Bab 3♡

1.9K 143 5
                                    

NUH memerhatikan Lily yang makan di depannya. Manisan yang berbentuk kek dipesannya itu diberikan kepada Lily. Nuh jugalah yang membuang segala kulit-kulit udang dan sayur-mayur yang tidak dimahukan Lily.

“Nuh ni material betul.” Puji Rina tiba-tiba.

 Nuh tersenyum nipis.

“Papa kata kalau betul cinta kita kena layan perempuan tu macam ratu. Memandangkan Lily bukan isteri Nuh lagi jadi Nuh rasa Nuh perlu layan dia macam princess.” Tenang saja bicara Nuh.

Rina tersenyum. Senang hati sebenarnya bila dia mendengar bicara adiknya itu.

“Sayang pun nak kena layan macam princess?” soal Khaleel.

“Abang Khal tu kahwin dulu dengan Kak Rina. Nuh tak percaya layanan manis Abang Khal tak bermakna apa-apa. You’re dangerous.” Ujar Nuh ringkas namun cukup padat. Khaleel menjuihkan bibir. Tak percaya sangatlah dia sedang berubah menjadi lebih baik. Khaleel faham Rina memang mempesona.

Rina tersengih.

“Lepas kahwin ya, Khal.” Pujuknya lembut.

“Okey, sayang.” Akur sajalah.

“Lily suka ke Nuh?” Soal Khaleel pada gadis muda itu.

Lily mengangguk.

“Lily ni comel tau. Kalau dia adik aku memang aku dah gigit pipi dia.” Ujar Khaleel sambil menompang dagu.

“Eh, jangan macam-macam.” Celah Nuh.

Khaleel menjuihkan bibir.

“Bila kau orang berdua nak naik pelamin? Tak sabar sangat dah nak tengok pasangan paling comel jadi suami dan isteri.” Omel Khaleel sambil menompang dagu. Dia memerhatikan Nuh dan Lily bersilih ganti.

“Nuh nak Kak Rina dan Abang Khal kahwin dulu.” Mudah saja jawapan Nuh.

“Hm. Tarikh nikah lambat lagi…” gumam Khaleel.

“Apa yang lambatnya? Lagi dua minggu je.”

“Sayang. Dua minggu tu bagi saya macam dua tahun tau!” Ujar Khaleel dengan bersungguh. Rina hanya menggelengkan kepala apabila mendengar bicara bakal suaminya itu. Akal Khaleel ni panjang sungguh.

“Nuh nak?” soal Lily sambil menghulurkan udang yang dikupas kepada Nuh.

“Erm…” Nuh kemam bibir.

“Aaaaa. Lily suap.”

“Eh, ta-tak apa. Nuh boleh suap sendiri.” Tolak Nuh dengan lembut tetapi huluran Lily tetap disambut juga. Lily ni hatinya rapuh.

Melihat Nuh makan pun sudah buat Lily tersenyum.

“Lepas ni kita pergi arked nak?” soal Khaleel.

“Nak!” teruja Rina dibuatnya. Sudah cukup lama dia tidak menjejakkan kaki di situ semenjak mama dan papanya punya anak kecil.

+++

MELIHAT di sana Lily nampak Khaleel dan Rina sedang lawan menjaringkan bola keranjang. Nuh menarik sedikit lengan baju Lily membuatkan Lily menoleh memandang Nuh yang menatapnya.

“Jom main game tembak-tembak.” Gamitnya.

Lily ikutkan saja.

Nuh memasukkan syiling khas lalu mereka berdua memulakan permainan. Sememangnya Lily tidak pandai kerana seumur hidupnya ini kali pertama. Semasa ayah saudaranya keluar dengan Nuh dan yang lain untuk pergi ke arked Lily demam panas jadi terpaksalah dia duduk di rumah.

​ꪀꪊ​ꫝWhere stories live. Discover now