Bab 65

438 15 3
                                    

TUBUH Zafir dipeluk erat. Pelukan itu seolah-olah menunjukkan yang Haikal tak mahu melepaskan kekasih hatinya itu pergi. Dari mula-mula sampai ke lapangan terbang ini pagi tadi, dia cuba menahan rasa sebak dan sedih bila mengenangkan yang dia takkan dapat jumpa Zafir lagi selama setahun.

Tambahan pula, dia tak boleh terlalu bermanja dengan lelaki tersebut memandangkan keluarga Zafir ada di situ. Mereka cuma mampu curi-curi berpegang tangan saja. Setelah keluarga Zafir pulang, baru lah mereka ada peluang untuk berduaan.

"Wait for me, okay?" soal Zafir yang masih lagi dalam pelukan Haikal.

"Abang kejam!!" ucap Haikal.

"Why?"

"Abang buat saya jatuh cinta sampai saya tak boleh nak jauh dengan abang. Then, senang-senang macam tu aje abang nak tinggalkan saya?" soal lelaki yang lebih pendek dari Zafir itu. Senyuman nipis terbit pada wajah Zafir.

"Hey, siapa cakap abang akan tinggalkan Kal?" soal Zafir pula sambil membelai lembut kepala Haikal. Haikal cuma diam tidak menjawab. Masih memeluk erat tubuh Zafir.

"...setahun aje. Then, we will be together forever. Okay?" Zafir cuba memujuk. Laju Haikal menggelengkan kepalanya.

"Setahun tu bukan sekejap tau? Abang kejam!" Zafir tersenyum lagi.

Melihat tindakan Haikal itu, membuatkan hatinya tiba-tiba rasa berat untuk meninggalkan Malaysia. Tapi dia tiada pilihan. Pelajarannya di sana perlu diteruskan. Sekarang, bukan saja Haikal yang rasa terseksa kerana harus berpisah, dia pun rasa yang sama.

"Abang janji, setiap hari abang video call Kal waktu kat sana nanti,"

"Video call tak sama macam jumpa depan-depan. Macam mana kalau saya rindu nak peluk abang lagi? Macam mana kalau saya rindu nak cium abang lagi?" Kepala Haikal perlahan didongakkan ke arah Zafir. Jantung Zafir benar-benar berdegup laju saat melihat perilaku Haikal yang bersikap comel begitu.

"I'm sorry sayang. Abang tahu abang kejam. Sampai hati abang buat si ciwek abang ni menangis macam ni kan? Makin geram abang dibuatnya," sempat Zafir berseloroh sambil mencubit kedua-dua belas pipi Haikal.

"Orang serius lah!" pantas Haikal melepaskan pelukannya tadi dan merenung tajam ke arah Zafir.

"Okay, okay. I'm sorry. Tapi kalau Kal terus macam ni, confirm-confirm abang tak boleh tidur lepas sampai sana nanti sebab asyik rindukan Kal aje. Tak kesian dekat abang ke?" bibirnya dimuncungkan dan wajah kesian cuba ditayangkan. Haikal akhirnya beralah sebelum mengeluhkan nafasnya panjang.

"Kalau saya dapat tahu abang pandang mana-mana lelaki lain selain saya, siap lah abang saya kerjakan nanti!" ugut Haikal. Terus hilang sikap manjanya tadi.

"Ay ay capten! I'm promise that I'll never look at another man accept you, my lovely little Haikal!" sebelah tangannya diangkat ke atas seperti orang yang sedang mengangkat sumpah.

"...now come here! I want my manja Haikal back," tangan Zafir didepakan sebelum Haikal meluru masuk kembali dalam pelukan Zafir.

"Saya betul-betul akan rindukan abang,"

"Me too, sayang,"

"Ehem ehem!!" sedang mereka berpelukan, Hud yang tiba-tiba muncul terus berdehem. Mereka lantas menoleh ke arah Hud sebelum pelukan tadi dileraikan.

"Lah, datang rupanya kau? Ingatkan dah tak ingat aku dah?" soal Zafir sarkastik.

"Sorry lah Zaf, aku ada hal jap tadi," pinta Hud. Setelah itu, Hud terus mendekati Zaf sebelum menghadiahkan sebuah pelukan tanda selamat tinggal pada sahabat baiknya itu.

"Take care kat sana bro. Apa-apa, roger aje aku," pesan Hud.

"Alright, kau pun," balas Zafir dan pelukan tadi pun dileraikan.

"....boleh aku minta satu benda tak Hud?" soal Zafir.

"Apa dia?" seketika, Zafir memandang ke arah Haikal sebelum tersenyum nipis.

"Tolong jagakan buah hati aku ni baik-baik ya? Kalau dia ada usha mamat lain, cepat-cepat roger aku,"

"Helok sikit ya? Abang seorang aje lelaki yang boleh buat saya jatuh cinta kat sini. Ingat saya ada masa ke nak try lelaki lain?" balas Haikal sebelum menggulingkan anak matanya ke tepi.

"Atotototo, abang gurau aje lah," cepat Zafir mendapatkan Haikal lalu mencubit perlahan pipi lelaki itu. Hud sekadar tersenyum melihat kemesraan sahabatnya dengan sahabat kepada lelaki yang sedang dia rindukan sekarang.

"By the way Haikal, Khalif ada telefon kau tak? Lately ni aku try juga telefon. Tapi dia tak angkat. Mesej pun dia tak reply. Dia tengah busy ke?" soal Hud risau.

"Aik? Sepatutnya aku yang kena tanya kau soalan tu?"

"Maksud kau?"

"Si Khalif tu, dah berapa hari tak datang kelas. Aku call pun tak angkat, mesej apatah lagi? Aku ingat dia ada problem. Itu yang aku cadang nak tanya kau fasal ni kalau jumpa kau nanti," jawapan Haikal itu membuatkan mereka berdua sama-sama berkerut dahi.

"Dia ada masalah apa-apa ke?" Haikal sekadar menjongketkan bahunya ke atas.

"Yang aku tahu, sabtu lepas dia ada balik kampung dekat Johor. Katanya ada urusan peribadi. Malas pula aku nak tanya," bertambah berkerut dahi Hud.

Sebelum ni, pasti Khalif akan cerita semua perkara padanya. Tapi kenapa kali ni dia perlu berahsia pula? Ada apa-apa yang dah jadi pada Khalif ke? Hati Hud mula rasa tak senang. Dia kemudiannya bergegas mempamitkan diri dan menuju pula ke rumah Khalif.

Sampai saja di depan rumah Khalif, Hud meluru keluar dari kereta dan melihat sebuah lori yang mangangkut barang, memarkir di depan rumah tersebut. Dahinya berkerut lalu dia percepatkan langkah sebelum mendapati sebuah keluarga sedang mengangkat barang-barang mereka masuk ke rumah itu.

"Salam pakcik, tak silap saya ni rumah kawan saya. Pakcik buat apa ya kat sini?" soal Hud hairan.

"Lah, kawan kamu tak habaq kat kamu ka yang dia dah pindah?" soal lelaki itu pula. Makin berkerut dahi Hud jadinya.

"Pindah?"

"Ya lah. Pakcik dengan family pakcik baru ja pindah sini semalam. Baru hat hari ni dan nak pindah barang pesemua," tambah lelaki itu lagi.

"Pakcik biar betul? Baru minggu lepas saya datang sini. Dia ada lagi kat sini, pakcik," Hud menyoal inginkan kepastian. Rasa macam tak percaya pula yang Khalif tiba-tiba pindah tanpa beritahunya apa-apa.

"Lah, awat pakcik nak tipu pula? Memang betul pun depa dah pindah. Kalau dak, lagu mana pakcik boleh mai tinggal sini?"

"Pakcik tahu dorang pindah mana?"

"Yang tu pakcik tak tahu. Takkan pakcik nak sibuk hal depa pula? Kamu kawan dia, takkan dia tak cerita apa-apa?" Hud terkaku sebentar dengan jawapan pakcik itu. Jadi, betul lah yang Khalif memang dah pindah?

Tapi kenapa? Kenapa dia langsung tak bagitahu apa-apa pada Hud? Kenapa dia tiba-tiba pindah tanpa berita? Ada sesuatu yang dah jadi ke? Tanpa berfikir panjang, Hud terus mempamitkan diri sebelum cuba menghubungi Khalif. Namun usahanya sia-sia bila panggilannya langsung tidak dijawab.

"Khalif, jawab lah!! Jangan buat abang risau macam ni!!" dia masih tidak berputus asa dan berulang kali membuat panggilan pada nombor Khalif.

Hud mula rasa resah sebelum menghentak stereng keretanya berkali-kali apabila tiada satu panggilan pun yang terjawab. Dia tak tahu apa yang menyebabkan Khalif buat keputusan untuk menghilangkan diri secara tiba-tiba tanpa memutuskan hubungan mereka. Makin Hud cuba berfikir, makin runsing kepala dia dibuatnya.

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now