Bab 35

714 22 3
                                    

SEUSAI pulang ke rumah Khalif tadi, dia dan Hud terus menyalin pakaian dan buat keputusan untuk berehat. Sempat Khalif menyembunyikan bingkai gambarnya bersama Khaisarah sebelum Hud menyedari tentang perkara tersebut. Malam itu, Hud mengenakan singlet berwarna hitam dan berseluar pendek, menampakkan bentuk tubuh badannya yang sasa itu.

Manakala Khalif pula, hanya memakai baju t-shirt berwarna putih dan seluar yang bercorak kotak-kotak berwarna biru. Hud sudah terlelap di sebelah Khalif sambil berbaring menghadapnya. Namun Khalif, masih tidak dapat tidur. Ada dua sebab kenapa dia tak dapat tidur, yang pertama sebab jantungnya sedang berdegup laju.

Yang kedua, sebab Hud sedang berbaring sambil berpakaian seksi di sebelahnya. Saat itu, Khalif hanya mampu memandang ke syiling sambil meneguk keras air liurnya beberapa kali. Sudah lah ini pertama kali mereka berbaring di atas katil yang sama, sebelah menyebelah pula tu. Sebelum ni kalau di rumah Hud, mereka tidur di bilik yang berasingan.

Tapi di rumahnya? Terpaksa mereka tidur sekali memandangkan rumah tersebut hanya mempunyai 2 bilik. Bilik Khalif, dan bilik papanya. Sesekali, Khalif cuba memandang ke arah Hud, namun dia alihkan pandangannya semula sebab takut Hud terjaga. Karang tak fasal-fasal kantoi pula yang dia sedang tengok Hud waktu mamat tu tengah tidur. Kan nampak macam pervert di situ?

Iman Khalif sedikit goyah malam itu. Dahinya sudah mengalirkan beberapa titis keringat walau realitinya, penghawa dingin sudah lama terpasang. Macam mana lah dia nak tidur lena kalau si buah hati pengarang jantung sedang terbaring betul-betul di sebelahnya sekarang? Menghadap dia pula tu!

Khalif perlahan-lahan menarik nafasnya, lalu dihembuskan untuk menenangkan fikiran. Kemudian, dia memusingkan tubuhnya menghadap Hud, sebelum wajah tampan lelaki itu dia pandang. Saat itu, dia sudah tidak peduli kalau-kalau Hud akan terjaga waktu dia merenung wajah lelaki itu nanti. Asalkan dia dapat memuaskan nafsunya melihat putera menawan itu beradu.

"Tak penat ke?" Suara bisikan Hud itu membuatkan Khalif sedikit terkejut.

"Aa- abang tak tidur lagi?!" Soal Khalif kaget. Baru aje cakap, dah terbangun mamat ni. Hud kemudian membuka matanya sebelum mengukirkan senyuman.

"Tak boleh tidur. Sebab Khalif kat sebelah," mendengar ayat itu, entah macam mana Khalif boleh tergelak. Boleh pula perasaan mereka sama. Ingatkan Khalif seorang aje yang rasa macam tu.

"Pfftt.."

"Kenapa Khalif gelak?"

"Abang tu, comel, haha," balas Khalif dalam keadaan berbisik.

"Khalif pun," perlahan, sebelah tangan Hud diletakkan pada wajah Khalif sebelum anak mata mereka saling menatap antara satu sama lain. Suasana pula, mulai berubah menjadi romantis. Eceh!

"Khalif tak mimpi kan?" Soal Khalif.

"Khalif rasa?"

"Macam mimpi,"

"Sebab?"

"Abang pun ada perasaan pada Khalif?"

"Siapa cakap?"

"Tak eh?"

"Tak cakap pun?" Khalif memuncungkan bibirnya.

"Abang ni main-main lah," ditepuknya dada lelaki itu manja. Hud tersenyum nipis.

"Bagi abang masa untuk proses perasaan ni?" Pinta Hud.

"Berapa lama?" Soal Khalif.

"Sampai abang yakin?" Khalif terjeda seketika.

"Uhm, okay," jawabnya sekerat. Hud tersenyum lagi.

"Dulu, nak tengok Khalif pun abang tak selera. Sekarang? Sehari tak tengok, boleh mati agaknya," manis ayat Hud itu, berona jadinya wajah Khalif. Pandai saja mamat tu cari ayat untuk buat Khalif tak keruan.

"Tu lah orang kata, jangan benci sangat. Kan dah tersuka?" ucap Khalif selamba. Saja nak mengusik Hud. Buat sekian kalinya, Hud tersenyum lagi.

Cup!

Pantas Hud mengucup hujung bibir Khalif. Macam tak ada tempat lain aje nak dikucupnya. Bukannya si Khalif tu tak ada dahi, atau pipi. Bibir juga yang menjadi sasaran Hud. Terus merona wajah Khalif sekali lagi.

"Abang tak rindu Kak Sarah ke?" Soalan Khalif yang tiba-tiba itu membuatkan Hud terkedu seketika.

"Kenapa Khalif tanya macam tu?"

"Tak ada lah, mana tahu rindu ke?"

"Kalau rindu pun, apa boleh abang buat?" Khalif mati kata. Tak tahu dia nak balas apa. Pandangannya dibuang ke tempat lain.

"Abang," Khalif memanggil Hud dengan nada sedikit manja. Pertama kali dia cuba bersifat begitu. Sesuatu tiba-tiba muncul dalam fikirannya.

"Uhm?" Mata mereka sekali lagi saling bertemu.

"Sampai sekarang, Khalif masih letak satu penghalang antara Khalif dengan abang," ucap Khalif. Kening Hud bertaut.

"Penghalang? Maksudnya?"

"Khalif masih berjaga-jaga dengan abang. Still behave,"

"Sebab?"

"Khalif tak tahu apa impression abang pada Khalif,"

"Khalif nak abang tengok Khalif macam mana?"

"Tengok Khalif macam yang abang selalu tengok sekarang, cuma.." ayatnya sengaja dimatikan di situ.

"Cuma?"

"Cuma boleh ke Khalif nak buang penghalang tu sekarang?" kening Hud bertaut lagi. Tak faham sebenarnya apa yang Khalif cuba sampaikan.

"Apa akan jadi kalau penghalang tu dibuang?" Soal Hud.

"Jadi macam ni-" Khalif terus mendapatkan bibir Hud sebelum dilumatnya bibir lelaki itu penuh nafsu. Pada mulanya Hud agak terkejut, lama-lama dia hanya terima dan mereka mulai menikmati ciuman tersebut.

Dalam kehangatan ciuman tersebut, Khalif membangkitkan tubuhnya sebelum dia mengalihkan tubuhnya itu ke atas badan sasa milik Hud. Kaki Khalif kini mengepit pinggang lelaki tersebut. Hud cuba merangkul tubuh Khalif, namun Khalif menangkap kedua tangannya sebelum dikunci ke atas. Saat itu, seolah-olah Khalif yang sedang mendominasi keadaan.

"Mmpphh," Khalif mendesah kecil saat Hud menggigit manja bibirnya. Dalam posisi tadi, ciuman tersebut perlahan-lahan dileraikan sebelum mata mereka saling bertentangan.

"Khalif nak abang," tak pernah Hud dengar nada manja begitu, keluar dari mulut Khalif. Makin mencanak nafsunya ketika itu. Terus dia mendapatkan Khalif dan menjatuhkan tubuh kecil lelaki itu ke bawah.

"Macam ni ke kesannya lepas Khalif buang penghalang tu?" Soal Hud dengan suara seksinya. Khalif sekadar mengangguk perlahan tanpa memandang Hud. Wajahnya sudah mulai memerah.

"...lepas ni, jangan pasang balik penghalang tu," arah Hud sebelum ciuman tadi bersambung semula, namun semakin ghairah.

Hud mencapai alat kawalan penghawa dingin di meja kecil sebelah katil sebelum mematikan alat penyaman udara tersebut. Kemudian, dia terus membuka singlet hitam miliknya sebelum tubuh kekar milik lelaki itu ditayangkan ke arah Khalif. Makin bergocak iman lelaki kecil tersebut tika itu.

Kucupan mereka disambung lagi, hingga akhirnya kucupan itu membuatkan masing-masing menanggalkan satu-persatu pakaian yang masih melekat pada tubuh. Makin lama, suasana menjadi semakin hangat. Peluh pada tubuh, langsung tak dihiraukan mereka, malah menjadi penambah rasa untuk adegan ironi mereka malam itu.

"Abang- ss- sakit," mata Khalif ditutup rapat. Gigi pula diketip rapat, cuba menahan kesakitan apabila sesuatu yang besar, dipaksa masuk melalui lubang di belakangnya.

"Tahan sikit sayang," ucap Hud.

Lama-lama, rasa sakit itu mulai sirna dan rasa nikmat berkunjung tiba. Entah macam mana malam itu boleh jadi malam yang paling bersejarah dan takkan dapat mereka lupakan sampai bila-bila. Tidak pernah terfikir langsung dalam hidup Hud yang dia akan terlanjur buat perkara itu lagi-lagi bersama seorang lelaki. Tapi apa mahu dihairankan? Lelaki itu bukannya orang lain, Khalif juga.

Seperti yang biasa dia katakan, dengan Khalif saja dia tak dapat mengawal diri. Biar lah malam itu menjadi saksi, bahawa hati mereka mulai menyatu, dan perasaan mereka semakin utuh. Malam itu diakhiri dengan rasa puas antara mereka. Puas kerana dapat mereka lampiaskan rasa cinta dan nafsu yang sekian lama mereka cuba untuk tahan, namun akhirnya meletus juga.

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now