Bab 41

609 21 0
                                    

HAIKAL menggeliatkan tangannya ke atas setelah selesai membantu Aira menyiapkan tugasan. Mindanya meluncur pada peristiwa tadi di mana dia sempat lari dari tangkapan Zafir ketika lelaki itu cuba mengucup batang lehernya. Nasib baik tiada kesan apa-apa. Kalau tak, apa dia nak jawab pada Aira kalau perempuan tu nampak nanti? Melampau betul mamat tu. Bahaya bahaya.

"Ni aku dah tolong siapkan kerja kau ni, tak ada upah ke?" soal Haikal. Aira yang sedang mengemas barang, terus menghentikan kerjanya.

"Mesti lah ada! Kejap ya?," seketika, Aira menoleh ke arah pintu bilik abangnya.

"...abangg!! Oooo abang!! Sini kejap!" laung Aira. Haikal sekadar memerhati saja. Masih tak dapat tangkap apa yang Aira cuba lakukan. Selang beberapa minit, Zafir pun keluar dari bilik dengan berpakaian segak, mengenakan baju t-shirt berkolar warna biru tua dan berseluar slack berwarna hitam.

"Dah siap kerja dah?" Soal Zafir.

"Dah! Enjoy!" ucap Aira sebelum melangkah ke tingkat atas. Haikal pula sudah membatu sambil cuba memproses apa yang sedang berlaku sekarang.

"Haikal tunggu apa lagi? Jom lah!"

"Jj- jom?! Jom ke mana??" Soalnya keliru.

"Aira tak bagitahu ke?"

"Ha?"

"Aira minta abang bawa Haikal pergi jalan-jalan lepas korang siapkan assignment dia, sebagai tanda terima kasih sebab tolong dia siapkan assignment," terang Zafir. Dahi Haikal berkerut hairan.

"Asal abang pula yang kena bawa saya pergi jalan-jalan??"

"Sebab si Aira tu nak dating dengan boyfriend dia. So, dia kasi lah Haikal chance untuk dating dengan boyfriend Haikal pula," makin berkerut dahi Haikal dengan ayat Zafir itu.

"Eh eh, bila masa saya ada boyfriend pula ni?!" soalnya.

"Baru aje. Dah jangan banyak tanya, jom!"

.

.

.

Pandangan Zafir tak lekang dari terus memandang wajah Haikal yang sedang ralit memakan ais krim yogurt yang mereka beli. Senyuman nipis terbit pada hujung bibirnya. Belum balik UK lagi, dia dah mula rindukan Haikal, macam mana lah dia nak kena hadap perasaan ni waktu berjauhan dengan lelaki dambaan hatinya itu nanti?

"Esok abang datang tak ke pertandingan Bintang Mahasiswa tu?" soal Haikal, membuatkan lamunan Zafir tadi termati.

"Haikal nak abang datang ke?" Soal Zafir.

"Ikut lah. Kalau nak datang, datang. Kalau tak nak, tak payah,"

"Abang nak datang, tapi ada hal pula esok. Sorry ya?" pinta Zafir. Riak wajah Haikal sedikit suram jadinya, tapi dapat dia sembunyikan.

"Okay then. Bagus juga abang tak datang, tak ada lah kacau hidup saya esok," balas Haikal, cuba menipu dirinya sendiri. Padahal dalam hati? Tuhan saja yang tahu betapa hampanya dia bila Zafir tak dapat hadir. Mata Haikal tak mampu memandang wajah Zafir, jadi dia hanya fokus pada ais krim yogurt yang sedang dia makan.

"Haikal tak suka ke kalau abang kacau hidup Haikal?" entah kenapa nada dalam soalan Zafir itu kedengaran serius.

"Kind of lah," mendengar jawapan Haikal, wajah Zafir berubah suram.

"Dua minggu lagi abang dah nak balik UK dah. So, Haikal jangan risau, lepas ni abang takkan kacau hidup Haikal lagi," senada saja ayat itu dilafazkan. Haikal langsung memandang ke arah Zafir. Hatinya mula resah bila Zafir bereaksi seperti itu.

"Me- memang lah saya cakap saya tak suka abang kacau hidup saya, tt- tapi saya tak pernah suruh abang berhenti kan??" ucap Haikal. Ayat itu tidak dibalas apa-apa oleh Zafir.

"...abang lupa ke apa yang saya pernah minta kat abang sebelum ni?" soal Haikal.

"Apa dia?"

"Ajar saya untuk cintakan abang. So, jangan pernah berhenti kacau hidup saya. Faham?!" jelas kelihatan sinar yang mulai muncul dalam mata Zafir.

"Be- betul ni?"

"Abang ingat saya ada masa ke nak main-main?"

Zafir terus mendapatkan sebelah tangan Haikal sebelum digenggam erat lalu mengukirkan sebuah senyuman manis yang menandakan betapa bahagianya hati dia saat itu.

"And lagi satu!" Haikal tiba-tiba mencelah.

"Uhm?"

"Jangan cakap fasal abang nak balik UK lagi. Ss- saya tak suka," cepat-cepat Haikal membuang pandangannya ke tempat lain. Takut-takut kalau Zafir nampak riak wajahnya yang malu itu. Sementara Zafir pula, sudah tersengih mendengar ayat lelaki di hadapannya itu.

"Kalau lah Haikal tahu betapa abang nak aje cium Haikal sekarang ni," ucap Zafir.

"Diam lah! Saya dah habis makan, jom pergi tempat lain pula!!" Cepat-cepat Haikal mendapatkan idea untuk lari dari situasi tadi sebelum bertambah kekok.

Setelah itu, mereka berdua menghabiskan masa pergi ke beberapa tempat seperti panggung wayang, permainan arked dan kedai makan. Tepat jam 10 malam, mereka buat keputusan untuk pulang ke rumah. Lagi pun, esok Haikal kena bangun awal untuk menguruskan program pertandingan Bintang Universiti.

"Thanks Haikal, sudi luangkan masa dengan abang hari ni," pinta Zafir sambil memandu keretanya. Haikal yang berada di sebelah sekadar membalasnya dengan anggukan. Tenaganya sudah habis digunakan sepanjang petang tadi hingga sekarang.

"...good luck untuk esok. Maaf sebab tak-" belum sempat Zafir menghabiskan ayatnya, kedengaran Haikal di sebelah sudah pun berdengkur. Bibir tersenyum lagi sebelum dia menggelengkan kepalanya.

Dalam pada itu, mindanya tiba-tiba meluncur kembali akan memori 10 tahun lepas saat dia bertemu dengan Haikal di hospital. Ingatan yang takkan pernah dia lupakan.

Imbas kembali

Setelah mencuci luka lebam di pipinya, Zafir melangkah keluar dari ruangan bilik doktor sambil berjalan lemah di lorong hospital tersebut. Peristiwa dia dibelasah hebat oleh senior di sekolahnya masih bermain dalam fikiran.

Dia tak sangka rahsia yang selama ini dia pendam senang-senang saja tersebar ke seluruh sekolah. Rahsia tentang seksualiti songsangnya. Semua ni disebabkan oleh kawan baiknya sendiri yang menyebarkan rahsia tersebut. Disebabkan itu lah dia dibuli oleh senior.

Sudah puas dia mengalirkan air mata sebelum datang ke hospital. Sekarang, kalau dia menangis pun, mungkin air matanya takkan keluar. Dia ingatkan, bila dia sudah melangkah ke sekolah menengah, hidupnya akan baik saja. Dan orang akan lebih menerimanya. Namun sangkaannya meleset sama sekali.

"KALAU KAU TAK MANJA SANGAT, MAK TAKKAN MATI LAH!!!" suara tengkingan seorang lelaki di lorong tersebut menangkap fokus Zafir yang sedang berjalan sambil menunduk ke lantai tadi.

Kelihatan, seorang lelaki berusia awal 20-an sedang memarahi adik kecilnya. Sementara budak kecil yang ditengking tadi, hanya duduk membatu di hadapan abangnya itu tanpa sebarang riak. Cuma menunduk ke bawah dan berdiri tegak.

"-KAU KALAU SEHARI TAK MENYUSAHKAN ORANG, MEMANG TAK SENANG HIDUP KAU KAN?! KAU DAH TAHU MAK SAKIT, ASAL
KAU PAKSA JUGA MAK PERGI PEKAN HA?! KAU TAHU MAK TAK BOLEH BAWA KERETA KAN?! DAH BERAPA KALI ABAH PESAN!! KAU BODOH KE HA?!!" tengking lelaki itu lagi, namun kali ini kolar baju budak itu dia rangkul kasar.

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now