Bab 23♡

2.1K 143 6
                                    

“LILY…” terpisat-pisat Lily bangun tatkala dia dikejutkan oleh Nuh. Mata dibuka sedikit memandang Nuh yang duduk dibirai katil sambil memerhatikan seraut wajahnya. “Bangun, Lily.” Ujar Nuh lagi.

“Kenapa Nuh?” meskipun mamai Lily tetap menyoal.

“Nuh nak pergi pasar tani. Lily nak ikut tak? Kalau tak nak duduk aje rumah dengan mama.” Katanya. Lily mengangguk sebagai tanda dia mahu ikut. Nuh menarik lembut lengan Lily lalu isterinya itu duduk.

Lily menyandar pada dada Nuh.

Nuh ketawa.

“Kata nak ikut. Cepatlah mandi.” Ujar Nuh seraya mencuit lembut hidung Lily. Comel aje.

“Dukungggg.” Pinta Lily dengan mata terpejam. Dia memaut leher Nuh. Nuh melayankan saja kerenah si isteri. Turun dari katil Nuh menarik Lily dicempungnya. Berat? Tipulah kalau Nuh kata tak berat. Biasalah berbadan dua. Selalunya jisim tubuh Lily ringan saja. Tapi jisim bertambah disebabkan bayi yang dikandung Lily.

Masuk dalam tandas, Nuh tolong bukakan baju Lily. Air pancuran dibuka.

“Nuh, sejuk!”

“Kejap Nuh tukar jadi air panas.” Jenuh Nuh nak pusing paip. Lily punya pasal Nuh layankan ajelah.

“Nuh jom mandi sekali.”

“Nuh dah mandi. Lily mandilah.”

“Mandikan Lily. Please?” pinta Lily seraya mengerdipkan matanya. Nuh mrncubit geram pipi Lily. Comel betul.

Nuh menyinsing lengan bajunya lalu dia mandikan Lily.

Seusai itu, Nuh membantu Lily keluar dari tandas. Baju dipakai Lily sementara Nuh pula menunggu untuk mengeringkan rambut Lily. Lama juga Nuh pandang Lily sedang bersiap. Meskipun perut membuyung tapi Lily nampak sangat cantik. Seri ibu mengandung mungkin.

“Mari Nuh keringkan rambut Lily.” Gamit Nuh. Lily terus saja melabuhkan punggung di atas ribaan Nuh dan membiarkan Nuh menguruskan rambutnya. Lily mengukirkan senyuman senang.

Layanan Nuh sejujurnya makin romantis dari hari ke hari dan Lily sangat sukakannya!

+++

TIBA saja di pasar tani haluan Nuh dengan adik beradiknya berpisah. Tiga serangkai itu berjalan bersama-sama sementara Nuh semestinya dengan Lily. Tangan Lily digenggamnya erat untuk memastik isterinya tidak tersesat.

Di sini ramai orang. Maka, Nuh khuatir Lily akan hilang.

Segala jenis makanan yang Lily mahukan Nuh layankan saja memandangkan Lily sedang mengandung. Sementara mereka berjalan langkah Lily mati apabila dia terserempak dengan figura seseorang yang kelihatan terkejut.

 “Lily…”

Melihat wajah itu, air muka Lily yang girang terus berubah muram. Lily bersembunyi dibelakang Nuh. Meskipun begitu, Nuh pula kelihatan belum mengerti. Nuh melemparkan pandangan ke arah figura itu.

“Siapa kau?” soal Nuh ingin tahu.

Lily takut. Jadi mungkin Lily kenal seseorang yang sebelum ini pernah menakutkan ieterinya itu.

“Fathi’.”

“Kau yang perangkap Lily supaya berjumpa dengan mak dia? Kau sebab Lily tak boleh lupa parut dibelakang dia.” Marah Nuh.

Fathi’ menelan liur.

“Aku minta maaf, Nuh. Aku buat sebab aku nak ibu sayang aku juga.”

“Apa maksud kau ni?”

“Ak-aku dan Lily sebenarnya kembar. Tapi ibu hanya terima Lily sementara dia pisahkan aku dengan dia. Ibu hantar aku kepada adik dia. Aku membesar di sana. Itu sebabnya aku dan Lily sebaya…”

Nuh merenung tajam muka Fathi’ dengan wajah tidak puas hati.

“Habis kalau kau betul kembar atau abang Lily. Kenapa kau sanggup korbankan adik kau demi disayangi ibu kau sendiri?”

“Aku terpaksa.”

Nuh ketawa sinis.

“Kau bukan terpaksa. Kau pentingkan diri. Kau sanggup korbankan adik kau sendiri demi peroleh perhatian ibu kau. Kau tak fikir apa jadi pada Lily asalkan kau bahagia. Dahlah. Aku harap ini aje kali terakhir kau jumpa aku dan Lily. Aku harap kau tak kacau hidup kami lagi.” Ujar Nuh seraya menarik Lily rapat dengannya.

“Na-nanti, Nuh! Aku datang nak minta maaf pada Lily.” Laju Fathi’ menahan Nuh dari membawa Lily pergi.

“Lily, Fathi’ minta maaf…”

Lily menyembamkan wajah pada badan Nuh. Tak mahu menatap wajah Fathi’. Fathi’ menelan liur.

“Lily…”

Lily merentap kasar tangan Fathi’ dari menyentuhnya. “Don’t touch my wife!” tegas Nuh. Tubuh Lily dipeluk erat.

“Nuh. Kau tak faham ke aku nak minta maaf pada Lily? Aku rasa serba salah sangat pada Lily. Betapa lamanya aku tak jumpa dengan Lily sampai dia mengandung pun aku tak tahu.”

“Nu-Nuh…” seru jom kita balik.

Nuh pandang Fathi’ dan kemudian Nuh kembali menatap si isteri. Pandangan sayu Lily buat hati Nuh makin rasa pilu.

“Jom.” Nuh mengiringi Lily untuk berjalan dengannya.

Lily menoleh sekilas memandang Fathi’ yang masih merenung mereka berdua. Baju Nuh digenggam erat.

​ꪀꪊ​ꫝTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang