Bab 2

781 26 0
                                    

"KAK SARAH cakap yang dia cintakan abang sampai bila-bila," ucap Khalif tanpa sedikit pun menoleh ke arah Hud. Matanya tak berani ditemukan ke wajah Hud. Lantas, dia segera melepaskan tangan Hud yang dia tarik tadi sebelum berlalu dari tempat itu.

"Kau cakap apa?" pantas Hud menarik tangan Khalif kembali. Wajah Khalif ditoleh semula ke arah lelaki bertubuh tinggi tersebut.

"Saya dah sampaikan apa yang Kak Sarah nak saya sampaikan pada abang," jawab Khalif. Pandangannya masih dibuang ke tanah.  Hud pula terdiam sejenak lalu senyuman sinis diukirkan.

"Huh, kau merepek apa ha bodoh?" soal Hud kasar.

"Saya tak merepek, and I've said Kak Sarah wanted me to tell you. Now, let me go!" pinta Khalif sambil cuba melepaskan tangannya dari terus digenggam oleh Hud.

"Kau ingat aku nak percayakan kau ke, ha?!" renungan tajam Hud benar-benar menampakkan kemarahan yang terpendam dalam bebola matanya. Sikit masa saja lagi kemarahan itu nak meletus.

"Terserah pada abang nak percaya atau tak, yang penting saya dah bagitau apa yang Kak Sarah nak abang tahu," Khalif memberanikan dirinya lagi untuk menjawab.

Tiba-tiba, sebelah tangan Hud yang dari tadi menggenggam kuat terus beralih ke batang leher Khalif lalu mencengkiknya sambil melemparkan pandangan persis seekor harimau yang bakal menerkam mangsa. Setiap kali dia melihat wajah lelaki di hadapannya sekarang, setiap kali itu juga lah hatinya membara dengan api-api dendam dan amarah yang selama ini terbuku.

"Pembunuh macam kau.." jelingan mata Hud semakin tajam. "Tak ada hak nak sampaikan apa yang Sarah nak aku tahu. Sebab sampai bila-bila pun, aku takkan pernah terima apa yang kau dah buat dekat Sarah!" nada suara Hud naik seoktaf.

"Uggh.. le- lepaskan- ugg- ssa.. saya!" Kudrat Khalif yang kecil itu tidak mampu membuatkan Hud melepaskan cekikannya.

"Bukan Sarah yang sepatutnya mati, tapi kau!!" cekikan Hud bertambah kuat saat emosi tak mampu lagi dia kawal. Rasa sedih dan dendam yang bercampur membuatkan fizikalnya seakan bergerak sendiri mengikut naluri amarahnya.

"Woi, kau nak buat apa ha dekat Khal?!" Haikal yang menyedari situasi tegang antara Hud dan Khalif cepat-cepat berteriak dan berlari menuju ke arah mereka. Setelah mendengar teriakan Haikal, Hud yang seperti sedang dirasuk hantu tadi segera melepaskan tangannya saat mulai sedar apa yang telah dia lakukan.

"Uhh haa uhh haa," tercungap-cungap dada Khalif setelah cekikan itu dilepaskan.

"Apa kau dah buat dengan member aku ha?!" tengking Haikal. Dia kemudiannya menolak tubuh Hud ke belakang. Pandangan tak puas hati ditolehkan ke arah lelaki yang lebih tinggi darinya itu.

"Huh," senyum sinis Hud diukirkan. "Nasib member kau datang, kalau tak-" 

"Kalau tak apa?! Kau nak bunuh member aku?!" belum sempat Haikal mahu mendapatkan Hud, cepat-cepat Khalif menahan langkah rakan sekelasnya itu. Khalif menggelengkan kepalanya sebagai isyarat agar Haikal tidak meneruskan apa yang dia niatkan.

"Ingat eh sial, urusan kita belum selesai lagi," sambung Hud lalu melangkah pergi meninggalkan mereka.

"Aku lah mamat ni, ey!!" 

"Dah lah tu Kal, biarkan dia," pujuk Khalif lembut. Mendengar kata-kata Khalif, Haikal langsung memandangnya dengan pandangan penuh kehairanan. 

Dia sendiri menyaksikan dengan mata kepalanya yang lelaki tinggi itu sedang mencekik leher Khalif sekuat hati tadi, boleh pula Khalif senang-senang lepaskan lelaki tersebut macam tu aje. Takut sangat ke Khalif pada lelaki itu sampai Haikal nak pertahankan dirinya pun Khalif menghalang? Tapi kenapa? Apa sebenarnya yang dah jadi antara mereka berdua? 

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now