Bab 45

530 26 2
                                    

MATANYA dari tadi berulang kali melihat ke arah jam. Nak masukkan satu video ke dalam software untuk dia sunting pun ambil masa 10 minit, apatah lagi bila dia kena masukkan 30 video yang semuanya berdurasi dari 3 ke 5 minit. Masa tinggal lagi 2 jam suku sahaja sebelum MC mengumumkan peserta Pertandingan Bintang Mahasiswa yang akan lepas ke peringkat seterusnya.

Dia benar-benar yakin yang dia takkan sempat untuk menyiapkan video rangkuman pertandingan sepanjang hari ni seperti yang Hud minta. Lain lah kalau ada orang yang boleh tolong dia sunting juga. Dah banyak kali dia cuba desak Hud untuk carikan seseorang supaya dapt bantu dia. Tapi? Hapah pun tak ada.

"Bodoh betullah lah Hud ni! Dah lah bagi task wahyu dari langit, lepas tu bila aku minta cari orang untuk tolong, asyik suruh aku try handle seorang-seorang dulu aje! Dia ingat aku ni robot ke apa?! Dah lah aku baru first time handle program besar macam ni!!" Rungutnya sendiri.

Saat itu, tuhan saja tahu betapa cemasnya dia. Rasa paranoid mulai menguasai Haikal. Dia benar-benar takut kalau dia tak sempat nak siapkan video rangkuman macam apa yang TNC HEPA universiti mereka harapkan. Kenapa tanggungjawab berat macam tu dilepaskan kepada orang baru macam dia?

Haikal akhirnya buat keputusan untuk menghentikan diskriminasi kecil yang dia rasa berlaku terhadap dirinya sekarang. Lantas, dia bangun dari duduknya sebelum melangkah keluar dari ruangan tersebut untuk mencari Hud. Dia perlu menerangkan pada Hud tentang situasinya supaya lelaki tu faham dan mencari solusi lain. Takkan semua bebanan, dia yang kena tanggung sendiri?

Kaki Haikal laju menapak sambil mencari-cari kelibat Hud. Nak tak nak, dia kena juga jujur dengan Hud. Bukan dia tak mampu nak buat tugasan yang diberi, tapi masa yang Hud bagi pun tak cukup, lagi-lagi untuk 'beginner' macam dia. Sebab tu dari awal dia minta Hud carikan seseorang untuk membantunya.

Nampak saja bayang lelaki yang dia cari, Haikal terus menuju ke arah Hud. Kelihatan, wajah Hud nampak tegang dan dia sepertinya sedang terburu-buru. Mula-mula Haikal takut nak tahan lelaki itu, tapi memikirkan beban yang dia tanggung, Haikal beranikan diri juga untuk menahan langkah Hud.

"Hud!" panggil Haikal sebelum Hud berhenti.

"Aku ada hal, kita cakap nanti," balas Hud senada.

"Tapi Hud, ni fasal video yang kau minta tu!" Laju Haikal menjawab. Sempat juga dia menarik tangan Hud.

"Eh, kau pekak ke?! Aku cakap nanti, nanti lah!! Engkau dengan kawan kau tu sama aje!! Dua-dua serabutkan hidup aku!!" Tengking Hud lalu pergi meninggalkan Haikal yang terfaktab dengan tengkingan Hud tadi.

Haikal sendiri tak tahu apa lagi yang perlu dia lakukan bila ketua yang menjadi tempat dia bergantung, menengkingnya begitu sedangkan dia cuma ingin mengadu masalahnya. Ikutkan hati, mahu saja dia menangis. Tapi Haikal bukan lah lelaki yang cepat menitiskan air mata. Dia cuba menahan rasa marah dan sedih yang bercampur itu, sebelum melangkah lemah menuju ke bilik teknikal semula.

Melihat video-video yang baru saja dia masukkan dalam software di laptopnya mempunyai durasi masa lebih dari 30 minit itu, membuatkan tekanan yang Haikal hadapi bertambah besar. Macam mana dia nak sunting semua video ni dalam masa 1 jam? Nanti nak eksport keluar saja dah makan masa lebih sejam.

Nafasnya dikeluh panjang sebelum dia menyilangkan tangan di atas meja dan meletakkan wajahnya di atas tangan yang disilang tadi. Air mata masih dapat lagi dia tahan. Fikirannya masih buntu dan dilanda macam-macam fikiran negatif. Sempat ke dia siapkan? Kalau tak sempat macam mana? Mesti TNC HEPA marah kan? Dia juga yang dapat imej buruk nanti.

Waktu itu, entah kenapa cuma bayangan Zafir saja yang muncul dalam mindanya. Kalau lah lelaki tu ada sekarang, mesti dia dapat hilangkan sedikit tekanan yang dia hadap. Tapi nak buat macam mana? Awal-awal lagi mamat tu dah cakap yang dia tak boleh nak datang hari ni. Betapa Haikal berharap yang Zafir akan muncul di depannya saat ini.

"Haikal?" sedang dia cuba untuk menahan tangis, suara lelaki yang sangat dia harapkan untuk ada bersamanya sekarang, tiba-tiba memanggil namanya. Cepat-cepat dia mengangkat wajah yang diturunkan tadi.

"...surprise!!" ucap Zafir.

"Aa- abang.."

"Rindu abang tak? Hehe abang saja tipu Haikal semalam bila abang cakap abang tak dapat datang. Cuma lambat sikit sebab ada hal tadi. Kalau tak, dari pagi tadi lagi abang dah datang dah. Haikal-"

"Tsk- tsk- tsk.." Haikal yang cuba menahan air matanya dari jatuh tadi, terus tersedu-sedu menangis saat melihat kelibat Zafir di situ. Dia tak tahu kenapa dia rasa lega bercampur senang bila dapat lihat Zafir di depannya sekarang.

"Ha- Haikal kenapa ni?! Aa- abang ada buat salah ke?!" Soal Zafir cemas sebelum menyeret sebuah kerusi dan duduk di sebelah buah hati kesayangannya itu.

"Abangg!! Huaaa!!" Makin teresak tangisannya bila Zafir tanya soalan itu.

"Hey hey, siapa buat Haikal abang ni? Cuba bagitahu?" lemah-lembut saja nada Zafir bertanya.

"Bo- boleh tak saya nak peluk abang? Tsk tsk!" Soal Haikal sambil menahan sedu tangisnya. Tanpa berlengah, Zafir terus menarik tubuh ramping Haikal masuk ke dalam dakapannya.

"Of course baby. Shuhh, take time okay? dah lega nanti cerita dekat abang," belakang tubuh Haikal ditepuk perlahan untuk menenangkan lelaki itu.

Selang beberapa minit kemudian, Haikal berjaya menenangkan emosinya dan dia mulai berhenti menangis. Pelukan tadi dileraikan lalu Zafir dengan lembutnya menyeka sisa air mata yang masih melekat pada wajah Haikal.

"Are you okay now? Boleh cerita dah apa jadi?" Soal Zafir. Haikal mengangguk perlahan.

"TNC HEPA nak tayang video rangkuman aktiviti sepanjang PBM tu berlangsung hari ni. Lepas tu Hud suruh saya yang settlekan video tu. Masalahnya, video tu sepatutnya ditayangkan waktu hari last pertandingan nanti. Tiba-tiba TNC nak tayang untuk hari ni punya saja,"

"Okay, then?"

"Dari awal lagi saya dah cakap dengan Hud yang saya perlukan orang untuk bantu saya edit video tu. Bila saya tanya, dia suruh saya cuba handle seorang-seorang dulu. Dah lah saya pun masih belajar lagi cara nak edit video ni. Lepas tu kena edit 30 video sekali gus dalam masa tak sampai 2 jam,"

"Lepas tu?"

"Lepas tu, masalahnya sekarang ni tinggal lagi 2 jam aje sebelum video tu kena hantar dekat team teknikal. Video pun baru masukkan dalam software ni. Macam mana kalau tak sempat nak edit? Nak export saja dah ambil masa. Lepas tu boleh pula si Hud tu tengking-tengking saya waktu saya mengadu fasal hal ni tadi. Cakap saya serabutkan hidup dia bagai, padahal saya cuma nak mengadu fasal masalah ni kat dia aje. Hmmm," panjang lebar Haikal mengadu pada Zafir. Lega betul hatinya dapat mengadu masalah pada lelaki itu.

"Its okay, meh abang tolong,"

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now