Bab 37

785 24 7
                                    

HAIKAL cuma berdiam diri sambil memandang ke luar tingkap kereta. Lepas saja balik dari makan tadi, otaknya terus memproses. Adakah dia boleh terima Zafir sebagai seorang yang istimewa dalam hatinya? Kenal dengan mamat tu pun tak sampai 3 bulan lagi. Bukan apa, dia tak mahu lah buat keputusan terburu-buru.

Nanti yang kena tanggung, dia juga. Kalau nak ikutkan, bukan dia tak perasan usaha yang Zafir letak untuk tarik perhatian dan tawan hatinya. Tapi dia pun tak boleh lah nak serah diri cepat sangat. Macam tak masuk akal pula kalau dirinya yang selama ni lurus macam tiang lampu jalan, tiba-tiba boleh bengkok dek ribut taufan yang Zafir bawa.

"Tak payah fikir sangat lah apa yang Kamelia cakap tadi. Anggap aje benda tu tak pernah berlaku," Zafir tiba-tiba bersuara.

"Padahal dia puncanya saya fikir sampai macam ni sekali," balas Haikal sinis. Langsung tak menoleh ke arah Zafir.

"Abang cuba nak test aje. Ingatkan Haikal tak jealous, rupanya jealous juga ya?"

"Tipu lah kalau saya cakap tak. Tapi saya pun tengah keliru dengan perasaan saya sekarang. Abang jangan lah harap lebih-lebih sangat ya?"balas Haikal.

"Kalau abang nak harap lebih-lebih juga?"

"Terpulanglah. Yang sakit abang, bukan saya," jawapan itu membuatkan Zafir tersenyum nipis.

"Sejujurnya, abang tak letak harapan yang tinggi pun untuk Haikal balas balik perasaan abang. Dapat luang masa macam ni dengan Haikal pun, abang dah gembira," ucap Zafir. Sesekali, dia menoleh ke arah Haikal di sebelahnya.

"Uhm, kalau macam tu abang ajar lah saya," pinta Haikal.

"Ajar apa?"

"Ajar untuk bercinta dengan lelaki lah. Yang saya tahu, cara nak bercinta dengan perempuan aje,"

"So, Haikal berminat lah ni?" Zafir menyoal, inginkan kepastian.

"Agak lah. Mana tahu bercinta dengan lelaki hensem macam abang lagi best ke? Tak dapat adik, abang pun jadi lah," selamba Haikal menjawab. Terus tergelak Zafir jadinya.

"Haikal nak cakap yang abang ni back up plan Haikal aje lah?"

"Kind of. Bila-bila masa, abang ajar lah saya,"

"Tak perlu tunggu, sekarang juga abang ajar," Zafir tiba-tiba menghentikan keretanya di tepi jalan yang kawasannya seperti tiada orang lalu-lalang. Pandai dia mencari tempat.

"Abang nak buat apa ni?" Haikal nampak resah. Dah kalau tiba-tiba mamat tu berhenti macam nak rogol dia, mahu tak cuak budak tu?

"Ajar sayang lah," Zafir membentukkan wajah nakalnya ke arah Haikal. Kening Haikal bertaut hairan.

"Ajar apa?"

"Ajar... ni!" Zafir terus mendapatkan Haikal sebelum cuba menggeletek pinggang lelaki itu.

Krik krik

"Apa abang cuba buat ni?" Haikal memasang wajah kosong. Tiada reaksi terhadap kelakuan Zafir tadi. Terus bibir Zafir dimuncungkan.

"Ala, ingatkan Haikal geli,"

"Abang ni macam budak-budak lah. Kalau nak ajar, ajar macam ni!" Kedua belah pipi Zafir terus dipegang oleh Haikal sebelum dia menarik wajah Zafir mendekatinya lalu melumat bibir lelaki itu.

Terus membulat biji mata Zafir sebelum dia menikmati ciuman tersebut. Saat itu, dia merasakan bahawa waktu sedang berhenti berdetik. Entah kenapa semuanya terasa macam dalam mimpi. Iya lah, selalunya benda-benda romantis antara dia dan Haikal macam ni, cuma berlaku waktu dia tidur saja. Sekarang? Nak percaya pun macam susah.

Selang beberapa minit, ciuman tadi dileraikan sebelum pandangan mereka saling menyatu. Jantung kedua lelaki itu berdetak agak hebat. Haikal tak tahu apa yang perlu dikata selepas adegan tadi habis, manakala Zafir pula masih terkedu. Maka bergemalah bunyi cengkerik dalam kereta tersebut. (Metafora)

"Selalunya lepas kiss, orang buat apa ya?" Soalan naif Haikal itu membuatkan Zafir tertawa kecil.

"Siapa ajar Haikal buat macam tadi tu?" Soalan Haikal tadi, dibalas dengan Soalan Zafir pula. Haikal menggumam manja.

"Uhmm, saya tengok kat tv. Saja nak try. Buat dengan perempuan tak boleh, saya try lah dengan abang. Not bad lah," makin lebar senyuman yang terukir di bibir Zafir.

"Bibir Haikal, manis," ucap Zafir. Terus merona merah wajah Haikal.

"Kita, dah dikira couple ke kalau cium macam ni?" Haikal menyoal lagi. Dalam hati Zafir, dah terkekeh-kekeh dia ketawa. Tak sangka mamat garang macam Haikal ni rupa-rupanya naif.

"Dah!"

"Jadi maksudnya, kita couple lah sekarang? Siapa boyfriend siapa girlfriend?" soalan naif Haikal lontarkan lagi.

"Abang boyfie, Haikal girlfie, setuju?"

"Tapi saya nak jadi boyfie,"

"Kalau macam tu, kita dua-dua boyfie lah!," cadang Zafir. Dalam hatinya masih penuh dengan gelak-tawa. Lucu campur comel betul reaksi Haikal sekarang, sampai geli hatinya nak melayan. Satu sisi baru yang Zafir dapat cungkil dari diri Haikal.

"Ha boleh lah. Lepas tu sekarang? Kita kena buat apa?"

"Kita bincang fasal panggilan pula," macam tu saja dia 'gula-gula' kan si Haikal.

"Panggilan? Maksudnya?"

"Maksudnya, Haikal kena panggil abang baby, and abang akan panggil Haikal sayang lepas ni. Okay?" Mendengar cadangan itu, Haikal menggeliat geli.

"Naik bulu roma saya dengar. Tak boleh ke saya panggil abang macam biasa aje? Kalau abang nak panggil saya sayang, ikut abang lah,"

"Tak boleh, tu benda wajib kena buat bila dah officially couple!" Zafir masih mahu memperdaya kenaifan Haikal. Bukan selalu dia ambil kesempatan macam ni.

"Uhmm, oo- okay. Saya cuba,"

"Alah, lama-lama nanti biasa lah tu," ucap Zafir.

"Eh kejap! Tadi saya minta abang ajar saya, lepas tu saya cium abang, aik? Kejapnya kita terus couple?" otak Haikal mula memproses. Baru lah dia boleh berfikir dengan waras sikit.

"Pfffftt.." saat itu, Zafir tak mampu lagi menahan ketawanya sebelum tawanya tersembur keluar.

"Abang!!"

Puk!!

"Auchh!!"

"Seronok sangat ke main-mainkan orang macam tu?! Siap berbaby sayang bagai!! Siot lah perangai dia ni!!" Rungut Haikal sebelum mukanya mencebik tanda geram.

"Siapa suruh Haikal tu naif sangat? Nasib baik orang yang Haikal cium tu abang? Kalau orang lain? Dah lama dia rogol Haikal dah," mendengar ayat itu, Haikal terus memeluk tubuhnya.

"Ingatkan perangai je siot, mulut pun siot juga!"

"Siot siot pun, mulut ni juga yang diciumnya tadi?" Zafir menayangkan wajah nakalnya.

"Diam lah! Cepat hantar saya balik fakulti sekarang!!"

Setelah itu, Zafir terus menekan hembrek keretanya lalu memacu ke arah fakulti Haikal untuk menghantarnya. Sungguh, dia takkan lupakan kenangan ciuman pertama dengan lelaki yang sudah menjadi dambaan hatinya, sejak dulu lagi.

Dia tak tahu macam mana lagi dia nak gambarkan kegembiraan dalam hati, yang dia tahu dia adalah lelaki paling bahagia pada hari itu. Sebuah ciuman manis yang takkan mampu dia lupakan. Hatinya kini benar-benar telah ditawan oleh lelaki bernama Haikal Fiqri itu.

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now