PULANG saja ke rumah, Lily terus meluru masuk ke dalam bilik. Nuh menggosok belakang kepalanya bersama-sama keluhan. Tiga serangkai pun aneh dengab gelagat kakak ipar mereka yang luar dari kebiasaan.
“Nuh? Kenapa dengan Lily?” tegur Puan Raifa hairan.
“Tadi jumpa budak jahat yang komplot dengan mak Lily tu. Nuh tak tahulah Lily tiba-tiba jadi moody. Nuh pergi pujuk Lily dulu.” Pamit Nuh dengan sopan lalu membuka langkah menuju ke arah biliknya.
Puan Raifa hanya diam.
Pintu bilik dikuak.
“Lily…” seru Nuh seraya melangkah masuk ke dalam bilik. Nuh nampak Lily duduk diatas katil sambil memeluk lututnya. Terus saja Nuh mendekati Lily tanpa berlengah. Nuh mendapatkan Lily.
“Lily…”
“Nuh percaya ke apa yang dia cakap tadi?” soal Lily dengan nada perlahan. Suara isterinya serak saja.
“Urm…” Nuh tak tahu sejujurnya.
“Apa yang dia cakap tu tipu. Lily aje satu-satunya anak ibu. Lily tak pernah kenal dia seumur hidup Lily. Tapi Lily tahu ibu ada ambil seorang budak jadi anak angkat dia sebab kadang kala ibu merungut Lily ni bodoh. Lily tak macam budak normal.” Cerita Lily dengan wajah sayu.
Nuh mengusap lembut rambut Lily.
“Janganlah sedih. Nuh tahu isteri Nuh ni seorang yang cerdik. Lily bukan bodoh tapi Lily polos.” Tegur Nuh dengan lembut.
“Nuh. Lily merayu sangat pada Nuh supaya jangan pernah percayakan apa yang dia kata. Mungkin Nuh nampak macam dia jujur nak minta maaf tapi hakikatnya dia tu lidah bercabang. Cukup Lily terperdaya dengan dia dulu. Lily tak nak Nuh pula yang tertipu.”
Nuh diam.
Lily memegang erat tangan Nuh. Seraut wajah suaminya dipandang dengan penuh bersungguh.
“Nuh dengar cakap Lily ya? Jangan percayakan dia.” Pesan Lily.
Nuh mengangguk.
“Nuh takkan percayakan dia kalau itu yang Lily mahu. Lagipun, Nuh sendiri tak mahu pisang berbuah dua kali. Orang yang terkadang nampak baik dan nampak akrab ini sebenarnya gunting dalam lipatan.”
Lily tersenyum.
Tubuh Nuh dipeluk dengan erat.
“Lily nak keluarga kita hidup bahagia. Tanpa gangguan sesiapa pun.”
“Nuh pun…”
+++
NUH berteleku sendiri di tengah ruang tamu meskipun tika itu sudah lewat malam. Tahu menahu saja Encik Afif melabuhkan punggung disebelah Nuh. “Kenapa resah saja muka ni?” tegur Encik Afif dengan lembut.
“Pa. Nuh ada terfikir nak pindah keluar dari sini lepas Lily habis berpantang…” gumam Nuh dengan nada yang cukup perlahan.
“Itu niat Nuh. Lily setuju?”
“Lily setuju saja. Tapi, Nuh risau mama dan papa…” tak sempat Nuh hendak menghabiskan bicara Encik Afif sudah memegang lembut kepala anak lelakinya itu. Nuh memandang seraut wajah Encik Afif yang kelihatan berusia.
“Nuh dan Lily sudah punya keluarga sendiri. Semua keputusan terletak di tangan Nuh dan Lily. Papa dan mama tak berhak nak tentukan kehidupan Nuh dan Lily.” Tenang saja bicara Encik Afif.
Nuh mengetap bibir.
“Cumanya, tinggal sendiri dan tinggal dengan papa memang berbeza.” Ucap Encik Afif lagi.
“Nuh faham tu, papa.”
“Jaga Lily baik-baik. Jangan sakitkan hati dia. Isteri ni rapuh, Nuh. Nak bunuh jiwa dia sangat senang. Kita nak bahagiakan dia pun senang dengan syarat kita mengambil berat dan memahami dia.”
Nuh mengangguk faham.
“Papa…”
“Hmm?”
“Terima kasih sebab besarkan Nuh. Terima kasih didik Nuh dengan baik sampai Nuh membesar jadi manusia.” Ucap Nuh telus.
Encik Afif mengukirkan senyuman hambar. Bahu Nuh ditepuk lembut.
“Macam mana papa nak lepas tangan kalau papa penyebab Nuh lahir ke dunia ni? Lagipun, tanpa Nuh macam mana papa nak dapat mama? Jadi papa yang kena ucap terima kasih pada Nuh sebab Nuh jadi anak yang baik. Papa bertuah sebenarnya dapat anak macam Nuh.” Nuh pula sebak bila dengar papa dia kata begitu.
Nuh tanpa segan silu memeluk tubuh Encik Afif.
Pelukan itu juga dibalas dengan ikhlas.
Nuh janji dengan diri dia yang dia akan tiru kerenah papanya menjaga mamanya. Kerana bersama papa, mamanya sangat bahagia. Maka itu, akan dipraktikkan untuk hari yang mendatang kerana Nuh mahu menjadikan Lily wanita paling bahagia.
YOU ARE READING
ꪀꪊꫝ
RomanceKata orang cinta pandang pertama itu manis. Tapi bagi Lily, kelat rasanya. Nuh penuh enigma. Nuh buat Lily keliru dengan rasa hati sendiri. Nuh kata Nuh cinta. Tapi mengapa pernikahan mereka ditunda? Nuh kata Nuh cinta tapi kenapa perasaan sayangnya...