Bab 26

632 28 1
                                    

LANGIT gelap itu Hud pandang dengan perasaan yang masih keliru. Pagar beranda itu menjadi tempat dia menyandarkan tangan sambil menikmati angin malam di rumah teres dua tingkat tersebut. Fikirannya tak habis fikir lagi tentang kejadian petang tadi.

Macam mana dia boleh nampak Khalif sebagai Khaisarah sedang hatinya kuat beranggapan yang Khalif adalah pembunuh kepada arwah kekasihnya sendiri? Tapi, semakin dia sangkal, semakin goyah pendiriaanya. Betul ke keputusannya untuk berdamai dengan suspek pembunuh Khaisarah itu?

"Hud?," Puan Aida yang dari tadi perasan anak bujangnya itu sedang termenung di beranda rumah, menyapa perlahan dari belakang. Terus Hud menoleh ke belakang.

"Eh, Umi.." balas Hud.

"Termenung apa tu? Dari tadi Umi tengok Hud diam aje kat sini? Ada masalah apa-apa ke?" Soal Puan Aida.

"Tak ada apa pun Umi. Hud cuma teringatkan Sarah aje," jawapan Hud itu membuatkan Puan Aida tersenyum nipis.

"Orang yang istimewa ni, memang susahkan kita nak lupa??" Tubuh Puan Aida pula disandarkan pada pagar besi beranda tersebut.

"Uhm, rindu ni, tuhan aje yang tahu Umi,"

"Umi faham. Umi pun merasa juga kehilangan orang yang Umi sayang, Umi cinta," balas Puan Aida. Ayat itu membuatkan Hud menoleh lagi ke arah ibunya.

"Macam mana Umi hadap waktu mula-mula ayah tinggalkan kita dulu, ya?" Soal Hud.

"Sejujurnya, waktu mula-mula ayah pergi dulu pun, Umi tak kuat macam Hud juga. Umi rasa macam dunia Umi ni dah hancur. Lagi-lagi bila Umi fikir yang Umi kena hidup atas bumi ni seorang-seorang tanpa dia lagi. Sakit sangat Hud," wajah Puan Aida berubah sedikit suram.

"Umi," Hud menggosok perlahan belakang tubuh Puan Aida. Emosi sedih yang ditunjukka oleh ibunya itu dapat Hud rasakan.

"Tapi apa aje pilihan yang Umi ada? Ayah tinggalkan Umi dengan amanah yang Umi kena jaga. Hud, dan Along," ucap Puan Aida sebelum menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada Hud.

"Umi," Hud tidak bercakap panjang sebelum mendakap erat tubuh Puan Aida.

"Ish anak bujang Umi yang seorang ni. Dah besar panjang pun nak manja-manja dengan Umi juga ya??" usik Puan Aida.

"Terima kasih sebab masih bertahan untuk Hud dan Along, Mi,"

"Tak ada apa lah Hud. Tu memang tanggungjawab Umi. Cuma, yang Umi minta sekarang," tubuh Hud dileraikan dari pelukan itu oleh Puan Aida.

"...Umi nak Hud kuat juga macam Umi. Umi yang perempuan ni pun boleh kuat, takkan anak bujang Umi yang sado, macho, hensem ni tak boleh kan??" Sambung Puan Aida lagi.

"Baik Umi, Hud cuba,"

"Bagus! Macam tu lah anak Umi," sekali lagi senyuman manis dihadiahkan untuk Hud.

"Umi, boleh Hud tanya something?" Soal Hud tiba-tiba.

"Tanya apa?"

"Uhm, apa yang buatkan Umi nampak Khalif tu macam Sarah, ya?" Soalan itu membuatkan Puan Aida berfikir sekejap.

"Hmmm, Umi rasa semua fasal dia Umi nampak macam arwah Sarah. Muka dia, cara dia bercakap, gaya dia, dan yang paling ketara, senyuman dia tu. Ni Umi nak tanya, Sarah tu memang betul-betul tak ada adik kan??" Soal Puan Aida.

"Setahu Hud, tak ada. Sebab Sarah tak pernah pula cerita fasal adik dia dengan Hud. Sarah sendiri cakap yang dia anak tunggal. Kenapa Umi tanya??"

"Tak ada lah. Mana tahu si Khalif tu adik Sarah ke?? Sebab serupa betul Umi tengok dia dengan Sarah. Cuma Khalif tu versi lelaki lah,"

"Umi pun rasa macam tu?" Hud pula menyoal.

"Haah. Hud pun rasa yang sama??" Soalan itu dibalas dengan anggukan oleh Hud.

"Uhm,"

"Tak apa lah. Sekurang-kurangnya, tuhan hantarkan juga seseorang untuk kita lepaskan rindu pada Sarah, kan?"

"Harapnya begitu lah Umi," wajah Hud dibuang ke tempat lain. Melihat reaksi Hud, Puan Aida tahu benar apa yang anak bujangnya itu fikirkan.

"Hud," tangan Puan Aida sekali lagi diletakkan di atas sebelah bahu Hud.

"...Hud masih fikir yang Khalif tu pembunuh Sarah ke?" Soal Puan Aida dengan nada sedikit perlahan.

"Entah lah Umi. Hud pun tak tahu. Hud betul-betul tengah keliru sekarang. Hud yakin yang dia memang dah bunuh Sarah, tapi tak tahu kenapa hati Hud ni kuat rasakan yang Khalif tak buat benda tu," Hud mulai meramas lembut rambutnya.

"Hud, macam ni lah. Apa kata Hud kenal dulu si Khalif tu betul-betul? Orang kata, tak kenal maka tak cinta kan? Umi faham Hud tak nak sia-siakan kematian Sarah, tapi Hud kena rasional juga. Umi takkan halang Hud cari bukti. Tapi kalau Hud tak jumpa juga bukti tu, Umi nak Hud terima sepenuh hati yang Khalif tu bukan pembunuh Sarah, okay?" Cadang Puan Aida.

"Okay Umi," Hud sekadar mengangguk perlahan mengiyakan apa yang uminya itu cadangkan.

***

Jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Namun mata Khalif masih lagi celik menghadap laptopnya. Nak tak nak, dia kena siapkan kerjanya sebagai unit media itu malam ni juga. Khalif memang begitu orangnya. Jadualnya telah tersusun rapi dan dia perlu menyiapkan segala aktiviti seperti apa yang dia telah rancang di dalam jadual.

Mengikut jadual harian yang telah dia rancang, dia perlu menyiapkan beberapa lagi video pengenalan bakat bagi Program Bintang Universiti, dan poster yang berkaitan. Seketika, dia memandang sekeliling ruangan tersebut. Nampaknya seperti dia seorang saja yang ada di situ.

Ah tak kisah lah, asalkan kerja dia siap. Bukan apa, cuma dia tak suka tangguhkan kerja. Makin ditangguh, makin banyak kerja. Macam apa yang selalu dipesan oleh arwah kakaknya. Hidup perlu selalu terancang dan jangan bertangguh.

Lagi pun, dia dah minta tolong Haikal ambil dia jam 12 nanti. Takut juga dia nak balik lewat malam sangat. Buatnya apa-apa jadi? Alang-alang si Haikal tu pun pergi main badminton dengan kawan mereka yang lain sampai jam 12, boleh lah dia menyusahkan sikit kawan baiknya itu.

Pap

Sedang dia leka membuat kerja, pintu ruangan itu tiba-tiba dibuka oleh seseorang. Cepat-cepat Khalif menoleh ke arah lelaki yang masuk tadi. Kelihatan, Hud yang sedang berpakaian seperti ingin bersukan, meluru masuk. Gayanya seperti sedang mencari sesuatu. Melihat kelibat Khalif di situ, terus Hud menghentikan tindakannya.

"Khalif? Asal tak balik lagi?" Soalnya hairan.

"Eh, Abang Hud? Ss- saya siapkan kerja sikit ni ha," jawab Khalif. Segak pula si Hud ni bila berpakaian sukan begitu. Nampak, seksi.

"Ouh. Banyak lagi ke kerjanya tu? Kalau banyak, balik lah dulu. Esok kan ada?" Nasihat Hud. Tubuhnya masih ke hulu ke hilir mencari sesuatu.

"Tak apa, sikit aje lagi ni. Abang? Cari apa tu?"

"Aku punya charge telefon. Tertinggal tadi. Ada nampak?"

"Tadi saya ada nampak charger. Dekat plug hujung sana. Cuba abang cek?" Bibirnya dijuih ke plak yang dia maksudkan.

"Ouh jumpa dah. By the way, kau nanti balik dengan siapa?" Soal Hud sambil memasukkan pengecas telefon itu ke dalam beg galasnya.

"Err.." saat itu, muncul idea nakal Khalif.

"...ingatkan nak call Haikal nanti. Tapi kalau dia tak angkat, terpaksa lah saya tidur sini," tipu Khalif. Alah, bukan selalu dia tipu. Saja dia nak tengok, Hud ni ada common sense ke tidak.

"Lah, kalau macam tu, nanti kau dah habis buat kerja, call aku. Biar aku aje yang hantar kau balik," pelawa Hud. Maka, berbahagialah hati Khalif saat itu.

"Tak- tak apa ke bang? Tak susahkan abang ke?" Soalnya pura-pura rasa bersalah.

"Tak ada apa lah. Kau call aje. Nanti aku pick up,"

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now