Bab 11♡

2.3K 154 7
                                    

LILY duduk di atas sofa bersebelahan dengan Puan Raifa yang sedang menonton televisyen. Banyaklah masa terluang untuk Puan Raifa memandangkan kembar tiga itu yang membantu mengasuh adik-adik mereka. Lily nampak saja Nuh sedang melangkah keluar terus Lily melompat mendekati Nuh.

Puan Raifa tergelak kecil. Sekali lihat memang Lily sudah serupa arnab yang girang bertemu dengan pasangan.

“Nuh nak ke mana?” soal Lily polos.

“Nuh nak pergi kedai. Nuh nak beli barang sikit. Papa suruh-.” Tak sempat nak menghabiskan bicara Lily memotong dengan pantas.

“Lily nak ikut Nuh!” tawar Lily dengan penuh semangat.

“Tak perlulah Lily. Nuh nak pergi kejap je. Lily duduklah dengan mama.” Lembut Nuh menolak.

“Lily nak ikut Nuh!”

“Lily…”

Lily terus saja memeluk batang tubuh Nuh membuatkan Nuh terkebil-kebil. Tangan comel Lily yang memeluknya cuba dileraikan tetapi Lily enggan. Ah, sudah. Rasa macam kena gam gajah dah.

“Lily, janganlah buat macam ni.”

“Lily nak ikuttttt!” rengek Lily lagi.

“Nuh bawalah Lily. Bukannya Nuh jalan kaki. Nuh naik motor kan.” Tegur Puan Raifa dengan lembut. Nuh ni tak romantis langsung. Bukan tak romantis. Anak lelakinya ini tak pandai nak romantis.

“Lily mana pernah naik motor.” Gumam Nuh. Tapi dia tak mahulah melawan cakap mamanya. Nanti mamanya kecil hati mahu dia tak lena tidur. Mahu atau tidak dia keluar sajalah dari rumah dengan Lily yang masih melekat serupa gam gajah.

Jalan mengengkang dia dibuatnya sebab Lily tak mahu melepaskan pelukan.

“Kita naik kereta ya?” ujar Nuh.

“Tak nak. Nak naik motor!”

“Lily mana pernah naik motor. Selama Nuh bawa Lily sentiasa naik kereta saja.”

“Lily teringin nak naik motor. Nuh tak kesiankan Lily ke? Nuh tak sayang Lily?” soalan manja itu buat Nuh tak sampai hati hendak menolak. Baru aje Nuh hendak menjawab Lily jengulkan muka sebelah lehernya sambil mengerdipkan mata.

Comel…

“Nuh tak sayang Lily ke?”

“Sayanglah.”

“Kalau Nuh sayang Lily jomlah naik motor.” Pujuk Lily lagi. Nuh menghela nafas perlahan. Susahlah dapat isteri jenis pandai bermanis mulut.

“Jomlah.” Akur juga akhirnya. Girang Lily bersorak bila Nuh bersetuju. Pelukan dilepaskan bila Nuh tiba di depan motor. Nuh panjat motor dia terus hidupkan enjin. Lily pula terus duduk dibelakang Nuh.

“Peluk Nuh kuat-kuat. Nanti Lily jatuh.” Pesan Nuh. Lily terus saja peluk Nuh dengan erat tanpa banyak soal.

Lantas, motor dipandu keluar dari pekarangan rumah.

+++

TIBA di kedai, Lily turun. Dia memerhatikan Nuh menongkat motor sebelum mematikan enjin. Tangan Nuh ditarik untuk digenggamnya. Nuh membiarkan saja memandangkan Lily ni makhluk yang mudah sesat.

Budak-budak lagi senang jaga berbanding menjaga Lily.

“Lajunya Nuh bawak tadi. Macam nak terbang Lily.” Cerita Lily sambil membuka langkah. Nuh ketawa kecil.

Itu sebabnya dia suruh Lily peluk kuat-kuat. Nuh kalau bawa motor memang berhantulah jawabnya. Raga dipegang menggunakan tangan kanan sementara tangan kirinya pula dipegang Lily.

“Banyak ke barang nak beli?”

“Tak banyak mana. Lily melekat saja dengan Nuh. Nanti Nuh pula yang jenuh nak mencari Lily.” Tutur Nuh dengan nada lembut. Lily mengangguk perlahan sebagai tanda dia akur.

Semua barang lengkap dicari. Kalau tadi Lily pegang tangan Nuh. Sekarang Nuh pula yang pegang tangan Lily. Bukan apa. Lily ni kalau nampak sesuatu yang menarik matanya memang dia akan pergi ke situ. Jadi untuk mengelakkan Lily merayap Nuh pegang tangan Lily.

Lily melekat ajelah dengan Nuh.

“Eh, Nuh!” teguran suara perempuan membuatkan pandangan Nuh dan Lily masing-masing beralih ke arah Anais yang mendekati mereka bersama-sama senyuman manis. Teris Lily memeluk lengan Nuh secara drastik. Nuh kerling sekilas tingkah Lily tapi dia memandang wajah Anais.

“Oh, Kak Anais.”

“Mana Reiss?” soal Anais dengan senyuman.

“Abang Reiss memang tak tinggal dengan keluarga Nuh. Dia tinggal sendiri.” Balas Nuh dengan senyuman nipis.

“Nuh tahu ke dia tinggal mana?”

“Abang Reiss tak benarkan bagitahu sebab Kak Anais suka kacau dia. Abang Reiss kata dia rima-.” Bibir Lily lekas saja ditekup. Nuh mengukirkan senyuman tawar pada Anais apabila melihat air muka Anais berubah.

“Abang Reiss sibuk. Nuh tak ada masa melawat dia sebab Nuh juga sibuk.”

Anais mengangguk faham. Sepasang matanya menatap Lily yang merenungnya.

“Apa pun, Nuh. Anais dah lama tak nampak Nuh. Nuh makin segak ya?” tegur Anais seraya melangkah mendekati Nuh. Tangan Anais baru berura mahu menyentuh bahu Nuh tapi ditepis kasar oleh tangan comel Lily.

Nuh terkebil-kebil bila Lily mengalih kasar tangan kekarnya dari menekup bibir comel si isteri.

“Jangan sentuh suami Lily!” Tegas Lily bersama-sama muka garang. Sepasang mata tajam merenung muka Anais.

Anais mencebik.

“Kak Anais tak berkenan pun pada Nuh. Kak Anais berkenan pada Reiss saja. Tapi tak apalah. Kak Anais balik dulu.” Pamit Anais. Lantas terus dia membuka langkah meninggalkan pasangan itu. Lily sampai ke sudah merenung kelibat Anais.

“Lily…” tegur Nuh dengan lembut.

“Nuh ni Lily punya. Suami Lily.” Ucap Lily seraya memeluk pinggang Nuh. Nuh tersenyum nipis. Biarkan saja Lily memeluk pinggangnya. Rambut Lily diusap lembut. Nuh tahu Lily sayang sangat padanya.

Lily seperti obses pada dia. Tapi bagi Nuh, obses Lily tak menakutkan. Obses Lily pada dia sangat comel.

“Nuh Lily punya je kan?” soal Lily.

“Ya, Nuh ni Lily je yang punya. Orang lain tak boleh ambil Nuh.” Balas Nuh dengan tenang. Iyakan sajalah sebelum si isteri mula mahu menangis pula bila dia nafikan. Al-maklumlah, Lily ni rapuh hatinya.

Nuh kena jaga elok-elok.

Alahai Lily…

​ꪀꪊ​ꫝTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang