LILY keluar membeli barangan dapur memandangkan hari ni Nuh demam. Lagipun, kedai yang dia kunjungi untuk membeli barang dapur itu terletak tidak jauh dari rumahnya. Berjalan kaki saja hanya dalam sepuluh minit boleh sampai dengan mudah. Luth pula dibawa Lily kerana risau anak lelakinya itu menangis dan menganggu lena Nuh.
“Mam-mamma…” comel saja bila bibir kecil itu cuba bersuara. Lily mencapai makanan sekotak makanan bayi untuk Luth. Gigi anak lelakinya sudah mahu tumbuh tak lama lagi. Bak kata Nuh, Luth sedang gatal gusi.
“Lily?” suara garau itu membuatkan Lily menoleh memandang empunya suara. Lily terkelu melihat wajah tua wanita yang menatapnya dengan muka terkejut. Melihat wanita itu membuatkan langkah Lily terundur ke belakang. Terkejut dan takut. “Anak ibu.” Tutur wanita itu sambil mendekati Lily.
“Lily anak ibu.”
“Saya tak kenal mak cik.” Nafi Lily seraya ingin membuka langkah oergi dari situ. Puan Afra menarik tangan Lily.
“Lepaslah!”
“Kenapa Lily tak suka ibu? Ibu kan ibu Lily? Lily dah janji nak jadi anak ibu sampai bila-bila. Lily tak boleh tinggalkan ibu sebab Lily ni ibu yang punya.” Kata Puan Afra dengan mata membeliak. Lily merentap kasar tangannya dari terus dipegang Afra.
“Lily tak ada ibu. Lily ada mama dan papa aje.” Tegas Lily.
Puan Afra menarik kasar rambut Lily membuatkan Lily terdorong ke depan. Pedih membuatkan air mata Lily mula bertakung. Melihat si mama yang nampak kesakitan terus si kecil Luth menangis dengan kuat membuatkan orang yang lalu lalang itu menoleh ke arah mereka.
“Kau nak jadi macam bapak kau juga ke Lily? Kau nak tinggalkan aku?” soal Puan Afra dengan berbisik namun suaranya kasar. Sepasang mata wanita tua itu membeliak memandang wajah Lily.
Lily menolak kasar tangan Puan Afra.
“Jangan sentuh Lily!” marah Lily lagi.
“Budak ni anak kau? Budak ni cucu aku. Kau aku punya. Cucu aku pun aku punya.” Girang Puan Afra bersama-sama sengihan. Puan Afra ingin mengambil Luth yang sedang didukung Lily. Lily menjauhkan diri. Tubuh kecil Luth dipeluk erat.
“Jangan sentuh anak Lily.” Tegas Lily.
“Kenapa kau nak marah aku sangat? Aku yang besarkan kau, Lily. Aku yang jaga kau. Aku bagi kau kasih sayang. Aku didik kau jadi manusia.” Kata Puan Afra dengan suara memekik.
Lily ketawa sinis.
Air mata bertakung ditubir mata ditahan dari mengalir. Lily menatap ibunya itu dengan penuh berani sekali.
“Tak ada ibu yang berikan parut kekal pada anak dia. Tak ada ibu yang bagi ajaran yang salah pada anak dia. Tak ada ibu yang membesarkan anak dengan menyeksa. Macam mana mulut ibu tak malu nak mengaku Lily ni sebagai anak? Ibu lupa apa yang ibu dah buat pada Lily? Pukul sebab sayang? Dera sebab ibu nak ajar Lily?” Lily ketawa sinis. Terhibur dengan diri dia sendiri.
Dulu polos dia percaya setiap bicara ibunya. Sakit dipukul. Dia tahankan atas asbab sayang. Tapi bila dia tahu kebenarannya, hati jadi pedih. Kasih sayang yang ibunya beri tak sama macam kasih sayang yang keluarga Nuh beri. Kasih sayang yang dia peroleh dari Nuh menenangkan hati dan buat dia bahagia. Sebaliknya kasih sayang yang ibunya beri meninggalkan parut pada kulit tubuhnya.
Puan Afra baru hendak menerkam. Tiba-tiba tubuh Lily ditarik ke belakang membuatkan Lily tersandar pada tubuh seseorang. Terkedu Lily bila dia menatap Nuh yang berpeluh dan juga muka yang memerah.
“Jangan buat isteri saya.” Tegur Nuh.
“Nuh…” melebar terus senyuman Puan Afra seolah-olah dia lupa yang dia mahu menyakiti Lily. Lily pula rasa meremang bulu roma bila melihat ibunya seakan berkenan dengan Nuh. Lupa sejak dulu ibunya ini cinta adiknya sendiri. Malahan, anak saudara sendiri pun boleh timbul bibit cinta. Lily peluk Nuh.
“No.” halang Lily. Tadi Nuh halang. Sekarang Lily pula.
Dah macam drama Korea. Korea ke? Okey, Melayukan. Dah macam drama kuih Keria. “Aku nak Nuh aku. Kau dah ambil Nuh aku.” Bentak Puan Afra marah. Perasaan benci dan amarahnya pada Lily kini semakin membuak.
“Nuh milik Lily. Hanya Lily.” Tegas Lily.
Puan Afra tidak peduli.
Nuh cuba diambilnya dari Lily. Sebelah tangan yang masih memegang Luth yang tidak menangis kerana dia terlena disebabkan menangis terlalu lama tadi sementara sebelah lagi menarik kasar tangan Puan Afra lalu wanita tua itu ditolak menjauh.
“Jangan sentuh suami Lily.”
Puan Afra masih belum mengalah. Elok Puan Afra mendekati Lily terus saja Lily buat-buat jatuh sehingga terbaring. “Auch, apa yang aunty buat pada saya ni? Saya bawa anak kecil. Sampai hati aunty buat saya macam ni.” Tika itulah baru ada dua orang lelaki yang baya-baya papa Nuh datang menghulurkan bantuan.
Ada lelaki muda yang mahu membantu Lily bangun. Tapi Nuh pula yang menepis. Demam-demam pun nak bantu Lily.
“Lepaskan aku!” bagaikan kerasukan Puan Afra meronta.
“Saya pernah tengok aunty tu. Dia lari dari hospital sakit jiwa agaknya.” Tutur Lily dengan muka polos.
Kedua-dua orang lelaki berusia itu membawa Puan Afra pergi dari situ. Sementara lelaki muda itu juga mula berura pergi. Lily menatap Nuh yang nampak terlalu lemah. Nuh mengelus lembut pipi Lily.
“Tak sangka Lily ni berbakat.” Puji Nuh lembut. Nuh senyum hambar.
Muka tak larat sangat dah tu.
“Jom kita balik rumah ya?” pujuk Lily lembut. Dia memaut pinggang Nuh menggunakan sebelah tangannya. Sebelah lagi Lily mengukuhkan dukungannya agar Luth tidak terjatuh.
Tapi-
Nuh rebah. Cemas, Lily mencari bantuan untuk membawa Nuh pergi ke klinik. Sungguh, dengan adanya si kecil Luth memang mustahil untuk Lily menampung berat tubuh suaminya seorang diri.
YOU ARE READING
ꪀꪊꫝ
RomanceKata orang cinta pandang pertama itu manis. Tapi bagi Lily, kelat rasanya. Nuh penuh enigma. Nuh buat Lily keliru dengan rasa hati sendiri. Nuh kata Nuh cinta. Tapi mengapa pernikahan mereka ditunda? Nuh kata Nuh cinta tapi kenapa perasaan sayangnya...