Bab 17

614 25 3
                                    

SETELAH acara makan selesai, masing-masing mulai beransur keluar dari ruangan makan. Hazif terus menuju ke biliknya untuk mandi dan menyalin pakaian, manakala Zafir dan Haikal pula menuju ke ruang tamu. Pada awalnya Haikal nak bantu Puan Aida mengemas tempat makan, tapi dihalang oleh wanita itu. Terpaksalah dia ikut Zafir ke ruang tamu.

Manakala Puan Aida, Hud dan Khalif pula sama-sama membersihkan meja makan. Puan Aida dah cuba halang Khalif dari menolongnya untuk mengemas dapur, tapi Khalif tetap berdegil untuk membantu wanita tersebut. Sifat degilnya itu membuatkan Puan Aida dan Hud teringat pada Khaisarah. Wajah dan tingkah Khalif sangat serupa dengan Khaisarah. Kadang terdetik pada hati Puan Aida yang Khalif mungkin adik kepada Khaisarah.

"Khalif letak aje pinggan-pinggan tu atas sinki, nanti Umi basuh," pinta Puan Aida.

"Tak apa Umi, alang-alang dah angkat ni, Khalif terus basuh aje lah," balas Khalif sebelum menyenseng lengan bajunya ke atas sedikit.

"Haih budak bertuah ni, degil betul ya?" Puan Aida hanya mampu menggeleng perlahan. Tiba-tiba, Hud muncul dengan membawa beberapa lagi pinggan mangkuk, lalu berdiri di sebelah Khalif.

Khalif yang tadinya leka membasuh pinggan, tergamam seketika. Jantungnya pula berdetak semakin laju. Tak tentu arah dia dibuatnya dengan jarak Hud yang begitu dekat itu. Nasib baik dia pandai berlagak tenang, kalau tak? Boleh kantoi yang dia ada perasaan pada Hud.

"Banyak pinggan ni, biar aku tolong kau basuh," pelawa Hud.

"Oo- okay," jawab Khalif sedikit gugup.

Namun, baru saja Hud mahu menolong Khalif, tingkahnya terhenti seketika bila melihat pinggan mangkuk yang disusun mengikut jenis dalam sinki tersebut. Terus mindanya teringat kepada Khaisarah. Tindakan Khalif yang menyusun pinggan mangkuk mengikut jenis sebelum membasuhnya itu persis dengan cara Khaisarah membasuh pinggan. Adakah ini sebuah kebetulan?

"Kau.. memang basuh pinggan macam ni ke?" Soal Hud.

"Err.. haah. Saya suka asing ikut jenis dulu. Lagi cepat nak basuh. Kk- kalau abang tak suka ca- cara saya ni, saya boleh aje ca- campurkan semua ni balik," balas Khalif.

"Tak ada lah, aku cuma tanya aje. Tak ada masalah pun," Hud hanya persetankan saja perkara itu. Mungkin semua ni cuma kebetulan. Tak semestinya arwah Khaisarah seorang saja yang basuh pinggan dengan cara macam tu.

"By the way, apa jawapan kau untuk soalan aku hari tu?" Hud mengambil peluang tersebut untuk bertanyakan soal Program Bintang Mahasiswa kepada Khalif.

"Ouh fasal tu, err.. saya rasa, tak salah kot ka- kalau saya cuba. Lagi pun abang pernah suruh saya cabar diri sendiri kan?" Jawab Khalif ringkas.

"Serius ni? Aku tak nak kau setuju sebab terpaksa tau?" Soal Hud untuk kepastian.

"Ya, saya serius. Tapi saya minta maaf awal-awal kalau kerja saya tak berapa bagus,"

"Its okay, tak ada orang yang terus jadi bagus tanpa progres. Yang penting kau usaha," nasihat Hud.

"In Syaa Allah,"

Sambil itu, kelihatan Haikal nampak resah dan janggal saat duduk berduaan dengan Zafir di ruang tamu tersebut. Dia tak tahu nak borak apa dengan mamat tu, jadi dia buat keputusan untuk bermain telefon saja. Sesekali, dia menjeling ke arah Zafir yang juga sedang leka bermain telefon. Dia masih tak boleh nak berhenti mengingat, kat mana dia pernah jumpa dengan si Zafir ni.

"Tak puas lagi ke pandang muka saya ni?" Soal Zafir sambil matanya masih fokus ke arah telefon pintar.

"Shit! Macam mana dia tahu yang aku tengah usha dia?! Mamat ni ada six sense ke apa?" Getus hati Haikal.

"Ma- mana ada aku pandang kau! Tak habis-habis nak perasan dari tadi," balas Haikal, cuba pertahankan diri.

"Masih tak nak mengaku? Kalau macam tu..." Zafir sengaja mematikan ayatnya lalu mematikan pula skrin telefon pintar sebelum dia mengalihkan tempat duduknya ke sebelah Haikal.

"Kk- kau nn- nak buat apa ni?!" Haikal yang mulai gugup dengan tindakan Zafir terus menganjakkan tubuhnya menjauhi lelaki tersebut.

"Lah, bukan ke awak suka pandang muka saya? Why not saya bagi awak peluang untuk pandang muka ni dekat-dekat kan?" Soal Zafir sambil tersenyum manis. Lalu, dia terus mendekatkan wajahnya betul-betul di hadapan wajah Haikal.

Jantung yang tadi berfungsi dengan normal, terus berdetak laju. Tak berkerdip mata Haikal saat wajah Zafir kini terpampang betul-betul di hadapan mukanya. Telefon pintar yang tadinya dia pegang, terus dilepaskan ke bawah. Bila tengok dari jarak dekat macam ni, memang tak boleh dinafikan lagi yang wajah Zafir ni betul-betul tampan.

"In 3 seconds, awak akan jatuh cinta dengan saya." Bisik Zafir perlahan. Manakala Haikal, masih diam tak berganjak dari posisi mereka itu.

"Satu.."

"..dua.."

"..tiga. From now on, you have been enchanted by me," ucap Zafir sebelum tersengeh lalu mencuit sedikit hidung Haikal membuatkan lelaki itu tersedar dari lamunannya tadi.

Shit!

Cepat-cepat Haikal menolak tubuh Zafir menjauhinya dan mencapai telefon pintar yang dilepaskan tadi sebelum dia beralih kedudukannya ke sofa yang lain. Hampir nak tercabut jantungnya dengan tindakan mamat itu tadi. Saking tampannya wajah Zafir tersebut sampai buatkan dia tak sedar apa yang sedang lelaki itu lakukan padanya. Saat itu, dia tiba-tiba terfikir, adakah dia dah jadi, gay?

"Eh, siapa nama kau tadi??" Soal Haikal dengan kedudukan sofanya yang berhadapan dengan Zafir.

"Its Zafir. Aidan Zafir. Kalau rasa panjang, just call me Sayang, then," jawab Zafir selamba.

"What?! Serius lah kau tengah try aku sekarang?? Aku lelaki kot?!" Soal Haikal macam tak percaya.

"So what? Nampak macam saya kisah ke awak lelaki ke perempuan??"

"So maknanya memang betul lah yang kau tengah try aku kan??" Soal Haikal lagi. Dahinya berkerut seribu.

"Yeah,"

"So, kau ni.. gay lah??" Dia teragak-agak nak tanya, tapi dia tetap kena tanya untuk kepastian.

"If loving you make me a gay, then its a yes," terangkat terus alis mata Haikal dengan jawapan spontan Zafir itu. Makin resah dia jadinya sekarang.

"Ma- macam mana kau boleh suka aku? Ki- kita kenal pun tak.." suaranya gugup sedikit.

"Awak sure yang kita tak kenal?"

"Ha? Maksud kau??" Soalan Haikal itu membuatkan Zafir mengeluh panjang. Riak wajahnya terus berubah sedikit masam. Dia ingatkan, budak ni boleh terus ingat dia bila dah bagi hint macam tu, rupanya memang tak ingat langsung.

"Awak fikirlah sendiri. Its not fair kalau saya aje yang ingat kat awak," balas Zafir sebelum meninggalkan Haikal yang masih terpinga-pinga di ruangan tersebut.

"Kitaorang pernah jumpa ke??"

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now