Bab 66

422 16 0
                                    

HUD mengeluhkan nafas panjang sambil merenung ke arah tasik tempat dia dan Khalif selalu pergi dulu. Rasa rindunya pada Khalif tidak mampu lagi dia tampung. Sudah sebulan berlalu sejak Khalif menghilang.

Ke mana Khalif pergi pun, Hud langsung tak dapat jejak. Hampir semua orang yang mengenali Khalif, dia dah cuba tanya. Tiada seorang pun tahu di mana keberadaan Khalif sekarang.

Hud mati akal. Tak tahu lagi apa yang perlu dia lakukan. Dia tak tahu kenapa nasibnya begitu malang kalau itu melibatkan hal cinta. Dulu, arwah kekasihnya mati bunuh diri, sekarang? Lelaki yang paling dia cinta sepenuh hati pula hilang entah ke mana.

Tanpa dia sedar, air mata jantannya mengalir jatuh ke pipi. Dia seperti hilang arah tujuan. Setiap hari fikirannya akan melayang teringatkan Khalif. Senyumannya, sentuhannya, suaranya, semua Hud rindu.

"Kenapa Khalif sanggup buat abang macam ni? Apa salah abang?" rintihnya sendiri.

Skrin telefon dihidupkan sebelum gambarnya yang ditangkap oleh Khalif sewaktu sedang mandi di air terjun dulu dia renung. Senyuman nipis terukir pada wajah Hud sambil air mata yang tadi mengalir dikesat perlahan.

"I really miss you Khalif Iman. Mana lagi tempat abang nak cari Khal?" 

Dari jauh, Puan Aida melihat kelibat Hud yang sedang duduk sendiri di bangku taman berhadapan tasik, tempat di mana pertama kali dia berjumpa dengan Khalif dulu. Dia terus datang mendekat sebelum mengambil tempat di sebelah anak bujangnya.

"Hud?" tegur Puan Aida.

"Eh, Umi. Buat apa kat sini?" soal Hud hairan.

"Saja jalan-jalan. Rindu Umi dekat Khalif, sebab tu Umi datang sini. Ni lah tempat pertama kali Umi jumpa Khalif dulu," jawab Puan Aida. Hud sekadar mengangguk kecil sebelum mengalihkan pandangan ke arah tasik semula.

"Kenapa dia kena tinggalkan kita macam apa yang kakak dia pernah buat, Mi?" soal Hud. Nadanya sedikit bergetar menahan tangis.

"Umi pun tak ada jawapan, Hud. Tapi Umi yakin, Khalif mesti ada sebab dia sendiri kenapa dia buat semua ni,"

"Umi marah tak kalau Hud cakap yang Hud rindukan Khalif?" Hud memberanikan diri untuk bertanyakan soalan itu. Puan Aida tersenyum nipis.

"Kenapa nak marah pula? Umi pun rindukan Khalif, kenapa Hud tak boleh?"

"Kalau Hud cakap yang Hud pandang Khalif sama macam Hud pandang Sarah?" wajah Puan Aida berubah sedikit terkejut sebelum bibirnya mengukirkan senyuman kembali.

Sebenarnya, dia dah dapat agak yang anak bujangnya itu pasti akan jatuh hati dengan Khalif. Dari cara Hud pandang Khalif lagi, Puan Aida tahu yang anaknya itu sudah jatuh cinta. Cuma dia diamkan aje perkara itu hingga Hud sendiri mahu mengakuinya.

"Hud, Umi akan terima siapa saja yang boleh buat anak Umi bahagia. Umi tahu yang Hud dah lama suka kan Khalif, kan?" soal Puan Aida.

"Ma- macam mana Umi tahu?"

"Umi ni lah yang mengandungkan Hud 9 bulan dalam perut. Umi tahu lah anak umi ni macam mana," mendengar ayat Puan Aida itu, Hud terus mendapatkan ibunya lalu memeluk tubuh Puan Aida erat.

"Terima kasih Umi," ucap Hud. Tangisannya terbocor sekali lagi. Perkara itu membuatkan Puan Aida turut sama mengalirkan air mata.

"Hud boleh buat apa saja yang Hud nak kalau benda tu boleh buat hidup anak Umi ni bahagia. Cukup lah Umi tengok kesengsaraan yang Hud rasa sepanjang 2 tahun lepas,"

"Hud rindukan dia Mi, Hud tak nak hilang orang yang Hud sayang lagi," rintih Hud.

"Tak apa Hud, sekurang-kurangnya kita tahu yang Khalif masih hidup, kan?" belakang tubuh anaknya digosok perlahan.

"Hud tak tahu lagi mana nak cari dia, Mi," 

"Hud sabar ya? One day, kita mesti akan jumpa Khalif juga," 

.

.

.

Khalif menghempaskan punggung di atas katil setelah pulang dari rumah lepas kelas terakhirnya di kolej tamat. Nafas Khalif dikeluhkan sebelum dia tiba-tiba termenung sendiri.

Suasana di Sarawak sangat berbeza dengan suasana waktu di Semenanjung dulu. Di sini, Khalif lebih kerap menghabiskan masanya bersendirian. Namun, dia tetap menjadi antara salah seorang pelajar contoh dalam bidang yang dia ambil dengan bakat yang dia ada.

Sedang dia termenung, fikirannya melayang teringatkan Hud. Dia terus menoleh ke arah kamera polaroid yang pernah Hud hadiahkan padanya dulu sebagai tanda minta maaf sebab dah pecahkan kamera yang Khaisarah beri.

Kamera itu kemudian dia capai lalu melihat ke arah skrinnya. Gambar-gambar Hud yang pernah diambil secara sembunyi-sembunyi dulu diperhati satu persatu. Senyuman nipis terukir pada wajahnya tatkala air mata tumpah membasahi pipi.

"Khalif rindukan abang, maaf sebab terpaksa tinggalkan abang macam ni," rintihnya sendiri. Kamera polaroid itu kemudiannya dia peluk sebelum menjatuhkan diri ke atas katil.

"Kenapa semuanya kena jadi macam ni? Kenapa kena dia yang hancurkan hidup Kak Sarah? Kenapa bukan orang lain?" bermacam soalan yang Khalif ungkapkan.

Tak pernah sehari pun dia tak rindukan Hud sejak sebulan dia tinggal di situ. Cuma gambar Hud yang mampu menjadi penawar terhadap rasa rindu teramat  yang dia rasai sekarang.

Tapi tak ada apa yang mampu dia lakukan. Dia tak boleh nak berpatah balik. Dia terpaksa lakukan semua ni demi kebahagiaan Hud dan keluarganya. Biarlah dia saja yang berkorban dan tanggung semuanya sendiri.

Lama-kelamaan, Khalif tertidur sendiri di atas katil itu sambil memeluk kamera polaroid tadi. Beberapa minit setelah dia tertidur, dia mulai hanyut di alam mimpi.

Dalam mimpi itu, kelihatan Khaisarah dan Hud berada di situ bersamanya. Khalif memandang ke sekeliling tempat tersebut. Mereka sedang berada di pantai sekarang. Masing-masing nampak gembira sambil menikmati pemandangan indah di tepi pantai tersebut.

"Khal, jom mandi pantai?" Hud tiba-tiba mengajak.

"Jom!!" setelah itu, Hud terus membuka baju yang dipakai tadi sebelum lari bersama Khalif ke arah pantai. Sementara Khaisarah, hanya duduk saja di atas tikar yang terbentang sebelum melambai ke arah mereka yang sedang bergembira di laut itu.

Sedang asyik mereka bergembira, Hud tiba-tiba hilang dari pandangan Khalif. Dia terus menoleh ke sekelilingnya sambil tercari-cari kelibat lelaki itu. Kerana masih tak menjumpainya, Khalif mula rasa resah dan menuju ke arah bahagian laut yang semakin dalam.

"Abang Hud!! Abang kat mana?!" laung Khalif. Namun laungan itu sepi tanpa jawapan. 

Dia masih tidak berputus asa dan terus mencari. Namun, bayangan Hud masih tidak kelihatan. Nafas Khalif terasa sesak. Dia takut ada apa-apa yang buruk telah terjadi pada lelaki kesayangannya itu. 

"Khalif, tolong!!" mendengar jeritan tersebut, Khalif terus menoleh ke arah Hud yang sedang lemas di tengah lautan tersebut. Cepat-cepat dia berenang ke arah lelaki itu.

"Abang, kejap!" Khalif bersungguh-sungguh berenang ke tengah lautan walaupun dia sebenarnya tak tahu langsung cara untuk berenang. Dia ketepikan segala masalah itu dan hanya fokus untuk menyelamatkan Hud.

"Kha- ergg..Khalif!- ergg... to- ergg.." tak sempat Khalif nak selamatkan Hud, lelaki itu perlahan-lahan tenggelam sehingga tubuhnya sudah tidak kelihatan lagi di permukaan.

"Abang Hud!!"

Mata Khalif terbuntang luas. Peluh di dahi menitis jatuh ke pipi. Jantungnya pula berdegup laju. Dia terus mengambil nafas perlahan-lahan dan cuba untuk bertenang. Tiba-tiba, air mata Khalif mengalir ke muka. Rasa sedih terus berkunjung bila hatinya mula teringat pada Hud. Dia cuba sedaya-upaya untuk bertahan, namun dia tak tahu sampai bila dia mampu melakukan perkara itu.

"Abang Hud, Khalif rindukan Abang. Khalif nak abang ada kat sini, Khalif nak kita bersama balik," rintihnya sendiri.

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now