Bab 44

524 24 4
                                    

HUD melabuhkan punggungnya di salah satu tempat duduk dalam dewan tertutup itu. Sudah penat dia ke sana ke sini tadi, akhirnya dia buat keputusan untuk berehat sebentar sambil menonton pertandingan yang sedang dia jayakan.

Agak bangga juga lah bila pertandingan tersebut mendapat sambutan yang memberansangkan dari semua pelajar, mahupun staf di Universiti tersebut. Ada juga pensyarah yang hadir untuk turut sama memeriahkan pertandingan itu.

Sedang dia leka melayan persembahan, mindanya tiba-tiba teringatkan Khalif. Sejak dari pagi tadi, dia tak ada kesempatan langsung nak bercakap dengan buah hatinya itu. Ada juga mereka terserempak, tapi tak sempat nak tegur dia terpaksa pergi ke tempat lain pula.

Hud lantas bangun dari tempat duduknya sebelum melangkah keluar dari dewan itu untuk mencari Khalif. Mesej sudah dihantar, dan Khalif kata dia kini berada di sebuah khemah makanan terbuka berdepan dengan dewan tertutup, tempat Pertandingan Bintang Universiti itu diadakan.

Jantung Hud berdegup kencang bila rasa rindu mulai timbul. Kesibukannya sepanjang hari ni membuatkan dia rasa seolah-olah dah bertahun-tahun dia tak jumpa Khalif. Lagi pun, memang sejak akhir-akhir ni mereka jarang meluangkan masa bersama memandangkan masing-masing sibuk dengan persiapan pertandingan besar ini.

Dari jauh, kelihatan Khalif sedang duduk sendiri di kerusi dalam salah satu khemah yang didirikan berhadapan dewan tertutup sambil menyedut minumannya. Hud mengukirkan senyuman nipis bila melihat kelibat lelaki genit tersebut. Makin tak sabar dia jadinya untuk bertemu dengan Khalif.

Namun, belum sempat dia mendapatkan si buah hati, tangan Hud tiba-tiba ditarik oleh seseorang membuatkan langkahnya terhenti. Cepat-cepat dia menoleh ke arah orang yang menarik tangannya tadi.

"Uncle Raihan?"

"Hud, sorry Uncle tarik tangan Hud tiba-tiba," pinta Encik Raihan.

"Uncle buat apa kat sini?"

"Uncle nak jumpa Hud," kening Hud bertaut. Dah kenapa ayah Khaisarah tiba-tiba nak jumpa dia pula?

"Ada apa ya uncle nak jumpa saya?"

"Can we talk kat tempat lain?" pinta Encik Raihan lagi.

"Tapi saya-"

"Its about Sarah," dengar saja nama Khaisarah, Hud terus terfaktab seketika.

"Okay then,"

Setelah itu, mereka berdua terus bergegas ke tempat lain. Terpaksa Hud membantutkan niatnya untuk berjumpa Khalif memandangkan ada hal yang lebih penting perlu dia selesaikan. Sampai saja di sebuah kafeteria fakulti Hud, dia dan Encik Raihan terus mengambil tempat sebelum menyambung perbualan mereka yang tertangguh tadi.

"So, uncle nak cakap apa fasal Sarah?" soal Hud. Wajah Encik Raihan bertukar sedikit suram.

"Did she told you anything sebelum dia bunuh diri?" soal Encik Raihan pula.

"Err.. tak ada pula,"

"Kamu yakin yang Sarah tak bagitahu kamu apa-apa?" desak Encik Raihan.

"Yy- yeah. Sebelum benda tu jadi, she seems happy. Tak ada pula dia bagitahu saya apa-apa," mendengar jawapan Hud, Encik Raihan mengeluh kecil.

"Uncle tak tahu sama ada uncle patut bagitau benda ni kat kamu atau tak, but.." Encik Raihan kemudian mengeluarkan sebuah sampul bersaiz A4 dan berwarna coklat yang dia bawa sebelum diserahkan kepada Hud.

"Aa- apa ni Uncle?" Hud teragak-agak mahu mengambil sampul tersebut.

"Actually dah lama Uncle simpan benda ni. Tak ada siapa pun yang tahu fasal ni kecuali uncle and mama Sarah,"

Perlahan, Hud membuka sampul coklat itu sebelum menarik keluar beberapa kepingan gambar yang menunjukkan sosok bayi dalam kandungan seseorang. Makin berkerut dahi Hud sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah Encik Raihan untuk mendapatkan penjelasan.

"Aa- apa ni Uncle? Sa- Saya tak faham,"

"Gambar yang Hud tengok tu, gambar anak dalam kandungan Sarah," sebaris ayat itu membuatkan jantung Hud berdetak laju, dan nafasnya menjadi semakin kuat.

"Ss- Sarah mengandung?!"

"Uncle tahu mesti kamu akan terkejut bila dapat tahu semua ni, but, I think you should know about this, Hud,"

"Tak, ni bukan anak Sarah!" Hud terus melemparkan gambar tadi sambil menggelengkan kepalanya berulang kali.

"Hud,"

"Saya tak percaya yang Sarah sanggup buat semua ni pada saya,"

"Uncle faham kalau susah untuk kamu percaya, sebab uncle pun tak percaya Sarah akan buat benda tu. Tapi uncle nak kamu jujur, pernah ke kamu sentuh Sarah sebelum ni?"

"No!! Saya takkan pernah buat benda tu pada Sarah! Dan saya percaya, Sarah pun takkan buat benda tu," sangkal Hud. Nafasnya dari tadi turun naik seakan sukar untuk dia proses semua perkara itu.

"Then, jawapannya bukan pada kamu,"

"Maksud uncle?"

"Untuk pengetahuan kamu, Sarah ada seorang adik. Mereka rapat sangat. Uncle yakin, adik dia mesti tahu fasal benda ni," ayat Encik Raihan itu mengundang seribu lagi pertanyaan dalam fikiran Hud.

Dah lah rasa terkejutnya tentang gambar bayi tadi pun belum hilang, tambah pula dengan kenyataan kekasihnya itu mempunyai adik kandung yang selama ini tak pernah dia beritahu. Waktu itu, Hud merasakan bahawa dunianya mulai gelap dan hatinya benar-benar retak.

Jadi sangkaannya tentang Khalif selama ni memang betul. Tak perlu Encik Raihan beritahu pun, Hud sudah dapat teka siapa adik Khaisarah yang dimaksudkan. Dan saat itu, hanya tuhan saja yang tahu betapa bodohnya dia rasa, bila orang yang paling dia sayang dan percaya, tak berlaku jujur padanya.

"Adik Sarah, Khalif kan?" Soal Hud dengan nada mendatar. Wajahnya dibuang ke bawah.

"Ya. Kamu mesti dah pernah jumpa dia kan?" tanpa menjawab soalan itu, Hud tiba-tiba bangun dari kerusi.

"I'm sorry uncle, saya minta diri dulu," cuma itu yang dia ucapkan sebelum Hud terus melangkah pergi meninggalkan Encik Raihan di kafeteria itu.

Pap pap!!

Stereng itu dihentak kuat oleh Hud sebelum dia meramas kasar rambutnya. Rasa sakit yang dia hadap sekarang tak mampu dia nak ungkap. Nafasnya menjadi sesak dan air mata jantan sudah membanjiri wajah tampannya itu. Macam mana dia nak terima kenyataan bahawa Khaisarah yang selama ini dia anggap sebagai anugerah dan malaikat dalam hidupnya, sanggup mengkhianati cinta mereka?

Dia tak pernah sangka yang Khaisarah sanggup menyembunyikan dua rahsia besar yang sepatutnya dia tahu, sebelum meninggalkannya terkapai-kapai begitu saja lepas dia bunuh diri 2 tahun lepas. Selama ini, dia cuba menafikan sekeras mungkin yang Khaisarah mati, bukan sebab bunuh diri, tapi sebab dibunuh.

Tapi lepas apa yang Encik Raihan sudah beritahunya tadi, apa lagi alasan yang boleh dia cipta untuk menidakkan sangkaan buruk terhadap perempuan yang paling dia cintai setulus hatinya itu? Saat itu, Hud benar-benar merasakan yang dunianya telah pun musnah. Tiada siapa lagi yang boleh dia percaya. Dan itu, termasuklah Khalif.

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now