LILY yang tertidur berbantalkan ribanya diusap dengan lembut. Comel betul isteri Nuh ni terus mengantuk lepas pulang dari bertemu doktor. Nuh memandang Encik Afif yang melabuhkan punggung atas sofa bertentangan dengan mereka.
“Tenangnya Lily tidur.” Tegur Encik Afif bersama-sama senyuman senang.
“Itulah pa. Jaga Lily masa mengandung ni tak adalah banyak kerenah sangat. Senang aje nak jaga dia.” Tutur Nuh sambil mencuit lembut pipi Lily. Bebrrapa helai rambut yang menuruni pipi Lily dan berhenti dipipi Lily diselit semula pada belakang telinga si isteri.
Encik Afif tersengih senget.
“Senang? Nuh tengoklah dan rasa sendiri baru Nuh boleh tahu senang atau susah nak melayan perempuan mengandung ni.”
“Papa tenang aje layan mama masa mama mengandung?”
“Bukan papa nak riaklah. Papa ni pro dah. Nuh tu baru je nak mula berkeluarga jadi kena banyak belajar lagi. Papa dah mahir. Air muka mama pun papa dah faham. Sekali tem- Aww!!” Encik Afif menjerit kuat tatkala sideburn ditarik dengan perlahan.
Encik Afif menoleh memandang ke belakang.
“Jangan tarik sideburn abang, sayang. Tak hensem abang nanti.” Tegur Encik Afif dengan lembut tatkala dia melihat muka marah si isteri.
“Abang jangan nak memandai ajar Nuh bukan-bukan. Gatal abang tu simpan sendiri saja. Jangan nak suruh Nuh jadi gatal macam abang.” Tegur Puan Raifa dengan tegas.
“Ya, abang minta maaf!”
Puan Raifa melepaskan sideburn si suami. Encik Afif lekas saja mengurut sideburn miliknya sebaik saja dilepaskan. Perit wooo. Meskipun mereka berdua semakin berusia tetapi kekuatan si isteri tiada tolak bandingnya. Hampir lupa. Dia jatuh cinta pada isterinya mengapa.
“Nuh…” seru Encik Afif.
Nuh menatap wajah papanya.
“Perempuan garang ni kan paling ganas atas katil. Macam mama.”
“Abangggggg!” suara geram Puan Raifa membuatkan ketawa Encik Afif meletus. Encik Afif melompat dari pukul Puan Raifa lalu dia lekas berlari sambil dikejar Puan Raifa. Nuh tak nampak kelibat mama dan papanya tapi Nuh masih boleh dengar suara papanya ketawa suka dan mamanya merengus marah.
Nuh mengukirkan senyuman nipis.
Nuh mengaku mamanya agak garang dan papanya jenis mengusik. Makin memuncaklah geram mamanya bila diapi-apikan. Tapi sebab mamanya garanglah papa makin sayang.
Nuh menunduk mengusap pipi Lily.
“Sayang dia.”
+++
“NUH…” tubuh Nuh dikejutkan dengan perlahan dan lembut. Nuh mengusai sedikit. Namun, Nuh tidak bangkit. Sebaliknya, Nuh menarik tubuh Lily ke dalam pelukan. Lily menolak perlahan tangan Nuh lalu dia keluar dari pelukan itu.
“Nuhhhhh!”
“Kenapa Lily? Awal lagi ni. Esok-esoklah…” tegur Nuh sambil cuba mencapai tangan Lily dengan mata yang terpejam. Lily menarik lengan Nuh supaya duduk. Sememangnya Nuh mamailah bila diperlaku pegitu.
“Lily nak makan…”
“Makan apa?”
“Lily nak makan daging naga…” dengar aje perkataan naga Nuh terus buka mata. Mana pulak dia nak cari naga? Takkan dia nak bagi Lily makan daging biawak pulak?!
“Naga mana wujud, Lily…” tegur Nuh.
Lily sudah tercebik-cebik. Tubir mata juga bertakung dengan air mata. Nuh menghela nafas lalu dia meraup wajah. Pipi Lily diusap lembut dan ditekup penuh kasih sayang.
“Naga tak wujud, Lily. Mana Nuh nak kauk daging naga untuk Lily?” soal Nuh dengan nada lembut.
“Ta-tapi Lily nak jugak daging naga. Lily nak makan sangat. Lily teringin.”
“Daging lain boleh? Ayam ke lembu ke arnab ke…”
“Lily nak daging naga! Lily nak makan daging naga!” ujar Lily bersama-sama tangisan kuat. Nuh makin bertambah resah lalu dia menghela nafas. Mahu atau tidak Nuh turun juga dari katil lalu dia menuju ke dapur.
Mana pulak dia nak cari daging naga?
Nuh belek peti sejuk. Daging ayam adalah. Hmm…
“Abang Nuh buat apa malam-malam ni?” soal Ael sambil mendekati si abang. Masih terpisat-pisat. Dia datang dapur sebab nak ke tandas. Alang-alang dia nampak abang dia ada di sini dia singgahlah.
“Lily nak makan daging naga.”
“Naga? Celah mana nak cari naga? Buaya banyaklah.”
“Abang Nuh tengah memikirlah ni. Tak bagi nanti kempunan. Dahlah Lily mengandung…” gumam Nuh lagi.
“Apa kata Abang Nuh buat aje ayam tu macam daging naga. Kacuk-kacuk sikit dengan ikan.”
“Tak baiklah tipu Lily…”
“Habis tu Abang Nuh nak kauk mana daging naga? Bagitahu Ael sekarang.” Soal Ael dengan tegas.
Nuh diam.
“Sini Ael tolong. Kalau biar Abang Nuh buat sendiri sampai pagi esok tak siap.” Tutur Ael seraya menyinsing lengan bajunya. Dia selalu ambil kerja sambilan di sebuah kedai makan sebagai tukang masak. Jadi segala masakan dia tahu.
Nuh ikutkan saja idea adik lelakinya itu.
Seusai siap, Nuh bawa masuk ke dalam bilik. Lily masih lagi menangis sambil berselubung dalam selimut.
“Meh makan. Nuh dah beli daging naga.” Katanya seraya menghidangkan daging naga itu pada Lily. Penuh teruja Lily mencapai dan menjamah makanan yang diberikan Nuh. Senyum Nuh bila Lily menghabiskan makanan dalam pinggan sehingga licin.
Nuh ambil pinggan kosong tu.
“Nuh nak ke mana?” soal Lily sayu.
“Nuh nak hantar pinggan ni sekejap. Nanti Nuh masuk bilik.” Tutur Nuh dengan lembut sebelum dia melangkah keluar. Nuh pergi ke dapur. Ael masih ada di situ. Minum teh kosong panas.
“Terima kasih, Ael.”
“Sama-sama…” balas Ael bersahaja.
Nuh tersenyum lantas dia kembali masuk ke bilik seusai dia siap mencuci pinggan.
Ael yang memerhatikan abangnya terus menguntumkan senyuman yang senang. Dia tahu yang abangnya itu telus mencintai kakak ipar mereka itu sebabnya Ael sudi bantu.
ANDA SEDANG MEMBACA
ꪀꪊꫝ
RomanceKata orang cinta pandang pertama itu manis. Tapi bagi Lily, kelat rasanya. Nuh penuh enigma. Nuh buat Lily keliru dengan rasa hati sendiri. Nuh kata Nuh cinta. Tapi mengapa pernikahan mereka ditunda? Nuh kata Nuh cinta tapi kenapa perasaan sayangnya...
