Bab 8

693 25 2
                                    

"SO, macam mana? Nak proceed?" Khalif memandang ke arah Haikal sambil memberi isyarat dengan menjongketkan alis matanya ke atas. Dia tak tahu sama ada mahu menerima, atau tidak pelawaan seniornya itu. Sementara Haikal, hanya menjongketkan bahu.

"Er.. bagi saya masa untuk fikir dulu boleh ke? Sebabnya saya takut tak mampu nak galas tanggungjawab ni," balas Khalif.

"Sure. I don't even know why you need a time to think, but I can guarantee that this program will offer you a lot of great experience since kitorang libatkan NGO luar juga," Hassan masih cuba memujuk. Dia benar-benar berharap yang Khalif tidak akan mengambil masa yang lama untuk memberikan jawapan memandangkan programnya akan bermula tak lama lagi.

"O- okay,"

"Kalau macam tu, kau fikir dulu masak-masak. Dah ada jawapan nanti, terus contact aku ya?" ujar Hassan.

"Al- alright," kepala Khalif diangguk singkat. Setelah itu, Hassan bangun dari tempat duduknya dan keluar dari ruangan tersebut meninggalkan Khalif dan Haikal sendiri. 

"Kau asal acah nak masa bagai ha?" soal Haikal beberapa saat selepas Hassan keluar. Matanya sudah dipicingkan sambil berpeluk tubuh.

"Apa?"

"Apa, apa! Peluang besar macam ni, takkan kau nak lepaskan macam tu aje kot?!" tegas Haikal. Reaksi Haikal itu membuatkan Khalif mengeluhkan nafasnya kecil.

"Haih, aku bukan apa. Sebelum ni aku mana pernah jadi cameraman untuk mana-mana program atau event. Itu yang aku risau sikit tu," balas Khalif.

"Sebab kau tak pernah jadi lah, kau kena rebut peluang tu sekarang! Program besar kot? Siapa aje tak nak terlibat dengan Program Bintang Mahasiswa Universiti kita? Orang lain siap kena pergi interview lagi kalau nak jadi kru program tu. Yang kau? Ketua Unit Media sendiri yang offer kau jadi anak buah dia tau?" bebel Haikal panjang.

"Sebab tu juga lah aku risau, Kal. Dah lah benda ni first time untuk aku. Program besar pula tu!" Khalif masih merasa rendah diri. Haikal pun dah tak tahu macam mana nak pujuk kawan dia yang seorang ni lagi. Dia kemudiannya memegang sebelah bahu Khalif lalu memandang ke dalam anak mata lelaki genit itu dalam-dalam.

"Dengar sini Khal," nadanya kedengaran serius. "Abang Hassan pilih kau, sebab dia nampak kelebihan yang ada dalam diri kau. Dia tahu hasil kerja kau macam mana. Plus, takkan dia nak pilih someone yang cikai-cikai untuk program sebesar ni pula kan? Maksudnya apa tu?" alis mata Haikal dijongketkan ke atas sambil memandang Khalif.

"Apa?"

"Maksudnya, kau tu lain dari yang lain lah Khalif oi!" jawab Haikal sebelum menepuk dahinya perlahan.

"Macam mana kalau aku tak boleh buat? Macam mana kalau aku tak mampu?" wajah Khalif berubah suram.

"Khalif, ingat tak apa yang kau cakap kat aku, waktu aku hampir-hampir nak tukar kos sebab aku rasa aku tak boleh go dengan jurusan yang kita ambil sekarang?" Haikal menyoal lagi sebelum Khalif menggumam bibir sambil berfikir. Beberapa ketika kemudian, dia menggeleng epalanya singkat.

"...kita takkan pernah tahu apa yang kita mampu, selagi kita tak cuba. Cabar diri dengar perkara yang kita tak yakin dan berhenti fikirkan tentang masa depan yang belum pasti. Aku ingat satu-satu ayat tu sampai sekarang tau," ucap Haikal sebelum sebuah senyuman diukirkan untuk Khalif.

"Kak Sarah," ucap Khalif perlahan. Matanya mulai berkaca.

"Kak Sarah?"

"Haah, dia yang suruh aku bagi kata-kata tu pada kau," mendengar ayat itu, senyuman pada wajah Haikal semakin besar.

"Aku mungkin tak kenal sangat macam mana arwah kakak kau tu. But I bet, she must be a great girl. Super- woman?" ujar Haikal lalu tertawa singkat.

"She is.."

***

Perjumpaan pertama bagi perbincangan gerak kerja Program Bintang Mahasiswa akan bermula sebentar lagi. Kelihatan, hampir semua ahli jawatankuasa bagi program tersebut sudah pun berada dalam ruangan mesyuarat itu. Hanya segilintir saja daripada mereka yang belum sampai. 

Khalif kelihatannya sedang duduk di hujung ruangan tersebut bersama Haikal. Dia memberikan syarat kepada Hassan untuk mengambil Haikal sebagai ahli jawatankuasa program ini juga sekiranya mahu dia bersetuju dengan pelawaan lelaki tersebut. Mahu tak mahu, terpaksa juga lah Hassan menerima syarat tersebut dan akhirnya Haikal juga turut sama terlibat sebagai AJK program mega itu.

"Baik lah, tanpa melengahkan masa lagi, jom kita mulakan sesi mesyuarat Program Bintang Mahasiswa kali yang ke-7 ini dengan introduction dari semua ahli jawatankuasa yang terlibat," ucap Hamzalah, pengarah bagi program tersebut.

Sesi pengenalan dimulakan dengan Hamzalah sendiri, diikuti dengan ahli majlis tertinggi yang lain, kemudian barulah ahli jawatankuasa kecil. Semua antara mereka memperkenalkan nama, umur dan kos pengajian masing-masing termasuk jawatan yang mereka pegang dalam program itu.

Setelah hampir semua yang berada dalam ruangan tersebut memperkenalkan diri, kini tiba lah giliran Khalif pula. Jantungnya berdegup kencang dan dia berasa sedikit gementar memandangkan ini adalah kali pertama dia perlu memperkenalkan diri di hadapan pelajar yang berbeza kos dan tahun pengajian.

"Ha- hai semua, na- nama saya Khal-"

"Sorry korang, aku lambat!" ayat Khalif termati di situ apabila seorang lelaki tiba-tiba menerjah masuk ke dalam ruangan mesyuarat tersebut.

Kini, semua fokus bertukar ke arah Hud yang baru mengambil tempat duduknya. Khalif yang melihat situasi itu rasa bertambah gementar apabila lelaki yang paling dia tidak mahu jumpa sekarang sedang berdiri tidak jauh darinya. Perlahan-lahan dia memandang ke arah Haikal yang berada di sebelahnya sambil membesarkan bola matanya sebagai isyarat. Macam biasa, bahu Haikal hanya dijongket ke atas.

"It's okay Hud," ucap Hamzalah dengan senyuman nipis. "Teruskan yang berhenti tadi," kini fokus semula ke arah Khalif. Khalif pula cuba menarik nafas singkat dan meneguk air liurnya keras. Pandangannya cuba dibuang ke tempat lain kerana tak mahu matanya bertembung dengan mata Hud.

"Na- nama ss- saya Khalif. Kha- Khalif Iman. Umur 21 tahun. Pelajar ta- tahun 1 semester 2, kos sarjana muda fotografi dan multimedia," mendengar pengenalan dari Khalif, semua padah riuh sambil membisikkan sesuatu sesama mereka.

"Jadi, kau lah yang hantar gambar Hud untuk pertandingan Foto Alam dan Homosapien tu kan?" soal salah seorang dari mereka. Terangkat alis mata Khalif setelah mendengarkan soalan tersebut.

"Hh- ha?" dahi Khalif berkerut seribu. Sejak bila pula dia sertai pertandingan tu? Setahu Khalif, dia dah buat keputusan untuk tak sertainya sebelum ni?

"Kitorang semua dah tengok gambar tu, gempak seyh kau tangkap gambar. Sebab tu si Hassan ni beria-ria nak ambil kau jadi anak buah dia," ucap ahli yang lain pula.

Khalif benar-benar mati kata. Dia langsung tak tahu apa yang sedang berlaku sekarang. Siapa pula yang pandai-pandai submitkan hasil kerja dia untuk masuk pertandingan fotografi tu? Sudah lah gambar tu gambar Hud, dia ambil tanpa kebenaran pula tu? Apa lah reaksi Hud lepas dapat tahu fasal perkara ni?

"Hey hey, gambar apa ni?" soal Hud yang baru berbunyi.

"Kau tak tengok lagi ke Hud?" 

"Tengok apa?" soal Hud. Lalu lelaki itu terus menunjukkan gambar yang ditangkap oleh Khalif melalui skrin telefonnya kepada Hud.

Haikal sudah berasa tidak sedap  hati dengan perkara yang bakal berlaku. Bila-bila masa saja dia akan tarik Khalif keluar dari ruangan tersebut . Tahu lah apa yang dia nak buat kalau si Hud malukan Khalif depan orang ramai nanti.

"Huh, sampah,"

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now