Bab 21

623 26 1
                                    

"OKAY semua, hari ni aku akan explain fasal tugas-tugas unit media sebelum, semasa dan selepas Program Bintang Mahasiswa ni diadakan. Tapi sebelum tu, aku nak pesan awal-awal dulu. Aku tak nak ada sesiapa pun take for granted untuk semua kerja yang akan kita buat. Ingat, program ni program besar. Semua dekan, pensyarah, staf dan pelajar akan nilai kerja kita berdasarkan hasil program ni nanti. So, please, buat sehabis baik, boleh??" Pesan Hassan sebelum mesyuarat unit media tersebut diteruskan.

"Bolehh!!" Jawab yang lain bersemangat, termasuk Khalif.

"Mantap! Sekarang, aku nak kenalkan pula pada korang Person In Charge unit kita dari kalangan Majlis Tertinggi untuk program ni iaitu, Hud Zikri," bahu Hud ditepuk perlahan sebelum dia mengukirkan senyumannya ke arah semua ahli unit media di dalam ruangan tersebut.

"Hensemnya Abang Hud!! Tak sia-sia aku apply untuk jadi unit ni," bisikan dari salah seorang perempuan dalam ruangan itu kepada kawannya dapat ditangkap dalam corong telingat Khalif.

"Ya weyh! Aku dengar dia single, kita ada chance lah kan??" balas kawannya pula.

"Of course! Even waktu dia mengamuk hari tu scary gila, tapi aku percaya yang dia mesti lelaki paling sweet dengan orang yang dia sayang,"

"Kannn! Aku pun percaya gitu gak. Kalau muka hensem macam tu, hari-hari kena marah pun aku tak kisah,"

Panas hati Khalif dengan perbualan antara dua perempuan di sebelahnya itu. Mereka ni nak menggatal ke nak datang mesyuarat?? Mungkin mereka ingat yang mereka ada peluang dengan Hud, tapi Khalif tahu yang Hud takkan buka hati dia untuk sesiapa kecuali Khaisarah. At least benda tu untuk sedapkan hatinya saja.

Khalif kemudiannya memandang ke arah Hud yang sedang duduk di tempat duduk hadapan bersebelahan dengan Hassan. Lelaki itu seperti sedang mencatat sesuatu. Tak dinafikan, wajah tampan Hud Zikri tak pernah luput dari pandangan Khalif. Dia tahu yang dirinya biasa-biasa saja, mungkin tak sepadan dengan Hud.

Tapi perkara tu tak bermakna yang dia tiada peluang. 4 tahun dia simpan perasaan pada Hud. Tak pernah ada jejaka lain pun yang mampu mencuri hatinya selain jejaka seorang itu. Bibirnya mengukirkan senyuman secara automatik saat merenung ke arah Hud. Terus dia leka dan langsung tidak fokus dengan isi mesyuarat tersebut.

"Boleh ke Khalif??" Soal Hassan. Namun, Khalif masih lagi termenung sambil memandang ke arah Hud. Saat itu, semua mata tertumpu ke arah Khalif termasuk Hud.

"Khalif? Boleh tak ni??" Soal Hassan lagi. Baru lah Khalif tersedar dari lamunannya sebelum dia menjadi sedikit gelabah.

"Ha ya? Apa dia tadi Bang??" Soal Khalif. Hassan hanya mampu menggelengkan kepalanya.

"Untuk pembahagian kerja post-program, kau akan buat template video utama, video perkenalan peserta dan video promosi program ni. Untuk kerja semasa pula, kau just jadi cameraman aje. Dan kerja pre-program pula, kau akan collect semua video yang kau rasa cantik untuk masuk dalam media sosial program kita ni. Boleh ke??" Soal Hassan.

"Ouh ha, boleh-boleh," jawab Khalif sambil mengangguk.

"Mantap! Kau akan kerja di bawah pantauan Hud. So, kalau ada apa-apa masalah, kau boleh refer Hud. Faham?"

"Faham!"

Makin lebar senyuman Khalif setelah pembahagian tugas itu diterangkan. Beruntung sangat nasib dia kali ni. Dah lah dapat unit di bawah pantauan Hud, bekerja pula sama-sama dengan Hud. Macam mana tak gembira Khalif dibuatnya?? Nampaknya, makin banyak lah masa yang dia boleh luangkan bersama lelaki pujaan hatinya itu.

Selesai saja sesi penerangan gerak kerja dan pembahagian tugas, semua ahli boleh duduk di bawah kelompok kecil masing-masing dan mulakan perbincangan untuk gerak kerja awal yang perlu mereka lakukan. Di bawah unit media, mereka dibahagikan kepada 3 kelompok kecil. Iaitu, bahagian pembuatan poster, bahagian pembikinan video dan bahagian promosi & media sosial.

Khalif ditempatkan di bawah bahagian pembikinan video. Dia dah biasa dengan suntingan video ni. Itu yang dia tiada masalah dengan pembahagian kerja yang dia dapat. Tapi perkara tu tak menjaminkan kualiti yang memuaskan untuk hasil kerjanya nanti. Jadi dia memilih untuk stay humble and keep learning.

"Alright guys, jadi aku rasa semua dah take note tugas masing-masing. Untuk stage awal ni, aku just nak korang siapkan dulu semua template video yang korang kena buat. Khal, aku nak kau buat check list untuk semua kerja bagi bahagian kita. Nanti senang kita nak refer kerja apa yang dalam proses, yang belum dan yang dah dibuat. Okay?" Arah Hud. Walaupun perkara tersebut nampak kecil, tapi Khalif masih gembira kerana Hud amanahkan dia untuk buat kerja tu.

"Baik Abang Hud!" balas Khalif semangat.

"So sekarang, korang gunakan masa yang ada ni untuk rangka draft awal dulu. Kalau dah siap, korang boleh tunjuk terus pada aku." Arah Hud lagi.

"Err, Abang Hud!" Salah seorang perempuan dalam kumpulan tersebut tiba-tiba mengangkat tangannya.

"Saya sebenarnya tak faham lagi fasal tugas saya ni. Boleh abang terangkan pada saya balik lepas ni?" Pintanya.

"Lah iya ke? Ha tak apa, lepas ni aku terangkan balik. Kau tunggu aku jap, aku nak pergi tandas dulu. Yang lain, korang boleh teruskan kerja korang," ucap Hud sebelum mengatur langkahnya ke tandas.

Setelah Hud keluar dari ruangan tersebut, perempuan yang angkat tangan untuk bertanya tadi terus meluru ke arah tempat duduk kawannya. Mula-mula Khalif nak persetankan saja perkara itu, tapi bila dapat tahu perempuan tu adalah kawan kepada perempuan yang ada niat nak try Hud tadi, dia terus pasang telinga.

"Weyh Syida, seronok gila dapat segroup dengan Abang Hud!!" Ujar perempuan itu teruja.

"Ya weyh! Beruntung betul kau! Huaaa!! Aku pun nak segroup dengan Abang Hud juga!!"

"Aku rasa jodoh kitaorang ni kuat lah! Lepas tu, aku sengaja suruh dia terangkan fasal gerak kerja ni balik sebab nak duduk dekat dengan dia. Bijakkan aku??"

"Eh kau, tu bukan bijak. Tu gatal namanya!" Balas kawannya.

"Tak kisah lah gatal ke tak, yang penting aku boleh rapat dengan dia,"

Khalif menggenggam erat buku limanya saat mendengar perbualan tersebut. Kalau nak ikutkan egonya, cuma dia yang boleh dapatkan Hud. Entah kenapa hatinya tiba-tiba jadi panas. Dia tak boleh biarkan benda tu jadi. Apa-apa pun, tiada siapa yang boleh dapatkan Hud selain dia.

"Korang tahu tak yang Abang Hud tu dah ada awek??" Cepat-cepat Khalif mencelah perbualan dua budak perempuan tadi.

"Ha?? Ma- macam mana kau tahu??" Soal perempuan yang sekumpulan dengannya.

"Ni ha," Khalif mengeluarkan sekeping gambar Hud bersama Khaisarah sebelum ditunjukkan kepada dua perempuan itu.

"Kk- kau serius lah ni awek abang Hud??" Soalnya seakan tak percaya.

"Iya. Dorang dah bersama nak dekat 4 tahun dah. Lagi pun kalau fikir logik, takkan lelaki hensem macam Abang Hud tu single kan?"

"Ma- mana kau dapat gambar ni?" Soal perempuan itu lagi.

"Aku budak fotografi. So, waktu aku tengah tangkap gambar untuk assignment aku, aku tertangkap lah gambar dorang. Mesra betul dorang waktu aku tangkap gambar ni. Aku bagitahu ni bukan apa, cuma tak nak kau berharap lebih aje. Sebab dari apa yang aku nampak, dia betul-betul sayangkan awek dia ni," ucap Khalif panjang. Air muka perempuan itu terus berubah masam sebelum dia berlari keluar dari ruangan tersebut.

"Eh Hana, kau nak pergi mana tu?!" Kawannya itu terus membontoti langkah perempuan tersebut. Sementara Khalif hanya memerhati saja mereka keluar dari ruangan itu.

"Heh, ni Khalif lah! Kau ingat kau boleh senang-senang aje nak try Abang Hud aku? Dalam mimpi!!" Raut wajah Khalif berubah sinis. Seolah-olah ada sesuatu yang sedang merasuk fikirannya. Tak pernah pula dia bersikap licik macam tu.

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now