Bab 53

692 21 4
                                    

"ERR.. ha- haah. Abang Hud ada cerita tentang Kak Sarah kat saya," balas Khalif sedikit gagap. Hazif mengeluh setelah mendengar ayat Khalif itu.

"See? Sampai dengan Khalif pun dia cerita. Maknanya apa tu? Tak move on lagi lah kan?" ucap Hazif sebelum menggelengkan kepalanya.

"Tapi, saya rasa tak salah kan kalau Abang Hud tak boleh move on?"

"Ya tak salah, tapi sampai bila? Abang sebenarnya naik serabut bila adik sendiri asyik duk cerita orang yang dah tak ada. Kalau Sarah tahu, Khalif rasa dia suka ke bila Hud still tak boleh move on macam tu?" Mendengar ayat Hazif, Khalif terkelu seketika. Mungkin betul cakap Hazif, kakaknya mungkin takkan suka kalau Hud masih tak boleh lupakan dia.

"...abang bukan apa, abang cuma tak nak si Hud tu gila bayang ke apa. Dia tak habis-habis cakap yang dia akan pastikan orang yang dah bunuh Sarah meringkuk dalam penjara. Everyone knew yang si Sarah tu bunuh diri. Asal susah sangat dia nak terima?" jelas kedengaran nada tak puas hati dalam ayat Hazif itu.

Khalif masih lagi membisu. Pandangannya dibuang ke bawah. Dia sedikit terasa dengan ayat Hazif tadi. Pertama tentang Hud yang nak masukkan pembunuh Sarah dalam penjara. Dia tahu orang yang Hud maksudkan itu adalah dia. Dan yang kedua tentang kes bunuh dari kakaknya itu. Entah kenapa dia rasa sedih bila Hazif ungkit tentang hal tersebut.

"...err,, aa- abang minta maaf. Tiba-tiba teremosi pula sampai Khalif kena dengar abang bebel," pinta Hazif selepas melihat reaksi Khalif yang sepertinya tidak selesa.

"Tak apa, saya faham,"

"Khalif tolong lah pujuk si Hud tu supaya tak bencikan abang ya? Kitaorang dah pernah gaduh fasal benda ni sebelum ni, tapi pergaduhan kali ni macam teruk sikit. Nampak macam dia betul-betul dah bencikan abang kandung dia sendiri," pinta Hazif.

"Oo- okay, nanti saya cuba pujuk Abang Hud," balas Khalif.

"Thanks Khalif. By the way, Khalif boleh ambil ubat dekat kaunter ya? Get well soon," senyuman manis Hazif ukirkan kepada Khalif sebelum senyuman itu dibalas.

"Terima kasih Abang Hazif,"

"Most welcome," balas Hazif sambil tersenyum lagi.

Kemudian, Khalif terus bangun dan menuju keluar dari ruangan tersebut untuk mengambil ubat di kaunter seperti yang Hazif arahkan tadi

"Khalif!" Baru saja dia nak keluar, Hazif tiba-tiba memanggilnya dari belakang. Terus dia menoleh ke arah doktor tersebut.

"Uhm?"

"Kita pernah jumpa ke sebelum ni? Dari mula-mula Khalif datang rumah lagi abang macam familiar dengan muka Khalif," soal Hazif.

"Hmmm, rasanya tak,"

"Ouh, okay then,"

.

.

.

"Terima kasih sebab tolong bawa Khal pergi klinik," ucap Khalif. Senyuman diukirkan ke arah Zafir.

"No problem. Lagi pun Khal orang istimewa untuk dua orang yang istimewa dalam hidup abang," mendengar ayat Zafir, kening Khalif bertaut.

"Dua orang istimewa dalam hidup abang? Siapa?"

"Ha! The first one is Hud, which is my best best friend. And yang kedua, your best best friend," makin rapat kening Khalif bertaut. Otaknya cuba memproses kata-kata lelaki mata sepet di depannya itu.

"My best best friend? Siapa? Haikal ke?"

"Yup! Siapa lagi?" Hampir nak ternganga mulut Khalif tapi dapat dia sembunyikan riaknya itu.

"Jap, kenapa dia istimewa dalam hidup abang?" Soal Khalif lagi.

"Well.." Zafir sedikit berat nak jawab soalan itu.

Ya lah, Haikal kan kawan baik Khalif. Macam mana kalau Khalif tak setuju lepas dapat tahu yang sebenarnya dia dan Haikal dah mula bercinta? Memang lah dia pernah bagitahu Khalif yang dia ada perasaan pada Haikal sebelum ni, mana tahu tiba-tiba Khalif berubah fikiran lepas dapat tahu dorang dah start bercinta ke? Entah-entah Khalif lah yang akan jadi punca mereka terpaksa berpisah. Ah! Makin jauh pula fikiran Zafir perginya.

"Well?" Khalif masih menunggu jawapan.

"Actually, abang... dah official dengan Haikal.."hujung ayatnya bernada rendah dan wajah Zafir terus berubah sedikit kekok sambil menggaru tepi kepalanya yang tidak gatal.

"Serius lah?!" balas Khalif teruja. Sebenarnya dia dah dapat agak benda tu akan jadi, cuma tak sangka pula secepat ni? Laju betul si Zafir ni buat kerja.

"Kk- Khal tak kisah kan?"

"Tak pun. Tiba-tiba rasa excited pula,"

"Excited sebab?"

"Iya lah, saya suka Abang Hud which is your best friend. And abang pula suka Haikal which is my best friend. Excited lah kan?" terang Khalif. Tiba-tiba rasa demamnya seperti dah sembuh bila sembang tentang topik ini.

"Haah lah! Bila Khal cakap macam tu tiba-tiba abang pun excited!" Ucap Zafir sebelum dia ketawa kecil.

"Apa pun, saya ucapkan good luck awal-awal lah dekat abang ya? Bukan senang nak handle si Haikal tu," Zafir tersenyum dengan ayat Khalif tersebut.

"Its okay, macam mana Khal boleh sabar dengan perangai Hud, I also can meh. Lepas ni boleh lah kita double date?" balas Zafir, lantas mereka sama-sama ketawa.

Setelah itu, Zafir terus meminta izin untuk pergi sebelum Khalif masuk ke dalam rumahnya semula dan sambung berehat. Saat terbaring di atas katil, dia tersenyum sendiri bila teringat kembali tentang perbualannya dengan Zafir tadi. Sebelum ni tak pernah pula dia sembang dengan kawan kepada Hud itu. Bila dah sembang, terasa mesra pula.

Lama kelamaan Khalif pun terlelap dibuai mimpi. Selang beberapa jam kemudian, telefon bimbit Khalif berdering lagi. Dia terus terjaga dari tidur sebelum mencapai telefon bimbit yang berdering itu. Nama Hud terpapar pada skrin lalu cepat-cepat Khalif bangun dan mengangkat panggilan tersebut.

"Khalif, okay tak tu? Dah makan ubat?" soal Hud.

"Dah. Tapi demam tak okay lagi. Program macam mana? Okay ke?" Khalif pula menyoal.

"Program okay aje. Semua berjalan lancar."

"So, siapa menang?" soalan itu membuatkan Hud berat nak jawab. Dia terdiam seketika.

"...abang? Siapa menang pertandingan tu?" Khalif menyoal lagi.

"Khalif rasa siapa?"

"Wait! Jangan cakap-"

"Ya, si Zharif tu yang menang," kedengaran nada malas dalam ayat Hud. Khalif pula sudah tersenyum lebar. Mahu tak senyum bila 'bias' dia menang?

"I knew it! Mantap lah Zharif!!"

"Eh eh, happy semacam aje abang dengar? Khalif demam ke tak ni?"

"Hehe, demam demam. Ter 'excited' pula lepas dengan Zharif menang," panas saja hati Hud saat itu. Nak marah, Khalif pula tengah demam. Tak sampai hati lah kononnya.

"Ha iya lah. By the way, kejap lagi abang gerak rumah Khalif. Abang tidur sana tau malam ni. Dah bagitahu Umi dah," terus terangkat kening Khalif dibuatnya.

"Ha?! Asal tak cakap awal-awal??"

"Asal?"

"Tak ada lah, kalau abang cakap awal-awal boleh lah Khalif prepare,"

"Tak payah nak prepare sangat lah. Bukan sekali dua abang tidur rumah Khalif. Uncle Nafis pun tak kisah. Dia siap mesej abang tanya bila abang nak datang tidur rumah Khalif lagi," ucap Hud. Khalif mengeluh kecil sebelum tersenyum nipis.

"Papa papa," Khalif menggeleng perlahan.

"Okay lah, abang nak settlekan apa yang patut dulu. Dah sampai nanti abang call okay?"

"Alright, elok-elok bang. Love you!!" Cepat saja ayat terakhir itu Khalif ucapkan.

"Ha apa di-" malu nak dengar reaksi Hud, pantas Khalif matikan panggilan sebelum mukanya ditekup ke bantal kerana malu.

"Bodoh lah kau ni Khalif!"

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now