Bab 31

696 29 2
                                    

SEUSAI keluar dari tandas, Haikal menapak ke arah bilik badan khas untuk menyambung kerjanya tadi. Baru saja dia nak masuk, tiba-tiba tangannya ditarik oleh seseorang. Hampir nak gugur jantung Haikal dibuatnya, namun riak wajah Haikal terus berubah masam saat melihat kelibat Zafir yang muncul.

"Hai cutey boy," sapa Zafir manja. Bola mata Haikal diguling ke tepi.

"Datang dah bala," sengaja dia menguatkan nada suaranya.

"Ni bukan bala sayang, ni jodoh namanya," cepat saja Zafir dapat idea untuk manipulasi ayat Haikal tadi. Budak itu terus membuat reaksi seperti ingin muntah.

"Abang nak apa datang sini?"

"Nak apa lagi? Jumpa Haikal lah," jawab Zafir.

"Sorry ya, kalau nak mengunyit sila pergi tempat lain. Kawasan ni dilarang keras," balas Haikal sebelum cuba menyambung langkahnya tadi.

"Jom keluar?!" Zafir terus meloncat di hadapan Haikal menghentikan langkah budak itu.

"Ish! Abang ni dah kenapa nak loncat-loncat macam orang gila? Buang tebiat ke apa?!" nada suaranya mulai meninggi. Kalau dia ada sakit jantung tadi, mahu innalillah dia dibuatnya.

"Nak ajak Haikal keluar lah. Jom?"

"Tak nak. Banyak kerja kena buat,"

"Alah, kerja tu bila-bila boleh buat. Nanti abang tolong. Jom lah keluar, please?" Pinta Zafir sebelum memuncungkan bibirnya manja.

"Eeiish!! Keluar pergi mana?!" rungut Haikal. Kecil-besar kecil besar aje dia pandang mamat mata sepet depan dia ni.

"Pergi.. tengok wayang? Ke Haikal nak makan? Ha! Kita pergi makan kek nak? Haikal suka kek red velvet kan?" cadang Zafir teruja.

"Ish, lain kali aje lah ya? Saya banyak kerja ni, tahu tak?" wajah sebek dibentukkan oleh Haikal.

"Aish, abang bukan nak paksa, tapi abang rindukan Haikal. So, terpaksa lah abang paksa Haikal ikut abang even terpaksa juga kan?" Pantas Zafir menarik tangan Haikal menuju ke tempat keretanya diparkir.

"Abang!!"

Sementara di dalam bilik badan khas, Hud masih lagi menunggu apa-apa mesej dari Zafir. Tadi, sempat dia menyuruh Zafir angkut Haikal pergi mana-mana sebab dia ada benda nak kena settle dengan Khalif. Sebenarnya saja dia tipu Zafir, sedangkan dia cuma nak luangkan masa berdua dengan Khalif.

Ting!

Zafir
Aku dah settlekan Haikal. Pandai-pandai lah kau ya? Good luck bro.

Bibir Hud mengukirkan senyuman nipis. Sejak akhir-akhir ni ada saja perkara gila yang dia sanggup buat untuk raih perhatian Khalif. Contohnya? Macam sekarang lah. Suruh kawan baiknya itu menculik kawan baik Khalif semata-mata ingin berduaan dengan budak itu.

Khalif pula sudah mula nampak gelisah. Kejap-kejap dia melihat ke arah pintu masuk ruangan tersebut. Hatinya mulai risau sebab Haikal tak balik-balik lagi dari tandas. Bukan main lama lagi mamat tu dalam tandas. Dia buat kerja ke dalam rumah syaitan tu?

"Zafir mesej abang, dia cakap dia bawa Haikal pergi makan tadi," entah macam mana panggilan 'aku' yang selalu disebut boleh bertukar menjadi 'abang'. Canggung pula benda tu bila Khalif dengar.

"Ouh, oo- okay," dalam hati Khalif, dah terbakar dah dek perangai Haikal yang tak reti nak bagitau dia awal-awal. Main pakai pergi macam tu aje! Habis tu, dirinya macam mana sekarang?

"Khalif dah makan?" soal Hud lembut. Memang kekoklah bila Hud bersikap lemah lembut begitu. Macam orang kena rasuk pun ada.

"Belum," sepatah dia menjawab.

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now