Bab 9

648 25 0
                                    

SEMUA padah terdiam setelah Hud melafazkan sebaris ayat itu. Keadaan menjadi agak janggal bila semua yang ada di situ tak tahu apa yang perlu dibalas. Bagi yang lain, hasil gambar milik Khalif sangat cantik dan unik. Gambar suasana alam semula jadi yang segar memang sesuai menjadi penyedap mata, tambahan pula dengan adanya jejaka tampan di dalam gambar tersebut sebagai objek. Memang tak dapat disangkal, gambar yang Khalif tangkap boleh dikategorikan sebagai sebuah masterpiece.

"Apa kau cakap?!" Haikal tiba-tiba bangun dan bersuara, memecahkan kejanggalan di ruangan itu.

"Apa? Salah ke apa yang aku cakap?"soal Hud sambil menyilangkan tangan di dadanya. Senyuman sinis diukir pada hujung bibirnya.

"Kau ni memang kurang aj-"

"Pertama," pantas dia memotong ayat Haikal, "gambar ni diambil oleh someone yang aku benci," Hud mengalihkan pandangannya ke arah Khalif yang sedang menunduk ke bawah. "Kedua, tak malu ke ambil gambar orang tanpa izin?" sinis soalan yang Hud lemparkan lalu ketawa sinisnya dihamburkan. "Dan yang terakhir, kau siapa nak suka-suka hati submit gambar aku dalam pertandingan tu? Terdesak sangat ke nak menang?"

"At least, gambar ni dapat markah penuh dari lecturer. Kau tu sepatutnya bersyukur sebab orang macam Khalif yang pandai ambil gambar, jadikan kau sebagai objek! Lagi pun, gambar tu menang sebab skill dia, bukan sebab kau pun?" balas Haikal pula sebelum matanya diguling ke tepi. Menyampah betul dengan mamat acah bagus yang seorang ni.

"Huh, boleh tahan kepoh juga ya member kau ni, pembunuh?" ayat Hud itu membuatkan ruangan tersebut mulai riuh dengan bisikan-bisikan dari yang lain.

Mulut Khalif sudah terkunci dari mengeluarkan sepatah kata. Yang hanya mampu dia lakukan sekarang cuma lah membatu di tempat duduknya sambil menunduk ke bawah. Tangannya digenggam erat dan dia benar-benar berharap yang dia dapat lepas dari situasi tegang ini. 

"Adik kena lawan, you should never let him turn you down," suara bisikan yang tiba-tiba kedengaran ke dalam corong telinganya membuatkan mata Khalif sedikit membulat. Dia terus mengangkat wajah dan mencari kalau-kalau Khaisarah sedang berada di situ.

Wajah yang tadinya berkerut, berubah terkejut saat kelibat Khaisarah kelihatan sedang berdiri di sebelah Hud. Khalif langsung tidak mengerdipkan matanya walau sesaat seakan tak percaya dengan apa yang sedang dia lihat sekarang. Adakah dia sedang bermimpi? Macam mana bayangan arwah kakaknya boleh ada di sini?

"Asal kau pandang aku macam tu? Tak puas hati?" soal Hud, agak panas hati dengan pandangan Khalif terhadapnya. 

"Pffttt.." terbocor ketawa Khalif saat melihat bayangan Khaisarah yang sepertinya sedang mengejek tindakan Hud tadi. Mereka yang lain pula, mulai berbisik-bisik sesama sendiri.

"Apa yang kelakar ha?!" nada suara Hud mula naik seoktaf.

"Khal, kau dah kenapa ni? Kau okay tak?" melihat perilaku Khalif yang aneh itu, Haikal berbisik di sebelahnya.

"Kak Sarah," balas Khalif perlahan.

"Ha??"

"Aku nampak Kak Sarah tengah ejek Abang Hud kat depan," bisik Khalif lagi.

"Apa kau merepek ni, Khal?"

"Korang bisik-bisik apa tu ha?! Mengumpat aku?!" jerkah Hud.

"Ma- mana ada!" balas Khalif.

"Dah tu?! Kalau kau tak puas hati dengan aku, cakap depan-depan! Biar semua yang ada dalam ni boleh dengar apa yang pembunuh macam kau nak cakap dekat aku!" walaupun kata-kata Hud itu agak keterlaluan, namun Khalif masih mampu untuk terus bertenang.

Dari sudut pandang Khalif, dapat dia saksikan yang bayangan Khaisarah sedang memberikan isyarat untuk dia mempertahankan dirinya. Khalif tahu yang Khaisarah pasti tidak suka bila melihat adik kesayangannya dipermalukan depan orang ramai sebegitu rupa. Perlahan, Khalif menarik nafasnya dalam-dalam sebelum matanya memandang tepat ke dalam anak mata Hud.

"Apa hak awak nak cakap hasil kerja saya sampah?" soalan Khalif itu membuatkan Haikal sedikit terkejut. Panggilan abang tiba-tiba bertukar kepada 'awak', membuatkan kening Hud bertaut. Entah kenapa rasanya seperti bukan Khalif yang sedang bercakap sekarang.

"Hh- ha?"

"Awak ingat saya sengaja ke ambil gambar awak?" soal Khalif lagi. "Huh, perasan! Siapa yang tak malu sekarang?!" dia kemudiannya tertawa sinis membuatkan yang lain juga turut sama tertawa.

Kerana berang dengan apa yang Khalif katakan, Hud menghentak kuat tangannya ke atas meja sebelum berdiri dengan memalingkan wajah marahnya ke arah Khalif. Matanya kini jelas memaparkan api yang sudah marak menyala. Sejak bila entah budak yang satu ni pandai melawan? Sebelum ni tak pernah pula dia bersikap macam tu?

"Apa kau cakap?! Aku tak malu?!" saat itu, Hamzalah cuba menenangkan Hud dengan memegang tubuhnya kalau-kalau Hud akan melakukan sesuatu yang diluar jangkaan.

"Yes! Memang pun! Dari awal kita jumpa, you keep saying that I am a murderer. Tapi satu bukti pun awak tak ada. Awak tak malu ke?" lagi soalan dari Khalif yang menambahkan marak api dalam hati Hud.

"Itu sebab aku tak jumpa lagi lah bodoh!" tempelak Hud. Khalif masih tenang, tangannya pula disilangkan ke dada.

Sementara Haikal yang melihat tindakan Khalif itu seakan tak percaya dengan apa yang sedang dia saksikan sekarang. Sejak bila Khalif pandai melawan pula ni? Ada apa-apa ke yang dah merasuk dalam tubuh mamat tu sampai dia boleh berkelakuan begitu?

"Sekarang siapa yang bodoh? Awak atau saya?" soalan itu memarakkan api kemarahan dalam hati Hud. "Sebab kalau awak bijak, mesti awak dah jumpa bukti tu kan? Dua tahun dah berlalu, takkan sampai sekarang pun masih tak jumpa?" provok Khalif sambil menghadiahkan senyum sinis ke arah Hud. Entah dari mana dia dapat akal untuk menjawab pun, dia tak tahu. Yang dia tahu, minda dan mulutnya seolah bertindak secara automatik selepas kelibat Khaisarah muncul.

"Apa masalah kau ha, sial?!" amarah Hud tak dapat lagi dibendung.

"Sabar Hud, semua tengah tengok ni. Apa pula dorang kata nanti?" bisik Hamzalah, cuba menenangkan lelaki itu.

"Awak tanya apa masalah saya? Awak tu yang masalah! Sejak kita jumpa, awak asyik tuduh saya pembunuh! Padahal awak tak pernah kenal pun siapa saya! Pernah awak cari tahu fasal saya?! Pernah?!" tengkingan Khalif itu membuat mereka yang lain padah terdiam membuatkan suasana dalam ruangan tersebut menjadi sunyi.  "Selama ni saya cuba tahan dengan sikap kurang ajar awak! Tapi hari ni, bila awak dah malukan saya depan semua orang, awak ingat saya nak diam diri aje ke?! Kalau Kak Sarah ada, mesti-"

"Kau tak layak cakap fasal Sarah!" 

"Awak yang sepatutnya tak layak cakap fasal Kak Sarah!" Khalif membalas semula tengkingan Hud itu. Suasana di ruangan mesyuarat itu benar-benar tengah tegang sekarang.

"Khal, aku rasa cukup lah tu. Takkan kau nak gaduh fasal semua ni sekarang kot?" pujuk Haikal yang sudah tidak senang duduk.

"Tak, Kak Sarah tak suruh aku berhenti lagi," balas Khalif. Makin berkerut dahi Haikal dengan jawapan kawan baiknya itu. Memang sah yang Khalif dah kena sampuk dengan hantu Khaisarah.

"Hey Hud, berpijak lah di bumi yang nyata. Awak kononnya cuba untuk tolong Kak Sarah, tapi hakikatnya awak sendiri tak tahu apa yang awak tengah buat sekarang," sambung Khalif lagi.

"Kau ingat kau siapa nak cakap aku macam tu ha?!" 

"Satu aje lah yang saya nak pesan. Awak cuba kenal saya dulu, baru awak boleh buktikan sama ada saya ni betul-betul pembunuh arwah girlfriend awak, atau bukan," ucap Khalif sebelum mengangkat kaki untuk keluar dari ruangan tersebut.

"Khal, kau nak pergi mana ni?!" sempat Haikal menarik sebelah tangan Khalif.

"Balik," sepatah saja Khalif menjawab sebelum dia menyambung langkahnya kembali, tidak peduli dengan semua yang sedang berada di dalam ruangan tersebut.

Namun, belum sempat kakinya melangkah keluar, kepala Khalif mulai terasa berat. Nafasnya semakin lama semakin hilang dan pandangannya pula mulai kabur. Lama-kelamaan, sekeliling Khalif bertukar gelap dan akhirnya dia rebah jatuh ke lantai. Sebelum sempat matanya tertutup, bayangan Khaisarah yang sedang senyum sambil menunjukkan isyarat bagus dapat dilihat jelas oleh Khalif.

"Khalif!"

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now