Bab 6♡

1.9K 143 10
                                    

HARI ini Nuh merajinkan diri mengikuti Lily ke sebuah kedai makan kerana mereka berdua diajak Ayyim dan Ayana yang merangkap sepupu Nuh juga makan di situ. Lagipun, Nuh sudah lama tidak bersua muka dengan Ayyim. Sedikit sebanyak rindu jugalah dia hendak berbual mesra dengan Ayyim.

Mujurlah, ketika Nuh dan Lily tiba Ayyim dan Ayana sudah ada di situ. Sebelum mereka duduk lagi dua beradik itu sudah menjadi perhatian. Nuh tak dapat nafikan bahawa Ayana memang cantik. Tapi Ayyim juga tidak kurangnya. Matang Ayyim memang tak boleh Nuh nak lawan.

“Eh, Nuh dan Lily dah datang!” Ayana yang perasan akan kelibat Nuh dan Lily segera melambai bersama-sama senyuman mesra.

Nuh terus saja mengiringi Lily untuk mengatur langkah mendekati dua beradik itu. Ayana menayangkan senyuman manis sementara Ayyim pula menayangkan senyuman nipis. Ayana terus memeluk tubuh Lily. Rindu!

“Comel betul Lily ni. Geram tau.” Omel Ayana.

“Orang cakap tu tak pandai nak cermin diri.” Sindir Ayyim.

“Abang Ayyim diam. Ayana nak ajak Lily keluar tapi Abang Ayyim yang beria nak ikut.” Ujar Ayana dengan suara garang.

Ayyim menjuihkan bibir.

“Lama tak jumpa.” Sapa Nuh sambil bersalaman dengan Ayyim.

“Samalah.” Balas Ayyim, ringkas.

Mereka melabuhkan punggung. Lily duduk berhadapan dengan Ayana dan bersebelahan dengan Nuh sementara Ayana pula duduk bersebelahan dengan abang sulungnya. Makanan dipesan dan mereka berbual kosong semasa menunggu makanan tiba.

Ayana menompang dagu sambil memerhatikan Lily.

Comel betul Lily ni.

“Bila Nuh dan Lily nak kahwin?” Soalan cepu emas Ayana membuatkan Nuh terasa seakan-akan tercekik air liur sendiri. Sepasang matanya memandang ke arah Lily dan mata mereka bertentang.

Pantas, Nuh mengalihkan wajah.

“Mama kata dalam masa terdekat.” Lily tolong jawabkan bagi pihak Nuh. Al-maklumlah Nuh ni mudah sangat menggelabah melibatkan soalan-soalan begini.

“Patutlah pun mama aku bising sangat tanya aku bila nak kahwin.” Ayyim menggangguk faham.

“Entahnya bila Abang Ayyim nak kahwin.” Rungut Ayana pula.

Ayyim menarik kasar hidung adiknya membuatkan hidung Ayana menjadi merah. Ayana menampar geram tangan abangnya itu sebelum dia mengurur perlahan batang hidungnya.

Sakit tau!

“Abang Ayyim akan kahwin Medina bersedia.”

“Kau tahu Nuh? Adik aku ni dulu macam buaya betina. Dia in relay dengan orang ni lepas tu dia relay pula dengan orang lain. Dalam telefon dia tu berpuluh orang pak we. Depan mata pun ada seorang.”

“Ramai-ramai pun Ralph kacau Ayana jugak.” Rungut Ayana tak puas hati. Ayyim menjentik geram dahi Ayana.

“Biarlah Ralph kacau.”

Ayana berdecit.

Nuh tersenyum.

“Eloklah ada orang jaga Ayana. Lily ni perlu juga dijaga. Nuh naik risau kalau dia tak ada depan mata.”

“Nuh risaukan Lily? Betul ke?” polos. Depan muka Nuh dia mengajukan soalan sehingga Nuh tersandar ke belakang. Tak ada pilihan lain selain mengangguk dengan pantas sekali.

“Tapi kalau nak melindungi, Ayana rasa Abang Ayyim juga hebat. Ha, apa kata Lily kahwin dengan Abang Ayyim supaya Lily boleh jadi kakak ipar Ayana dan Nuh kahwin dengan Ayana.” cadang Ayana dengan riang.

“No!” serentak itu kedua-dua lelaki itu membalas.

Lily terpinga-pinga.

Ayana terkebil-kebil.

“Kenapa tak boleh?” soal Ayana keliru.

You’re a married woman, Ayana. Orang tak boleh kawal Ayana tapi Ayana akan kawal orang. Ralph aje yang boleh kawal Ayana.” Ujar Ayyim dengan nada bersungguh.

“Habis tu, abang Ayyim tak nak kahwin dengan Lily? Hari tu abang Ayyim ada cakap Lily cantik.”

Ayyim dan Nuh bertukar pandangan.

“Nu-Nuh. Kau jangan salah faham. Aku tak kata macam tu sebab nak rampas Lily dari kau. Aku kata macam tu ikhlas. Lily cantik. Tapi aku cintakan Medina.” Ujar Ayyim dengan jelas.

Nuh meraup wajah.

“Lily aku punya.” Ringkas namun padat.

Meruap bahang panas pada wajah Lily.

“Eh, muka Lily merah!” tegur Ayana.

“Lily nak pergi tandas!” tanpa bicara terus saja Lily melarikan diri pergi ke tandas. Ayana turut bangkit untuk menemani Lily.

Ayyim melemparkan pandangan ke arah Nuh.

Muka dia pun merah.

“Aku rasa nak benam muka aku dalam tanah…” gumam Nuh seraya menyembamkan wajah pada meja.

Ayyim ketawa kecil.

Pasangan depan dia ni memang comel.

+++

DIAM saja semasa perjalan menuju ke rumah. Sesekali Nuh mengerling Lily yang sedang sandarkan kepala pada cermin kereta sambil tunduk bermain tangan sendiri. Nuh menggigit bibir sendiri.

“Lily betul-betul dah sedia ke nak jadi isteri Nuh?” mesti pun teragak-agak Nuh soalkan juga. Mana tahu Lily enggan tapi terpaksa saja mahu menikahinya.

“Dah lama sedia.”

“Lily setuju ke kalau kita kahwin minggu depan?”

“Setuju. Lily tak sabar nak peluk Nuh.” Jawapan jujur itu membuatkan pipi Nuh terada menghangat.

“Nuh pun-...”

Lily melihat Nuh yang memandang ke depan.

“Nuh pun tak sabar nak peluk Lily…” balas Nuh seraya menekup mulutnya. Usah dikata segan dia.

Lily simpul senyum.

Suka!

​ꪀꪊ​ꫝWhere stories live. Discover now