Bab 34

680 27 0
                                    

KHALIF ralit memandang skrin laptopnya. Sesekali dia mencuri-curi pandang ke arah Hud yang sangat fokus dengan kerjanya, selang beberapa kerusi dari tempat Khalif sedang duduk sekarang. Senyuman nipis diukirkan sebelum dia sambung kembali fokusnya ke arah skrin laptop. Jam menunjukkan pukul 10 malam. Saja dia dan Hud buat kerja sampai lewat malam begitu sebab nak berdua-duaan.

Sejak mereka di ruangan tersebut petang tadi, tak ada langsung ruang untuk mereka bermesraan memandangkan ada saja ahli unit program Bintang Universiti yang akan buat kerja di situ. Sekarang, ada lah sedikit ruang untuk mereka berduaan. Namun nampaknya, masing-masing sedang fokus menyelesaikan tugasan program tersebut.

"Abang, poster yang Khalif bagi, abang dah cek dah?" Soal Khalif memecahkan kesunyian di bilik tersebut. Hud yang tadinya sedang memeriksa sesuatu pada beberapa helaian kertas yang sudah dikepilkan, lantas menoleh ke arah Khalif.

"Poster yang mana ya?"

"Poster persembahan khas," jawab Khalif.

"Eh, bukan poster tu sepatutnya Hannah yang buat ke?" Dahi Hud berkerut.

"Haah. Tapi hari tu Hannah ada suruh Khalif tolong cekkan. Lepas dah ubah sikit, itu yang Khalif hantar kat abang untuk periksa," jelas Khalif. Hud pula terus membulatkan mulutnya.

"Kejap lagi abang cek, abang nak settlekan fasal masalah kewangan ni kejap," balas Hud lalu sambung memeriksa kertas tadi.

Khalif pula sekadar mengangguk sebelum fokusnya terganggu dek kerana wajah Hud yang begitu mempersonakan saat dia sedang membuat kerja. Wajah fokus Hud sangat-sangat membuatkan jantung Khalif berdegup laju. Walaupun hubungan mereka semakin hari semakin baik, tapi Khalif masih punya rasa malu pada Hud. Tak pernah lah dia gedik atau manja-manja dengan Hud.

Dagunya diletakkan pada tangan yang ditongkatkan ke atas meja sambil merenung wajah Hud yang sedang fokus itu. Senyuman manis terbit pada hujung bibir Khalif. Saat itu, tiada apa yang mampu membuatkan Khalif mengalihkan pandangannya dari terus merenung ke arah wajah tampan milik Hud. Kadang dia tertanya, apa sebenarnya status hubungannya dengan Hud?

Ada juga dia berniat nak tanya fasal tu pada Hud, tapi takut Hud ingat dia yang beriya-riya pula. Hud pun satu, biar kan dia terkapai-kapai tanpa kata putus. Kalau sekarang mereka dalam fasa bercinta, cuba bagitahu? Tak ada lah si Khalif ni asyik tertanya-tanya. Tapi apakan daya? Biar waktu sajalah yang menentukan segalanya.

Ting!

Mesej pada telefon Hud membuatkan skrin telefon pintar itu terbuka. Khalif yang perasan tentang hal itu, terus tersenyum lebar bila perasan yang Hud menggunakan gambar yang dia ambil sewaktu di air terjun dulu sebagai latar belakang. Jantung yang tadi berdegup kencang, kini semakin menggila. Apa saja yang Hud tu buat, jantung Khalif mesti berdegup kencang. Like almost everything!

"Cantik sangat ke gambar haram tu, sampai abang jadikan wallpaper?" sindir Khalif. Hud pula terus menoleh ke arah skrin telefonnya sebelum mengukirkan senyuman.

"Tak salah guna gambar sendiri sebagai wallpaper kan? Dah gambarnya pun cantik?" Balas Hud. Matanya masih ralit memeriksa helaian kertas tadi.

"Tengok lah siapa yang tangkap gambar tu kan?"

"Tengok lah gambar siapa yang ditangkap, kan?"

"Iya lah, abang menang! Ambil!" balas Khalif sebelum memuncungkan bibirnya. Hud sekadar memandangnya sekilas saja sebelum menggelengkan kepala dan tersenyum.

"Kerja Khalif dah siap ke?" Soal Hud.

"Nak siap dah. Abang? Banyak lagi?" soal Khalif pula.

"Agak lah. Kalau dah siap, Khalif call Haikal untuk balik dulu pun tak apa. Tak payah tunggu abang," cadang Hud.

"Abang tak nak Khalif tunggu abang ke?" Sekali lagi, bibirnya dimuncungkan.

"Bukan tak nak, tapi takut tak fokus. Sebabkan Khalif aje, dah berapa kali abang salah kira harga makanan ni," rungut Hud.

"Okay, Khalif minta maaf. Kejap, Khalif call Haikal," ucap Khalif dengan nada terpaksa. Kalau dah itu yang Hud nak, boleh ke dia membantah? Namun, belum sempat dia nak cari nombor Haikal, cepat-cepat telefonnya itu dirampas oleh Hud.

"Khalif nak call Haikal betul-betul ke?" Sebelah alis mata Hud dijongket ke atas.

"Iya lah? Takut kalau Khalif kat sini lama-lama, tak siap pula kerja abang tu," ucap Khalif dengan wajah bingungnya. Comel dari sudut pandang Hud.

"Haih budak kecil ni, abang gurau aje lah tadi,"

"Ha?" Dahi Khalif berkerut. Mamat ni nak apa sebenarnya?

"Sanggup ke Khalif tinggal abang seorang-seorang kat sini?" Soal Hud. Nadanya sedikit manja.

"Ikutkan hati, memang lah tak. Tapi dah kalau abang tak boleh fokus, terpaksa lah Khalif balik kan?" Jawab Khalif. Kemudian, Hud terus mengubah kedudukannya ke sebelah Khalif sebelum melagakan muncung hidungnya pada hidung Khalif. Khalif tersentap dengan perlakuan tiba-tiba Hud itu.

"Kenapa Khalif comel sangat ya malam ni?" Soal Hud. Mendengar pujian itu, wajah Khalif mulai memerah.

"Comel ke?" soalnya sambil memandang ke bawah.

"Rasa macam nak gomol,"

"Gomol lah," selamba aje dia menjawab. Terus dia menekup mulutnya.

"Betul ni?" wajah Hud di dekatkan pada wajah Khalif. Perlahan, Khalif memegang kedua belah pipi Hud. Walaupun dah beberapa kali dia dapat tengok Hud dekat-dekat macam ni, degupan jantungnya masih tak mampu dia kawal.

"Khalif sayangkan abang," ucapnya perlahan, tapi dapat ditangkap ke dalam corong telinga Hud. Senyuman nipis diukirkan.

"Banyak mana?" Hud mengajukan soalan. Mengada!

"Khalif tak reti bagi ayat manis-manis, tapi Khalif sayang abang macam bintang kat langit. Banyak," ucap Khalif. Bertambah lebar senyuman pada wajah Hud. Kenapa dia ni comel sangat?

"Kalau abang cakap abang tak sayang Khalif?" wajah dengan mata yang bersinar-sinar tadi, perlahan-lahan sirna dan berubah muram setelah Hud menyoal begitu.

"Apa Khalif boleh buat? Tunggu aje lah. Macam Khalif tunggu abang 4 tahun sebelum ni?" wajah Hud masih dipegang oleh Khalif. Dahi Hud pula yang berkerut,

"Khalif tunggu abang dah 4 tahun?" saat itu, baru Khalif sedar yang dia sudah tersilap cakap.

"Errr.. haha, gurau," hanya itu yang mampu dia ucapkan untuk berdalih. Hud tahu itu bukan satu gurauan, tapi dia malas nak tanya lebih-lebih.

Cup

Terus Hud mengucup lembut bibir munggil milik Khalif. Ciuman yang longgar tadi, makin lama semakin erat. Tangan Khalif, kedua-duanya perlahan-lahan merangkul leher Hud. Sementara tangan Hud pula sudah melingkar ke pinggang kecil Khalif. Kemudian, Hud mengangkat tubuh genit itu duduk ke atas ribanya. Lalu, ciuman itu dinikmati untuk beberapa ketika.

"Abang pun sayangkan Khalif," ucap Hud seusai ciuman tadi terjeda seketika. Khalif membalasnya dengan senyuman sebelum menyambung kembali ciuman tadi.

"....malam ni, abang tidur rumah Khalif boleh?"

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now