Bab 49

535 19 0
                                    

"MULA-MULA, Khalif tak nak libatkan diri langsung dalam hidup abang. Tapi, Khalif tak boleh biarkan abang terus anggap Khalif yang bunuh Kak Sarah. Dalam masa yang sama, Khalif juga tak nak abang fikir buruk fasak Kak Sarah kalau abang tahu yang Kak Sarah memang bunuh diri. Sebab tu Khalif rahsiakan hubungan Khalif dengan Kak Sarah. Khalif nak cari dulu punca sebenar Kak Sarah bunuh diri. Jadi, Khalif rasa kalau Khalif dekat dengan abang, mungkin Khalif akan dapat jawapan," sambung Khalif lagi.

"So, kau dah dapat jawapan ke sekarang?" Soal Hud. Khalif cuma menggelengkan kepalanya perlahan.

"Abang, fasal Kak Sarah mengandung tu, Khalif betul-betul tak tahu. Kita lagi kenal Kak Sarah dari sesiapa pun. Khalif tak rasa yang Kak Sarah sanggup tipu abang. Mesti ada benda yang dah jadi. Takkan abang nak fikir buruk fasal Kak Sarah hanya sebab satu benda yang baru abang tahu?" Langkah Khalif perlahan-lahan mendekat Hud. Terus pandangan Hud dibuang ke tempat lain.

"...walau apa pun kenyataan dia, Khalif takkan percaya yang Kak Sarah sanggup tipu kita. Mesti ada sebab lain kenapa Kak Sarah tak bagitahu kita fasal benda ni. Abang, percayakan Khalif please?" rayu Khalif. Saat itu, Hud mulai rasa gelisah. Tiba-tiba perasaan bersalah muncul dalam dirinya.

Memang itu lah kelemahannya dari dulu. Selalu buat kesimpulan atas apa yang dia nampak. Sepatutnya, dari dulu lagi dia selidik apa sebenarnya yang dah jadi. Takkan bila semuanya dah terlambat, baru dia nak sedar? Saat itu, minda Hud mulai berfikir secara rasional.

"Kau bagi masa untuk aku proses semua benda ni dulu," ucap Hud pendek. Senyuman kecil terbit pada wajah Khalif.

Mungkin dia belum sepenuhnya yakinkan Hud tentang semua ni, tapi sekurang-kurangnya Hud bagi dia peluang untuk lelaki itu percayakannya. Khalif tahu yang dia tak boleh tergesa-gesa dan terlalu mendesak Hud. Kalau masa yang Hud perlukan, Khalif sedia untuk menunggu sebarang kemungkinan.

"Kalau macam tu, Khalif turun bawah dulu ya? Nak rasa kuih yang Umi buat," pinta Khalif sebelum melangkah keluar dari bilik Hud.

Hud sekadar mengangguk dan memerhati lelaki itu pergi hingga hilang dari pandangan. Kemudian dia mengeluhkan nafasnya perlahan. Sebelah tangan diletakkan pada bahagian dada. Degupan jantungnya yang laju dapat dia rasakan.  Sejujurnya, dia agak resah bila Khalif datang tadi.

Setelah mendengar penjelasan lelaki itu, sedikit rasa lega muncul dalam hati. Jauh di sudut hati Hud, dia benar-benar berharap yang Khalif dan Khaisarah tidak mengkhianati kepercayaannya. Dia tak lah terkejut sangat bila dapat tahu yang Khalif adalah adik kandung kepada arwah kekasihnya itu memandangkan dia sudah mula curiga sejak awal.

Yang membuat dia kesal adalah berita tentang kandungan Khaisarah. Apa sebenarnya yang dah jadi? Macam mana Khaisarah boleh mengandung? Siapa bapa kepada anak dalam kandungan perempuan itu? Makin lama dia fikir, makin serabut jadinya.

"Aku tak boleh terus buat kesimpulan. Betul cakap Khalif, mesti ada sebab semua ni jadi,"

•••

Hud masih dalam fasa berfikir. Dia perlu cari tahu apa sebenarnya yang dah jadi. Buat masa ni, dia tak nak terlalu dekat dengan Khalif. Takut-takut kalau keputusan yang dia buat akan dipengaruhi oleh lelaki itu. Kali ni Hud kena berfikiran rasional dan sedikit terbuka.

Hari kedua pertandingan Bintang Mahasiwa berjalan dengan lancar. Hud masih sibuk ke sana ke sini untuk memastikan tiada masalah yang berlaku sepanjang program tersebut berlangsung. Dia perlu menyibukkan diri supaya fikirannya tak terlalu serabut.

Buat masa sekarang, fokus utamanya adalah pertandingan tersebut. Namun, tiap kali dia cuba sibukkan diri, tiap kali itu juga lah mindanya akan teringat Khalif. Apa yang dia tengah buat? Dia dah makan ke? Entah-entah sakit? Dia tak rindukan Hud ke?

"Abang," suara seseorang tiba-tiba memanggilnya. Kenal dengan suara itu, cepat-cepat dia menoleh. Jantung Hud mula berdegup kencang. Baru teringat, orangnya dah muncul. Macam tahu-tahu aje.

"Kau nak apa?" Balas Hud. Nadanya cuma mendatar. Nak saja dia pukul dirinya sekarang. Kenapa susah sangat dia nak turunkan ego?

"Kh- Khalif rindukan abang," ayat itu membuatkan degupan jantung Hud bertambah kencang. Hud mula rasa tak tentu arah, tapi dia sembunyikan perasaan itu dengan wajah kosongnya. Cepat-cepat dia mengambil helaian kertas di atas meja sebelum berlakon macam dia tengah sibuk.

"Aku tak ada masa nak cakap fasal benda tu sekarang," balas Hud.

"Dah berapa minggu kita tak luangkan masa sama-sama sebab sibuk dengan program ni. Bila dah ada masa, benda macam ni pula jadi. Khalif minta maaf. Khalif tahu Khalif kena bagi masa dekat abang. Tapi Khalif betul-betul rindukan abang," Khalif memegang secubit pakaian Hud pada bahagian bawah dari tepi.

Saat itu, tuhan saja tahu betapa nak luruhnya jantung Hud dengan apa yang Khalif sedang lakukan. Tapi Hud masih tidak dapat menundukkan egonya. Dia hanya berdiam dan beriak seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Khalif ucapkan tadi.

Melihat reaksi Hud, wajah Khalif berubah suram. Dia betul-betul tak sangka yang keadaan akan jadi macam ni. Dia tahu dia perlu bagi Hud masa untuk berfikir, tapi rasa rindunya pada lelaki itu tak dapat lagi dia bendung. Tambah pula dengan macam-macam sangkaan negatif yang masuk ke dalam fikirannya tentang keputusan yang Hud akan buat nanti.

Kalau ikutkan hati, mahu saja dia peluk lelaki di depannya itu. Tapi Khalif masih menahan diri. Dia takut Hud tak selesa kalau dia bertindak sedrastik itu. Lagi-lagi bila mereka sedang berada di tempat terbuka sekarang. Kalau ada orang nampak, apa yang mereka nak jawab nanti?

"...Khalif pergi dulu lah kalau macam tu. Khalif harap abang dapat bagi peluang pada Khalif. Khalif sayang abang,"  dengan hati yang berat, Khalif menapak keluar meninggalkan Hud di dalam ruangan tersebut.

Setelah memastikan Khalif sudah tiada, Hud melepaskan keluhannya panjang. Jantung yang tadi berdetak bagai nak gila sudah kembali berdetak seperti biasa. Kerusi dicapai sebelum dia melabuhkan punggung ke atasnya. Dada Hud disentuh perlahan.

"Bodoh lah kau Hud! Dah ada peluang nak berbaik tadi. Asal susah sangat kau nak maafkan dia ha?!" Dia merungut sendiri.

"Tak boleh tak boleh! Aku kena fikir betul-betul dulu. Takkan senang-senang macam tu aje aku nak maafkan dia? Nanti dia fikir aku ni jenis yang senang nak di handle pula," tambahnya lagi.

"Tapi kalau lama-lama, dia bosan macam mana? Aish, dengan mamat nama Zharif tu lagi! Serabut sial!" Rambutnya diramas kasar. Makin dia tak nak fikir, makin laju pula otak dia berfikir. Bila dah fikir, mula lah serabut jadinya. Payah!

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now