"Tuan, tetamu tuan telah sampai." "Baiklah, kejap lagi saya turun."
"Tuan muda, sila tunggu sebentar di sana. Sebentar lagi Tuan Dannie datang." "Baiklah."
"Elvis Hendrix, cucu kepada Xavier Henson." Kata Dannie kepada Elvis.
"Ya saya. Adakah tuan...?" "Saya ialah rakan datuk kamu, Tuan Dannie Aerson." "Oh, selamat pagi Tuan Dannie." "Selamat pagi dan silakan duduk."
"Saya dengar Xavier sedang sakit di Hospital Jepun." "Benar tuan. Datuk sedang sakit tenat di sana."
"Jadi, mari kita teruskan tentang topik utama. Benarkah kamu mahu berkahwin dengan anak perempuan saya?" "Ya, benar tuan. Saya ikhlas berkahwin dengan anak perempuan tuan."
"Baiklah. Saya ingin menemukan kamu dengan anak perempuan saya tetapi dia sekarang sedang berada di rumah sahabatnya. Mungkin, kamu tidak akan dapat berjumpa dengannya."
"Tidak apa tuan. Biarlah rahsia." "Oh, jadi bilakah tarikh untuk majlis perkahwinannya?" "Secepat mungkin tuan."
"Wow, sangat cepat ya!" "Saya tidak mahu tangguh terlalu lama kerana saya sekarang menetap di UK." "Kebetulan, anak saya juga akan ke UK untuk sambung belajar di sana." "Lagipun, datuk sedang sakit tenat jadi, saya ingin mempercepatkan majlis." " Ya ya, saya faham maksud kamu, Elvis." "Jadi, anak tuan mahu ke UK bila?"
"Lagi 2 minggu dia akan ke UK. Sekarang dia tengah prepare barang apa yang patut untuk bawa ke sana." "Oh, kalau begitu, minggu depan sajalah kita langsungkan majlisnya iaitu pada waktu malam hari Sabtu."
"Kamu mahu buat pada waktu malam?" "Ya tuan. Saya ingin buat pada waktu malam." "Baiklah, saya akan bertanya kepada anak perempuan saya nanti."
"Baiklah tuan." "Er, kamu hendak ke Jepun bila ye? Kerana saya ingin melawat datuk kamu juga." "Lusa saya akan ke Jepun menaiki jet peribadi datuk."
"Ooo baiklah. Oh hampir saya terlupa, macam mana dengan pakaian pengantin?" "Saya akan uruskannya pada hari esok dan semua urusan saya yang bertanggungjawab cuma pihak perempuan hanya perlu sediakan lokasi untuk majlis diadakan."
"Oh baiklah. Saya akan cari lokasi yang sesuai untuk majlis perkahwinan kamu berdua."
"Kalau begitu, saya minta diri dulu tuan. Apa-apa hal saya akan bagitau secepat mungkin." "Baiklah."
YOU ARE READING
ELVIS HENDRIX (COMPLETE✔️)
Storie d'amoreSeorang lelaki badboy yang benci akan cinta disebabkan kisah silamnya dahulu. Tetapi, hadir seorang perempuan yang berjaya mengubah dirinya menyebabkan dia telah jatuh cinta kepadanya. 𝐄𝐥𝐯𝐢𝐬𝐇𝐞𝐧𝐝𝐫𝐢𝐱𝐗𝐀𝐥𝐯𝐞𝐫𝐚𝐀𝐧𝐝𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧