Bab 18

628 26 0
                                    

KHALIF tersenyum lebar setelah membaca mesej yang dihantar oleh Puan Aida. Wanita itu mengucapkan terima kasih sebab sudi datang makan ke rumahnya tadi. Dia pun gembira sebab dapat kenalkan Khalif dengan anak-anaknya. Wanita tu juga jemput Khalif untuk datang ke rumahnya bila-bila masa yang Khalif lapang.

Bila difikirkan semula, semua benda yang dah jadi ni seolah-olah petanda yang musim pelangi dalam hidup Khalif, akan tiba lepas dah bertahun-tahun musim hujan dan badai datang menimpa. Selama ni, dia selalu terfikir yang dia takkan mungkin dapat bersama Hud.

Tapi, dengan apa yang dah jadi sekarang membuatkan harapannya untuk mencuri hati Hud semakin besar. Tengok lah macam mana Hud layan dia waktu di rumahnya tadi? Lain betul dari cara layanannya waktu mula-mula mereka berjumpa dulu. Siapa sangka, lelaki yang selalu menghamburkan kata-kata kesat padanya dulu, kini dah berubah 180 darjah.

Tink!

Sedang dia leka, sebuah mesej masuk ke dalam telefonnya. Cepat-cepat Khalif membuka semula skrin telefon pintarnya dan memeriksa mesej tersebut. Bibirnya terus tersenyum saat melihat nama Hud yang terpapar di skrin telefonnya itu.

Abang Hud
Thanks sudi datang rumah aku tadi

Khalif
No problem.
Lagi pun Umi yang ajak
Takkan saya nak tolak pula kan?

Abang Hud
Yeah, but still
Thank you sebab buat Umi happy

Khalif
Tak ada apa lah
Saya yang sepatutnya berterima kasih dekat Umi sebab sudi jadikan saya anak angkat dia.
Dapat juga saya rasa kasih sayang seorang ibu

Abang Hud
🤔
Why? Kau tak ada mak ke?

Khalif
Ada aje
Cuma kiteorang tak rapat

Abang Hud
Tak rapat macam mana tu?

Khalif
Dia kahwin lain.
So dia lebih rapat dengan family baru dia

Abang Hud
Ouh ye ke
Sorry
Aku tak tahu pula

Khalif
Its okay

Abang Hud
So, kau tinggal dengan bapak kau lah sekarang?

Khalif
Yup

Abang Hud
Bila-bila kau rindukan Umi, datang lah lepak rumah aku
At least Umi tak sunyi
Itu pun kalau kau sudi lah

Makin lebar senyuman yang terukir pada wajah Khalif dengan pelawaan Hud itu. Mahu tak gembira bila crush sendiri ajak datang rumah untuk lepak? Dah macam orang tak betul bila Khalif tersengeh seorang-seorang sambil melihat ke telefonnya sendiri.

Tup tup tup

Sedang dia asyik membalas mesej dengan Hud, pintu biliknya tiba-tiba diketuk seseorang. Pandangannya diarahkan ke pintu bilik tersebut lalu bangun dari posisi baringnya tadi.

"Ya Pa, nak apa?" Soal Khalif dari dalam biliknya. Tak ada siapa lagi yang akan ketuk pintu biliknya melainkan Encik Nafis memandangkan hanya mereka berdua saja yang tinggal di rumah tersebut.

"Boleh papa masuk??" Soal Encik Nafis.

"Masuk lah," dapat saja izin untuk masuk, Encik Nafis terus memulas tombol dan membuka pintu bilik Khalif. Baju kerja masih tersarung pada badannya.

Khalif tahu yang papanya baru saja balik dari kerja. Jam menunjukkan pukul 11 malam, memang sekarang lah waktu papanya itu pulang dari kerja. Sementara bagi Encik Nafis pula, dia pasti akan mengajak Khalif bersembang kalau ada peluang. Nampak pintu bilik Khalif masih bercahaya waktu nak masuk ke biliknya tadi, itu yang dia ambil peluang untuk berborak dengan Khalif seketika.

"Khal tak tidur lagi? Esok tak ada kelas ke??" Soal Encik Nafis setelah melabuhkan punggungnya di tepi katil Khalif. Khalif yang tadi duduk sambil melunjurkan kaki, terus duduk bersila.

"Ada. Cuma Khal baru balik dari rumah kawan tadi. Itu yang belum tidur tu," jawab Khalif pendek. Telefon pintar yang sedang dia pegang kemudiannya diletakkan di tepi.

"Khal pergi rumah kawan? Rumah siapa? Haikal??" Soal Encik Nafis. Walaupun dia jarang ada di rumah, tapi dia masih ambil tahu tentang anak bujangnya. Itu yang dia tahu siapa kawan Khalif.

"Tak lah. Rumah Abang Hud. Dia senior Khal kat Universiti," jawab Khalif.

"Ouh senior. Ada apa dekat rumah dia??"

"Mak Abang Hud ada buat makan-makan sebab kawan Abang Hud balik dari UK, cuti semester katanya. Itu yang mak dia ajak Khal makan sekali tu," jawab Khalif lagi. Sementara Encik Nafis sekadar mengangguk perlahan.

"Khal," nama Khalif dipanggil perlahan oleh Encik Nafis sebelum lelaki itu meletakkan sebelah tangannya di atas bahu Khalif.

"Ya?"

"Papa minta maaf ya?" Pinta Encik Nafis. Riak wajahnya mulai berubah suram.

"Minta maaf? Minta maaf kenapa? Papa ada buat salah apa-apa ke?" Soal Khalif polos.

"Papa cuma rasa bersalah dengan Khal. Maaf sebab papa tak boleh selalu ada dengan Khal, luangkan masa dengan Khal," pinta Encik Nafis lagi. Khalif kemudiannya mengeluh kecil sebelum meletakkan tangannya di atas tangan Encik Nafis yang memegang bahunya tadi.

"Papa tak payah nak rasa bersalah sangat lah. Khal faham aje yang papa sibuk. At least papa masih ambil berat fasal Khal. Khal tak pernah ambil hati pun," balas Khalif. Mendengar jawapan anak lelaki itu, tiba-tiba membuatkan Encik Nafis menjadi sebak.

"Kalau lah papa tak biarkan Kak Sarah tinggal dengan mama, mesti semua ni takkan jadi. Mesti Kak Sarah masih ada dengan kita sekarang, dan mesti Khal takkan rasa sunyi," ucap Encik Nafis perlahan. Dia masih cuba menahan diri dari mengeluarkan air mata.

Khalif tahu, dia masih beruntung sebab masih mempunyai ayah yang sangat sayangkan anak-anaknya. Walaupun apa yang dah jadi ni berpunca dari penceraian papa dan mamanya, Khalif tak pernah menyalahkan Encik Nafis atas apa yang dah berlaku. Sepanjang dia dibesarkan oleh Encik Nafis, tak pernah sekali pun dia rasa terseksa dan tak bahagia.

Bagi Khalif, Encik Nafis adalah seorang ayah yang sangat penyayang dan bertanggungjawab. Mungkin sifat Encik Nafis yang terlalu sibuk dengan kerja itu lah yang membuatkan mamanya bosan dan memilih untuk curang. Tapi itu tidak boleh dijadikan satu alasan untuk menjadi seorang yang tidak setia. Sampai sekarang, Khalif takkan pernah boleh terima ibu kandungnya itu.

"Pa, Khal tahu yang papa dah cuba buat yang terbaik untuk jadi papa Khal dan Kak Sarah. Khal tak pernah salahkan papa pun atas apa yang dah jadi. Kalau betul papa sayangkan Khal dan Kak Sarah, papa tolong jangan salahkan diri papa sendiri. Khal janji, Khal akan selalu ada untuk papa okay?" Ucap Khalif.

Dengar saja ayat itu, Encik Nafis terus menarik Khalif ke dalam pelukannya yang erat. Dia cuba menahan air matanya namun rasa sedih tak mampu lagi dia tahan sebelum akhirnya air mata mulai mengalir ke pipi. Dia tak tahu usaha apa lagi yang perlu dia buat untuk mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia.

Dari dulu lagi dia mendambakan sebuah keluarga bahagia yang boleh hidup senang dengan kekayaan. Sebab itu dia terlalu bekerja keras dalam mencari wang. Tapi, semua tu jadi sia-sia bila isterinya sendiri memilih untuk curang. Hingga akhirnya, dia terpaksa mengorbankan harapannya untuk mendapatkan keluarga bahagia yang sudah lama dia impikan.

"Maafkan papa, Khalif, Khaisarah,"

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now