Bab 40

642 26 10
                                    

ZHARIF meneliti gambar seorang gadis dalam lukisannya dengan riak wajah yang agak suram. Rasa rindunya pada perempuan dalam gambar tersebut membuatkan jiwa dan batinnya benar-benar terseksa. Dia tak tahu apa yang perlu dia lakukan untuk memuaskan rasa rindu itu.

Lebih-lebih lagi setelah bertemu dengan seorang lelaki yang wajahnya benar-benar mirip dengan wajah gadis pada lukisannya dua hari lalu. Sampai sekarang, jantungnya masih lagi berdegup kencang saat teringat akan lelaki genit itu. Walaupun rasa rindu masih terbekal, namun sekurang-kurangnya dapat juga dia melepaskan sedikit beban rindu pada gadis ini saat melihat wajah lelaki tersebut.

"Muka dia, sama sangat dengan awak," bisik Zharif sebelum tangannya menyapu lembut lukisan itu.

"....awak tahu saya betul-betul cintakan awak, kan? Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa awak tinggalkan saya??" Sambung Zharif lagi. Air matanya menitis jatuh membasahi pipi. Beberapa detik kemudian, sebuah senyuman sinis diukirkan pula pada wajah Zharif.

"Awak tahu awak tak boleh jauh dari saya lama-lama. Sebab tu awak hantar orang yang rupa sama dengan awak pada saya kan? Thanks sayang. Awak masih bagi peluang kedua untuk saya betul-betul jaga awak. Dan kali ni, saya takkan lepaskan awak lagi," senyuman sinis itu masih melekat pada wajah Zharif. Dalam mindanya, dia tahu apa yang perlu dia lakukan setelah ini.

Dia akan pastikan kejadian sama takkan berulang lagi. Dan dia takkan lepaskan lelaki yang dia sangkakan dihantar oleh gadis dalam lukisan tersebut untuknya. Tak kisah lah dia lelaki atau perempuan, kalau dah muka mereka hampir mirip, apa yang dia perlu tunggu lagi? By hook or by crook, dia perlu jadikan lelaki itu miliknya.

"Kali ni, saya takkan biarkan siapa-siapa pun halang cinta kita,"

***

"Kau duduk lah dulu, aku pergi dapur kejap buat air," jemput Aira, sebelum Haikal melabuhkan punggungnya di atas sofa ruang tamu tersebut.

Petang itu setelah habis kelas, Haikal ikut Aira pulang ke rumahnya untuk membantu gadis itu menyiapkan tugasan. Memandangkan mereka kawan baik sejak sekolah, dan dia pula tak ada benda nak buat, dia buat keputusan untuk membantu ex-crush merangkap kawan baik perempuannya itu menyiapkan tugasan kos.

Tiba-tiba, mindanya mula teringatkan Zafir. Dia kemudiannya melilaukan mata ke sekeliling ruangan tersebut untuk memeriksa kalau-kalau Zafir ada di rumah. Kelihatan macam lelaki itu tiada. Kalau ada, mesti dah nampak bayang mamat tu dari tadi. Entah lah, sejak dua menjak ni, boleh pula perasaan rindu hadir untuk abang kepada kawan baiknya itu.

"Nah, kau minum dulu. Aku nak pergi naik atas ambil barang esaimen," ucap Aira seraya menghidangkan sejag air sirap sejuk yang telah dibancuhnya.

"Ra, abang kau mana? Tak ada kat rumah ke?" soal Haikal tertanya-tanya.

"Dia ada aje tu ha dalam bilik. Rasanya tengah tidur. Biasalah, budak tengah cuti kan?? Itu aje lah kerjanya," jawab Aira.

"Ooooo. Err, abang kau cuti sampai bila??" Soal Haikal lagi. Terbantut terus niat Aira nak naik atas.

"Sampai hujung bulan ni,"

"Sekejapnya?? Lepas tu dia balik UK semula lah?"

"Iya. Asal? Kau takut kau rindu dia ee??" Aira mulai melirikkan mata sambil tersenyum nakal ke arah Haikal.

"Euw! Rindu dia buat apa? Banyak lagi benda berfaedah aku boleh buat," pantas Haikal menyangkal.

"Iya lah tu! Okay lah, aku naik atas dulu. Kalau kau nak jumpa abang aku tu, kau pergi aje lah terjah bilik dia kat hujung sana tu," bibir Aira dijuihkan ke arah sebuah pintu bilik yang tidak jauh dari ruang tamu tersebut. Seusai itu, dia terus melangkah ke tingkat atas untuk mengambil barangannya.

Haikal pula laju memandang ke arah pintu bilik yang Aira maksudkan tadi. Entah kenapa hatinya tiba-tiba rasa sedih lepas dengar yang Zafir akan balik semula ke UK hujung bulan ni. Kenapa lah sekejap sangat mamat tu cuti? Tanpa berlengah, dia terus menapak ke arah pintu bilik Zafir.

Tanpa segan silu, tombol pintu bilik lelaki itu terus dia pulas sebelum daun pintu ditolak ke dalam. Wajahnya dijengukkan ke dalam bilik Zafir sebelum mendapati yang lelaki itu masih tidur di atas katil dengan hanya memakai seluar pendek berwarna biru dan bercorak kotak-kotak.

"Not bad body shape mamat ni. Kalau aku perempuan, dah pecah ovari aku dibuatnya," bisik Haikal sendiri.

Kemudian, perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah katil Zafir sebelum duduk di birai katil tersebut sambil sebahagian tubuhnya dipusingkan menghadap lelaki tampan yang sedang tidur dengan nyenyaknya itu. Senyuman manis secara automatiknya terukir di bibir.

"Mata dah lah sepet! Kulit pula putih! Typical mamat gay betul lah dia ni. Bibir pun merah ha. Jenama pelembab bibir apa yang dia pakai ya?" Selamba Haikal mendekatkan wajahnya ke wajah Zafir yang sedang tidur sambil menyentuh perlahan bibir lelaki itu. Dari muka, pandangannya turun ke arah susuk tubuh Zafir yang kekar itu.

"....tangan ada bicep, urat timbul lagi! perut pun berkotak-kotak. Agak-agak berapa lama nak dapat body shape macam ni erk? Sebulan? Dua bulan?" tangannya mulai meraba otot perut Zafir. Makin lama, tangan itu perlahan-lahan turun hingga ke sebuah bahagian yang dia tahu tak sepatutnya dia sentuh. Jadi, dia hentikan rabaan tadi cuma sampai pada bahagian perut Zafir.

"...agak-agak, mamat ni punya besar tak? Aish! Apa kau fikir ni Kal?! Dah macam pervert dah!!" Cepat-cepat dia sedarkan akalnya yang hampir tak waras itu. Pandangannya kembali pada wajah Zafir yang masih nyenyak tidur itu semula.

"...kenapa lah sekejap sangat kau ada dekat sini? Kalau kau dah balik UK nanti, apa aku nak buat kalau aku rindu?? Kejam lah kau ni Zafir!!" dengan tak sengajanya dia menjentik dahi lelaki itu dek kerana rasa geram.

"Ak!" Terus terbangun Zafir jadinya dengan jentikan kuat Haikal tadi. Namun, Zafir sedikit terkedu apabila melihat kelibat Haikal yang sedang duduk di sebelahnya.

"...Ha- Haikal?! Haikal buat apa kat sini?" Zafir terus mengubah posisinya dari baring, ke posisi duduk.

"Bangun dah? Baru jentik sekali,"

"Ha??" Dahi Zafir berkerut seribu.

"Tak ada apa pun. Saya nak tolong Aira siapkan assigment dia. Dah alang-alang datang, saya ceroboh lah masuk bilik abang. Lepas tu, ada lah raba-raba badan abang sikit. Then, terjentik dahi abang," Haikal menjawab jujur. Mendengar ayat Haikal itu, Zafir sedikit tercengang.

"Ra- raba?!"

"Uhm. Tapi tak lama pun. Saja nak make sure sama ada abs abang tu real ke tak," mulutnya dijuihkan ke arah otot perut milik Zafir. Air liur diteguk keras oleh Zafir. Selamba badak mamat depan dia ni aje nak goda dia macam tu. Ingat iman dia ni kuat sangat ke?

"Haikal tak takut ke??"

"Takut apa??"

"Iya lah, masuk bilik abang time abang tengah separuh bogel macam ni?? Buatnya abang ngap Haikal ke apa??"

"Abangkan tengah tidur tadi?"

"Well, I'm wake up now?"

"Err.. kalau macam tu, saya gerak dulu lah ya??" Cepat-cepat Haikal cuba untuk melangkah keluar. Namun, Zafir terus menarik tangna Haikal hingga dia terbaring di atas kakinya.

"Ingat dah goda abang macam tu tadi, abang nak biar Haikal lepas macam tu aje?"

"Aa- abang nak bu- buat apa ni?"

"Take a guest"

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now