"Wei, Zach." "Kau pahal El? Macam risau semacam je." "Aku tak sedap hatilah Zach. Asisten grandpa baru call tadi. Dia suruh aku ke Jepun sekarang."
"Yeke? Ok, ok. Baik kau pergi sana. Sini semua dah settle." "Ok. Thanks bro and congratulations to you."
Lalu Elvis berlari mendapatkan keretanya dan bergerak ke rumah datuknya."
"Eh, kenapa dengan si Elvis tu?" "Oh Alvera. Tu ha, datuk dia suruh dia pergi ke Jepun sekarang. Tiba-tiba aje." "Maybe, dia kena kahwin paksa kot dengan datuk dia." Kata Alan kepada Zach.
"Ish, aku rasa taklah, Lan. Datuk kan dah letak syarat. Tak mungkinlah datuk mungkir janji. Kita doa yang baik-baik jelah."
Setelah sampai di Jepun,
"Tuan muda! Sini, sini!" Jerit asisten datuknya memanggil gelaran Elvis.
"Tell me, what happen to grandpa, hah?" "Setelah kami tiba di Jepun, Tuan Xavier tiba-tiba jatuh sakit lalu kami terus bergerak ke hospital untuk mendapatkan rawatan."
"Kemudian, doktor ingin berjumpa dengan waris Tuan Xavier. Sebenarnya, tuan melarang saya untuk tidak memberitahu tentang perkara ini kepada tuan muda tetapi saya tidak sampai hati untuk merahsiakannya."
"It's okay, now let's go."
"Doktor, warisnya dah sampai." "Awak waris Tuan Xavier Henson?" "Ye saya cucunya. Kenapa doktor nak jumpa?"
"Saya ialah Doktor Hakashi. Doktor yang bertanggungjawab dalam rawatan penyakit datuk awak. Macam ni, saya harap awak bersabar ye."
"Kenapa doktor?" Tanya Elvis dengan hairan.
"Penyakit datuk awak sudah sampai tahap yang paling akhir. Kemungkinan bila-bila sahaja dia boleh, awak faham-faham jelah." "Saya faham doktor." "So, saya harap awak boleh tunaikan permintaan dia buat kali terakhir."
"Tuan Xavier, cucu tuan dah sampai. Dia datang jenguk tuan kat sini." "Datuk, Elvis datang ni." Mengalir air mata Elvis di hadapan datuknya.
"Kenapa kamu menangis Elvis?" "Datuk, Elvis nakal kan selama ni. Elvis nak minta maaf dengan datuk. Apa yang datuk nak, Elvis akan tunaikan."
"Apa yang kamu cakap ni Elvis? Datuk tak faham." "Datuk, Elvis akan tunaikan semua permintaan datuk untuk kali terakhir. Elvis janji, Elvis tunaikan."
YOU ARE READING
ELVIS HENDRIX (COMPLETE✔️)
RomansaSeorang lelaki badboy yang benci akan cinta disebabkan kisah silamnya dahulu. Tetapi, hadir seorang perempuan yang berjaya mengubah dirinya menyebabkan dia telah jatuh cinta kepadanya. 𝐄𝐥𝐯𝐢𝐬𝐇𝐞𝐧𝐝𝐫𝐢𝐱𝐗𝐀𝐥𝐯𝐞𝐫𝐚𝐀𝐧𝐝𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧