Bab 56

467 18 1
                                    

HUD meletakkan semua gambar yang diberi oleh Encik Raihan ke atas meja untuk ditunjukkan pada Khalif. Sekarang mereka sedang berada di rumah Hud untuk mencari tahu sebab Khaisarah membuat keputusan bunuh diri 2 tahun lepas.

Gambar tersebut kemudiannya Khalif ambil sebelum meneliti sekeping demi sekeping gambar kandungan dan kenangan di sekolah menengah milik arwah Khaisarah itu. Dahinya berkerut hairan saat melihat wajah budak lelaki yang bersama Khaisarah dalam salah sekeping gambar di situ.

"Ni bukan ke?-"

"Ya abang tahu. Tapi jangan tanya macam mana dia boleh kenal Sarah. I don't have any idea at all," pantas Hud memangkas persoalan Khalif sebelum Khalif mengeluh perlahan.

"Khal betul-betul tak tahu yang Kak Sarah mengandung. Waktu jumpa polis yang siasat kes ni dulu pun, tak ada pula dorang cakap apa-apa fasal kandungan Kak Sarah?" dahi Khalif berkerut lagi.

"Uncle Raihan bagitahu abang yang dia suruh polis rahsiakan perkara ni dari Khal and papa Khal. Dia tak nak korang fikir buruk fasal Sarah," mendengar jawapan Hud, Khalif tersenyum sinis.

Sejak bila pula si perampas tu kisah fasal perasaan Khalif dan papanya? Entah-entah dia saja nak sembunyikan semua tu sebab nak jaga nama baik sendiri. Iya lah, perkara ni jadi lepas Khaisarah duduk dengan dia. Mesti lah dia yang kena bertanggungjawab atas apa yang jadi pada Khaisarah.

"Dasar lelaki tak guna," ucap Khalif perlahan.

"Siapa? Uncle Raihan?"

"Iyalah? Siapa lagi? Disebabkan dia lah, hidup Khal, Kak Sarah and papa musnah! Kalau lah dia tak curang dengan mama, mesti semua ni takkan jadi!" buku lima Khalif dikepal erat. Hud kemudian mengalihkan posisinya dan duduk di sebelah Khalif sebelum memeluk bahu lelaki genit itu.

"Abang mungkin tak faham apa yang Khal rasa, tapi pada pandangan abang sejak kenal dia, he is a good father to Sarah. Abang boleh nampak yang dia betul-betul risaukan arwah Sarah," ucap Hud.

"Tapi tu tak ubah kenyataan yang dia dah musnahkan hidup Khal! Lagi pun, kalau betul dia kisah fasal Kak Sarah, kenapa baru sekarang dia nak tunjuk semua benda ni? Sampai bila-bila pun, Khal takkan pernah maafkan dia," wajah Khalif dibuang ke tempat lain, cuba menyembunyikan riak kesalnya.

Perlahan, Hud mencapai sebelah tangan Khalif sebelum digenggam erat. Sambil itu, dia mengukirkan sebuah senyuman tatkala pandangannya diarahkan pada wajah kesal Khalif. Dah lama dia tak nampak Khalif marah macam ni. Kali terakhir budak  ni marah waktu dia pecahkan kamera yang arwah Sarah bagi pada Khalif dulu.

Hud kemudiannya menarik perlahan pipi Khalif hingga wajah lelaki itu menoleh ke arahnya. Pandangan Hud diarahkan ke dalam anak mata Khalif yang masih cuba melarikan diri dari bertembung dengan pandangan Hud tadi.

Setelah mengukirkan senyuman kecil kerana terhibur dengan reaksi comel Khalif, Hud terus mendekatkan bibirnya ke arah Khalif sebelum mereka berdua berkucupan. Khalif sedikit terkejut dengan tindakan Hud, tapi tidak pula dia menolak. Orang gila aje yang akan tolak kalau kena cium dengan crush sendiri walau tengah marah sekali pun.

Beberapa ketika kemudian, kucupan tadi dileraikan dan pandangan mereka mulai menyatu. Hud mengukirkan senyumannya lagi membuatkan hati Khalif yang panas dengan topik perbincangan mereka tadi, cair serta-merta.

"I'm sorry okay? Abang tahu yang abang takkan mungkin faham perasaan Khal. Tapi abang janji, yang abang akan selalu ada untuk Khal," ucap Hud. Bertambah cairlah hati Khalif dengan kata-kata manis Hud tersebut.

Beruntung Khalif sebab dapat buat Hud yang terkenal dengan sikap barannya itu, jatuh cinta padanya. Khalif terus mendekatkan tubuhnya ke arah Hud sebelum memeluk manja tubuh sasa milik Hud.

"Khal pun minta maaf, Khal tak sepatutnya ikutkan perasaan," ucap Khalif.

"Its okay, abang faham. But for now," Hud meleraikan pelukan mereka tadi lalu memegang kedua-dua belah bahu Khalif.

"...we should focus on that," mulutnya dijuihkan ke arah kepingan-kepingan gambar di atas meja itu. Anggukan kecil dibalas oleh Khalif pula.

"Humph!"

"Khal tak ada perasan apa-apa yang pelik sebelum Sarah bunuh diri?" soal Hud. Dahi Khalif mula berkerut sambil cuba berfikir kalau-kalau dia ada terlepas apa-apa.

"Hmmm.. rasanya semua okay? Sehari sebelum tu, Kak Sarah siap ajak Khal keluar jalan-jalan lagi," balas Khalif.

"Kalau macam tu, any clue yang Khal rasa boleh bagi jawapan?"

"Clue?"

"Haah. Macam gambar ke? Video ke? Or surat?" soalan Hud itu membuatkan Khalif cuba untuk berfikir.

"Buku!" Tiba-tiba Khalif teringat sesuatu.

"Buku?" Soal Hud hairan.

"Haah buku! Buku diari! Khal perasan yang Kak Sarah suka tulis journal dalam buku diari dia. Mungkin kita boleh jumpa clue dalam buku tu,"

"Then, mana bukunya?" Mendengar soalan Hud, Khalif mengeluh kecil.

"Dekat rumah mama.." balas Khalif perlahan.

"Kalau macam tu, Khal ambil aje lah?" Cadang Hud. Khalif menggelengkan perlahan kepalanya pula.

"Khal dah janji dengan diri sendiri untuk tak jejak kan kaki dekat rumah perempuan tu," wajah Khalif berubah suram. Melihat reaksi Khalif, Hud tersenyum nipis. 

Dia faham kalau Khalif tak bersedia lagi untuk lupakan semua yang berlaku dalam hidupnya. Kesengsaraan Khalif apabila keluarganya musnah disebabkan kecurangan mamanya tak sama dengan kesedihan yang dia alami kerana membesar tanpa kasih seorang ayah.

"Its okay, kalau Khal tak sedia, abang takkan paksa. Mesti ada cara lain," tangan Hud terus meramas lembut ubun kepala Khalif untuk menenangkan hati lelaki tersebut.

Khalif sedikit lega dengan sikap bertimbang rasa Hud, tapi dia tetap rasa bersalah. Takkan cuma disebabkan pendirian Khalif untuk tak pergi ke rumah ibu kandungnya, mereka terpaksa mencari jalan lain sedangkan jawapan yang mereka cari-cari selama ini mungkin ada di dalam diari tersebut.

"Khal minta maaf," pinta Khalif.

"Kan abang dah kata tak apa?" ucap Hud sambil tersenyum.

"Hmmm.."

"Buat masa sekarang, we should proceed dengan yang ni," kepingan gambar Khaisarah dengan seorang budak lelaki dicapai oleh Hud.

"Kak Sarah tak pernah cerita pula yang dia berkawan dengan Zharif dulu?" makin berkerut dahi Khalif.

"Itu yang abang tak faham. Patut lah dari mula-mula abang jumpa dia, abang rasa macam ada yang tak kena? Dia pun nampak macam tak suka abang,"

"Abang rasa, dia ada hubungan dengan Kak Sarah ke sebelum ni?" soalan Khalif itu membuatkan Hud terdiam sejenak.

Nak kata ada hubungan, tak pernah pula Khaisarah cerita padanya tentang Zharif sebelum ni? Mereka kenal pun waktu zaman asasi, jadi Hud kurang tahu tentang kisah silam Khaisarah waktu dia di sekolah menengah dulu. Khaisarah pun tak pernah cerita padanya apa-apa tentang tu.

"Entah lah. Yang pasti, abang betul-betul tak suka dengan mamat ni," ucap Hud.

"Kalau Khal cakap dia suka Khal?" Soalan itu mengundang pandangan tajam Hud.

"Ha?"

"Khal tahu Khal sepatutnya jujur dengan abang fasal benda ni sejak dari awal lagi. But he already confess to me before. Tapi Khal reject. Khal cakap yang Khal suka kan abang. Abang rasa, dia suka kan Khal sebab dia pernah ada hubungan dengan Kak Sarah ke sebelum ni?" Soal Khalif.

Bara api dalam hati Hud semakin besar selepas mendengar ayat Khalif tadi. Kalau lah si Zharif tu punca Khaisarah mengandung dan bunuh diri, mesti mereka pernah ada hubungan dulu dan tak mustahil dia boleh jatuh hati pada Khalif. Sedangkan dia pun boleh sukakan Khalif sebab lelaki itu mengingatkan dia pada Khaisarah, takkan tidak Zharif?

"I don't know. Ah! Tak kisah lah dia pernah suka Sarah ke tak, tapi kalau dia penyebab Sarah bunuh diri, memang siap dia abang kerjakan cukup-cukup!!"

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now