BUNYI suara Nuh muntah di dalam bilik mandi sudah lebih dari cukup untuk menimbulkan perasaan hairan Lily. Adakah Nuh sakit perut kerana makan masakannya? Seusai menidurkan Luth, Lily lekas bangun mendekati Nuh yang baru saja keluar dari bilik mandi dengan bertuala separas pinggang.
Air masih menitis di rambut yang basah. Nuh memandang Lily yang nampak risau melihatnya. Nuh mengukirkan senyuman nipis. “Nuh okey?” soal Lily dengan lembut. Pipi suaminya ditekup.
Sejuk. Baru mandi.
“Nuh okey, Lily.” Pujuk Nuh dengan lembut. Tangan Liky yang memegang pipinya dialihkan lalu tangan itu dicium pada garis pergelangan tangan. Pandangan mata Nuh yang memikat buat Lily rasa meremang bulu roma
Meruap hangat wajah Lily.
Lily menarik tangannya dari terus dipegang Nuh. Nuh pula yang terkebil-kebil memandang wajah Lily. “Kenapa Lily malu ni?” soal Nuh hairan. Selalunya yang malu-malu ni dia. Bukannya Lily.
“Ta-tak ada apa-apa.” Tutur Lily seraya menuju ke arah katil.
Nuh menggaru dahi sebelum dia bergerak menuju ke arah almari untuk mencari baju. Sesekali Lily mencuri pandang Nuh yang sedang memakai baju. Bila Nuh memandang ke arahnya terus Lily memandang ke arah lain.
Nuh yang makin pelik dengan tingkah Lily.
Elok dia pakai baju tiba-tiba dia rasa nak muntah. Nuh lekas meluru ke arah tandas. Lily memanjangkan leher memandang Nuh. Tangan menepuk Luth yang sedang tidur. Pada masa yang sama Nuh pun buat dia rasa risau.
Nuh keluar dari tandas.
“Nuh tak sihat lagi ke? Kita pergi klinik ya?” tegur Lily sebaik saja melihat suaminya mendekati katil. Nuh merebahkan tubuh di atas katil. Kepalanya berbantalkan riba Lily. Lily bermain dengan rambut Nuh.
“Nuh demam sikit-sikit je.” Balas Nuh dengan lembut. Tangan Lily yang bermain rambutnya dicapai lalu Nuh cium tangan itu. Bila sepasang mata Nuh bertentang dengan Lily meruap lagi wajah si isteri.
Nuh terpinga-pinga bila kepalanya ditolak jatuh dari ribaan. Lily baring. Selimut ditarik menutupi separas dada dan dia memeluk Luth.
Eh?
“Lily? Kenapa Lily tiba-tiba tolak Nuh?” Soal Nuh hairan. Nuh juga membetulkan posisi tubuhnya. Dia baring bertentangan dengan Lily.
“Nuh tu cium-cium tangan Lily…”
“Normal. Nuh memang selalu cium tangan Lily kan?” bidas Nuh semula sambil menjungkit sebelah keningnya memandang si isteri. Lily mengemam bibir lalu dia memandang Nuh.
“Tapi masalahnya Nuh tak macam tu.”
“Macam mana?”
“Menggoda.” Jawapan Lily buat rahang Nuh menjadi longgar. Nuh mengerutkan dahi. Menggoda? Bila pula dia menggoda Lily?
“Bila Nuh goda Lily?” soal Nuh keliru.
“Tadi. Dua kali Nuh pandang Lily dengan pandangan menggoda. Masa Nuh cium tangan Lily.” Tukas Lily tanpa memandang mata Nuh. Lily tak tahu kenapa semenjak Nuh demam ni Nuh tiba-tiba nampak hot.
Nuh terdiam sejenak.
Jenuhlah dia nak mengingat. Menggoda? Nuh pandang macam lelaki gatal ke? Rasanya Nuh memang pandang Lily seikhlas hati. Tak ada pula niat dia nak menggoda Lily. Tapi bila Lily yang segan sampai macam ni Nuh pula yang rasa terhibur.
Lily selalunya memang comel.
Sekarang bila Lily malu-malu dengan dia memang bertambah comel. Tambahan lagi bila Nuh memang tak pernah tengok Nuh segan sampai macam ni sekali.
Lily ditarik Nuh supaya mendekatinya secara tiba-tiba.
“Nu-Nuh?” gabra Lily bila Nuh naik atas Lily. Nuh merehatkan tubuhnya di atas Lily. “Nuh nak Lily boleh?” soal Nuh sambil mengerdipkan matanya. Lily pula yang cair bila Nuh buat muka comel.
“Boleh.” Jawab Lily tanpa membangkang.
Nuh terlalu comel.
Lily yang tak sanggup hendak menolak.
ANDA SEDANG MEMBACA
ꪀꪊꫝ
RomanceKata orang cinta pandang pertama itu manis. Tapi bagi Lily, kelat rasanya. Nuh penuh enigma. Nuh buat Lily keliru dengan rasa hati sendiri. Nuh kata Nuh cinta. Tapi mengapa pernikahan mereka ditunda? Nuh kata Nuh cinta tapi kenapa perasaan sayangnya...
