betul lah kata orang dulu-dulu yang pelangi pasti akan muncul lepas turunnya hujan.

"Umi? Kenapa peluk-peluk ni? Ada apa-apa jadi ke?" Hazif yang baru pulang dari kliniknya merasa hairan melihat Khalif dan Puan Aida yang sedang berpelukan setelah dia masuk ke ruang tamu rumahnya.

"Eh Along, balik dah?" soal Puan Aida.

"Hmm. Umi menangis ke?" soal Hazif sambil cuba mendekat ke wajah Puan Aida. Cepat-cepat wanita itu mengesat air mata yang masih tersisa.

"Tak ada lah. Terharu sikit aje,"

"Terharu? Kenapa nak terharu?" beg kerjanya dicampak ke atas sofa sebelum duduk berhadapan dengan temat Hud duduk.

"Aku rasa kau tak perlu tahu kot," tiba-tiba Hud mencelah. Tegang saja nada cakapnya.

"Asal pula?"

"Bukan kau tak suka ke kalau aku cakap fasal Sarah?"

"Ooo, ni semua fasal Sarah ke? Apa yang dah jadi sampai Umi nangis? Sarah hidup balik ke?" soalan Hazif itu mengundang amarah dalam hati Hud.

"Eh long, kau jangan nak kurang ajar ya?!" tengking Hud.

"Lah, kurang ajar apanya? Aku cuba teka aje. Rasanya itu aje sebab untuk buat Umi nangis kan?" sarkastik jawapan yang Hazif berikan.

Sememangnya, dia tak pernah suka kalau mana-mana ahli keluarganya ungkit apa-apa fasal Khaisarah. Perlu ke mereka teringatkan seseorang yang dah tak ada? Baginya, mengingati orang mati cumalah perkara sia-sia. Kalau dengan teringatkan mereka dapat ubah apa-apa, mungkin dia akan cuba mengubah persepsinya tersebut.

"Along, Umi tak pernah ajar anak-anak umi cakap benda buruk macam tu," celah Puan Aida pula.

"Along minta maaf Umi, tapi along dah penat nak dengar fasal orang yang dah tak ada,"

"Kalau macam tu, saya minta maaf kalau kehadiran kakak saya yang pernah datang dalam hidup abang buat abang penat," giliran Khalif pula mencelah. Wajahnya kelihatan suram.

"Ka- kakak?" Hazif berkerut hairan.

"Again, I'm sorry Abang Hazif. Mungkin kedatangan saya sebagai adik Khaisarah dalam keluarga ni pun akan buat abang penat juga," sambung Khalif sebelum mempamitkan diri dan melangkah keluar dari rumah tersebut.

"Khalif kejap! Kau memang tak guna lah long!!" Hud terus berlari untuk mendapatkan Khalif.

.

.

.

"Khal! Tunggu abang jap!!" tangan Khalif terus ditarik Hud dari belakang menyebabkan langkah lelaki itu terhenti.

Perlahan, Hud mendekatkan dirinya ke hadapan Khalif yang sedang mengesat air mata. Hud benar-benar rasa bersalah dengan apa yang abang sulongnya itu telah katakan tadi. Melihat wajah Khalif yang sedang menangis, membuatkan hati Hud turut sama terluka.

Dia kemudiannya mengalihkan belakang tapak tangan ke wajah Khalif dan mengesat lembut sisa air mata pada wajah lelaki comel tersebut. Siapa aje tak sedih bila ada orang cakap buruk fasal adik-beradik sendiri? Lagi-lagi kalau mereka rapat.

Setelah difikir-fikir semula, Hud agak kesian dengan nasib Khalif. Sudah lah keluarganya sedang dalam konflik, satu-satunya kakak yang dia sayang pula buat keputusan untuk bunuh diri dan meninggalkannya sendiri. Tak layak rasanya nak dibandingkan dengan nasib Hud yang cuma kehilangan seorang kekasih.

"Abang minta maaf ya dengan apa yang along abang cakap tadi? Kadang dia tu tak betul sikit. Biasalah, doktor kan? Periksa sakit orang pandai, diri sendiri sakit tak tahu pula?" seloroh Hud dengan harapan untuk menyedapkan hati kekasih hatinya tersebut. Melihat Khalif yang kemudiannya tersenyum nipis melegakan sedikit kerisauan Hud tadi.

"Its okay. Khal tak marahkan Abang Hazif pun. Cuma sedih sikit sebab dia cakap macam tu dekat Kak Sarah," balas Khalif perlahan.

"Abang janji, kalau dia cakap yang bukan-bukan fasal Sarah lagi lepas ni, siap lah dia abang kerjakan," sekali lagi, Khalif tersenyum nipis dengan ayat Hud.

"Abang, Khal ingat nak pergi rumah mama esok," riak wajah Hud bertukar sedikit teruja setelah mendengar kata-kata Khalif.

"Serius? Khal betul-betul dah sedia ke?"

"Hmm! Khal nak cuba challenge diri sendiri dengan benda yang Khal tak berani nak buat dan selesaikan semua ni cepat-cepat. Then, Khal nak buka chapter baru dengan abang," hati Hud agak tersentuh dengan ayat itu. Hud kemudiannya mencapai kedua belah tangan Khalif dan menggenggamnya erat.

"Walau apa pun keputusan Khal, abang akan tetap ada dekat belakang. Abang sayangkan Khal tau? Ingat tu,"

"Hmm! Khal pun sayangkan abang juga. Nanti lepas dah dapat jawapan yang kita nak, apa kata kita pergi pantai? Dah lama Khal tak pergi pantai," ucap Khalif.

"Sure. Untuk buah hati abang ni, semua boleh! Khal cakap aje nak pergi mana, bukan setakat pantai, pi gunung berapi dekat Indon pun abang sanggup bawa," seloroh Hud. Mereka kemudiannya sama-sama tertawa kecil.

"Abang, apa tu?" Khalif tiba-tiba menunjuk ke arah sesuatu. Pantas Hud mengalihkan pandangannya.

"Apa di-"

Cup!

Hud tersentak sedikit dengan kucupan manja dari Khalif. Bibirnya automatik mengukirkan senyuman lebar. Kalau bab-bab buat perangai comel macam tu, memang tak ada siapa boleh kalahkan Khalif. Macam mana Hud tak angau dibuatnya?

"Nasib baik tengah kat luar, kalau kat bilik tadi, abang dah ngap dah!!"

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now