NUH mengelilingi kawasan di mana Lily sedang menyidai kain. Hari ni Lily nampak sibuk sangat sebabnya mama mereka mahu mempersiapkan rumah untuk menyambut isteri abang sulung mereka. Masalahnya, Lily pun bersungguh sangat membantu sampai Lily tak ada masa langsung nak diluangkan dengan dia.
“Nuh…” suara si mama membuatkan Nuh menoleh memandang si mama yang berdiri menatapnya. “Ya mama?” bidas Nuh dengan lembut. Lekas langkah dibuka mendekati si mamanya.
“Tolong belikan cili hijau. Beli bawang holand sekali.” Pinta Puan Raifa seraya menghulurkan duit.
“Nuh boleh guna duit Nuh.” Tolak Nuh dengan lembut.
“Tapi Nuh…”
“Mama ni. Nuh ni anak mama. Bukan orang luar. Tak ada salahnya Nuh guna duit Nuh untuk beli barang dapur.” Tegur Nuh pada mamanya. Puan Raifa melorek senyuman nipis lalu kepala Nuh diusap.
“Terima kasih.” Ucap Puan Raifa.
Seusai Puan Raifa berlalu pergi terus saja Nuh mendekati Lily yang sedang menyidai pakaian. Nuh menarik lembut lengan baju Lily. Lily menoleh memandang Nuh sambil mengerdipkan matanya.
“Kenapa Nuh?” soal Lily hairan.
“Nuh nak pergi beli barang. Lily nak ikut?”
“Tak naklah. Lily nak buat kerja sikit kat rumah. Nanti Lily nak tolong mama masak.” Tukas Lily tanpa ragu-ragu.
“Betul ke ni?”
Lily mengangguk.
“Okey, Nuh pergi.” Tukas Nuh seraya membuka langkah setapak menjauhi Lily. Setapak, dua tapak, tiga tapak, empat tapak- Nuh berhenti. Nuh menoleh ke arah belakang sambil menatap belakang tubuh si isteri.
“Lily…” suara Nuh yang menyeru namanya membuatkan Lily menoleh lagi sekali memandang si suami.
“Ya, Nuh?”
“Jomlah teman Nuh.”
“Lily ada kerja.”
“Kerja atau Nuh lagi penting untuk Lily?” soalan berani mati Nuh lemparkan pada Lily membuatkan Lily tersenyum nipis. Nuh ni manja.
“Bagi Lily selesai sidai kain. Lepas tu, Lily ikut Nuh.” Jawapan Lily itu membuatkan Nuh mula teruja. Laju dia mengangguk bersama-sama senyuman lebar. Nuh sanggup tawaf kawasan luar rumah itu semata-mata menunggu si isteri menyidai kain.
Setelah itu, Lily sedia untuk mengikuti Nuh. Tapi Nuh suruh dia tukar baju katanya baju tu nampak terlalu seksi. Nanti mata-mata lelaki di luar akan tertarik untuk melihat Lily. Sudahlah badan Lily putih.
Nuh senyum melihat Lily memakai skirt labuh dengan t-shirt lengan panjang. Rambut yang dibiar lepas itu menampakkan kecantikan Lily.
“Jom.” Nuh menggamit Lily.
Lily ikutkan saja.
+++
SAKIT mata. Panas hati pun ada. Lily comel sangat. Bila dia jalan pun orang pandang saja. Nuh tak suka. Pinggang Lily disauk lalu tubuh itu dipeluk rapat ke tubuhnya. Lily memandang Nuh dengan muka keliru.
Normal. Lily memang begitu.
“Kenapa?”
“Lily berjalan jauh sangat dari Nuh. Nanti sesat.” Laju saja Nuh memusing cerita. Lily percaya saja bulat-bulat.
Nuh menghela nafas lega.
Mujurlah Lily percaya.
Tak semena ada seorang lelaki yang datang mendekati mereka. “Assalamualaikum, encik dan puan.” Sapa lelaki itu dengan senyuman manis.
“Saya Hanif. Agen yang sedang mencari model pakaian wan-.”
“Tak boleh.” Laju saja Nuh memotong.
“Encik. Saya tak habis lagi. Tinggi isteri encik dan bentuk tubuh dia sesuai untuk jadi mo-.” Kecut perut lelaki itu apabila Nuh tiba-tiba mencengkam rahang Hanif dengan kuat. Sepasang mata itu memandang kosong ke arah Hanif.
“Dia bini aku. Aku tahu apa yang elok dan tak elok. Aku kata tak boleh maknanya kau kena berambus!” Ujar Nuh seraya melepaskan wajah Hanif. Hanif pantas memohon maaf sebelum berlalu pergi.
Lily terkebil-kebil memandang Hanif yang berlalu pergi. Dia memandang Nuh.
“Dia lamar Lily jadi model. Kenapa tak boleh?”
“Badan Lily tu Nuh aje boleh tengok. Semua Nuh punya. Nuh tak suka kongsi dengan sesiapa.” Ucap Nuh tegas.
Lily menyimpul senyum.
“Nuh cemburu ya?”
“Mana ada.” Nafi Nuh pantas. Namun, telinga Nuh mula bertukar merah. Terus ketawa Lily meletus. Bagi Lily suaminya sangat comel.
“Lily pun tak nak jadi model. Lily tak reti nak jalan macam model. Lagipun, Lily ni Nuh aje yang punya.” Tutur Lily seraya memaut manja lengan Nuh. Nuh menekup wajahnya menggunakan sebelah tangannya sementara sebelah lagi memaut kemas pinggang si isteri.
Malu oi!
Kenapa masa dia keluar agen yang cari model jumpa dia dan Lily?
+++
PULANG saja, Lily membantu mamanya memasak di dapur sementara Nuh mengemas apa yang patut di ruang tamu. Seusai itu, Nuh berehat di dapur. Masalahnya bila datang ke dapur Nuh tak nampak kelibat Lily.
“Mana Lily?” soal Nuh pada Afwa yang sedang memotong buah tembikai.
“Kak Lily kata dia mengantuk jadi dia nak masuk bilik.” Jawapan itu buat Nuh terus bangkit. “Eh, Abang Nuh nak ke mana?” soal Waez pula. “Jangan ditanya. Abang Nuh tu mesti tiba-tiba rasa mengantuk.” Tukas Ael.
Nuh menjuih bibir.
Ada ajelah akal adik-adiknya nak mengusik dia tu.
“Haah. Tiba-tiba rasa mengantuk. Apa salahnya kan? Abang Nuh ada Kak Lily. Kau bertiga tak ada sesiapa. Single.” Setepek Nuh bagi membuatkan seraut wajah tiga kembar itu berubah menyampah.
Berlagaklah!
Nuh tersengih kemenangan sambil kakinya mengorak menuju ke arah biliknya. Masuk dalam bilik, Nuh tak fikir banyak memang dia terus naik atas katil. Wajah Lily yang sedang lena diciumnya geram. Comel sangat.
Tidur pun comel.
“Urmhhhh…” Lily menolak wajah Nuh.
“Ngantuk ke?”
“Lily nak tidur kejap. Nuh jangan kacau.” Rengek Lily. Nuh masih enggan beeganjak. Bibir Nuh tu nakal saja hinggap pada serata wajah Lily sebelum turun pada leher milik Lily. Terus Lily sembamkan wajah Nuh pada dadanya.
Lily mengantuk.
Nuh mengada.
“Lily cuba goda Nuh ke?”
“Orang nak tidur. Lily dah lah tidur lambat malam tadi sebab Nuh. Lepas tu Lily kena bangun awal nak tolong mama. Lily nak tidur kejap je. Jangan kacau Lily.” Pedulikan bicara Nuh. Lily mula naik geram.
Nuh ketawa kecil tatkala melihay Lily mengomel marah.
“Tidurlah. Nuh tak kacau. Nuh ada di luar nak jumpa kakak ipar yang cantik. Nanti cari Nuh.” Bisik Nuh seraya turun dari katil sebelum melangkah keluar. Lily yang tadinya terasa mengantuk tiba-tiba tak jadi nak tidur.
Kakak ipar yang cantik? Maknanya, isteri Reiss kan? Cantik Nuh maksudkan tu lebih cantik dari dia? Jadi Nuh berkenan dengan kakak ipar dia sendiri?
No. Lily takkan biarkan.
Nuh hak dia. Titik!
YOU ARE READING
ꪀꪊꫝ
RomanceKata orang cinta pandang pertama itu manis. Tapi bagi Lily, kelat rasanya. Nuh penuh enigma. Nuh buat Lily keliru dengan rasa hati sendiri. Nuh kata Nuh cinta. Tapi mengapa pernikahan mereka ditunda? Nuh kata Nuh cinta tapi kenapa perasaan sayangnya...