Bab 1♡

2.2K 157 24
                                    

LILY mengangkat tangannya untuk memerhati jari jemari tangan kanan miliknya. Jari manisnya yang disarung cincin sebagai tanda pertunangan mereka. Hari di mana Nuh tanpa segan silu meminta mamanya menjadikan Lily sebagai tunangannya. Lily tersenyum suka.

Sejak dari dulu dia memang sudah ada hati pada Nuh. Tak sangka pula Nuh membuat langkah pertama dengan memastikan dia menjadi tunangan lelaki itu. Kata Abang Reiss pertunangan itu permulaan awal sebelum perkahwinan.

Pipi Lily tiba-tiba saja ditarik.

Lily memandang seraut wajah Rina yang sedang mengukirkan senyuman padanya. Entah bila kakak Nuh itu datang mendekatinya pun Lily tidak sedar. Barangkali Lily terlalu leka memerhati cincin dijari manisnya.

“Apa yang seronok sangat tu?” tegur Rina dengan lembut.

“Lily tengok cincin ni.” Balas Lily bersama-sama senyuman manis.

Rina turut tersenyum sama.

“Ey, comel betul Lily ni!” ujar Rina seraya menggomol geram pipi milik Lily membuatkan ketawa gadis itu meletus kuat.

“Kak Rina jangan nak menggomol si Lily tu sangat.” Entah dari mana Nuh datang pun Rina dan Lily tak tahu. Kedua-duanya memandang ke arah Nuh yang melabuhkan punggung bertentangan dengan mereka sambil membuka laptop miliknya.

“Nuh cemburu dengan Kak Rina kan? Kak Rina boleh gomol pipi Lily. Nuh tak boleh.” Sakat Rina bersama-sama sengihan nakal.

Nuh mencebik.

“Orang tak cemburu pun.” Nafi Nuh pantas.

Lily bangkit lalu dia melabuhkan punggung disebelah Nuh. Rina hanya membiarkan saja kerana dia mahu melihat reaksi Nuh. Kadang kala kepolosan Lily ini berjaya membuatkan Nuh menjadi tidak tentu arah.

“Nuh…”

“Lily. Kenapa duduk sebelah Nuh? Pergi duduk sebelah Kak Rina. Nuh nak buat kerja.” Halau Nuh dengan nada suara yang lembut. Lily ini hatinya sangat rapuh. Jika Nuh tinggikan suara sedikit pun Lily akan berjauh hati.

“Nuh nak gomol pipi Lily ke?” polos soalan Lily membuatkan Nuh tercekik liur sendiri. Rina awal-awal lagi sudah gelak.

Memerah wajah Nuh.

“Ja-jangan tanya macam tu.”

“Kenapa? Nuh memang nak gomol pipi Lily ke?” Soal Lily lagi. Muka Nuh terlalu membahang sehinggakan Nuh rasa hendak meletup saja. Bibir diketap rapat. Nuh melarikan anak mata supaya pandangan tidak bertentang dengan Lily.

“Kita tak boleh buat macam tu lagi. Kita tak kahwin lagi.”

“Jadinya Nuh boleh gomol pipi Lily kalau kita dah kahwin?’ soal Lily lagi.

Nuh diam.

“Haah, Lily. Nuh boleh gomol pipi Lily kalau Lily dan Nuh dah kahwin. Bukan setakat pipi je. Silap hari bulan mengan-.”

“Kak Rinaaaa!” menjerit Nuh dibuatnya apabila kakaknya mengusik begitu.

Rina ketawa suka sementara Lily terpinga-pinga.

Mengan? Apa benda tu?

“Mengan tu apa?” kali ini soalan itu diajukan pada Nuh.

Nuh meraup wajah.

“Lily. Pergi makan di dapur. Pagi tadi Nuh ada beli oleh-oleh sikit untuk Lily.”

“Tapi mengan- tu apa?” Lily menyoal lagi tatkala Nuh kelihatan enggan menjawab soalannya.

“Lily tak perlu tahu. Lepas kahwin nanti Lily tahulah.” Tukas Nuh.

“Tapi Nuh…”

Nuh menghela nafas.

Laptop miliknya diambil lalu Nuh membawa diri meninggalkan Rina dan Lily di tengah ruang. Lily hanya memerhatikan Nuh yang semakin menjauh.

Bibir diketap rapat.

“Kak Rina. Lily tak cantik ke?” soal Lily polos.

Rina mengukirkan senyuman.

“Lily cantik. Itu sebabnya Nuh jadi macam itu.” Tukas Rina dengan nada yang cukup lembut. Tapi Lily hanya memuncungkan bibir.

Nuh macam tak sayang dia aje.

Cakap dengan orang sana dan sini elok saja. Cakap dengan dia semua Nuh serba tak kena!

+++

MALAM. Lily terjaga dari tidur disebabkan dahaga. Elok Lily nak bangun Tina tersedar sama. Tangan gadis itu dipegang.

“Lily nak pergi mana?” soal Rina lembut.

Risaulah Lily keluar ke mana-mana.

“Lily nak minum air. Dahaga.”

“Lily nak Kak Rina teman ke?” lembut suara Rina menyoal.

“Tak apa. Lily boleh pergi sendiri. Kak Rina tidurlah…” lembut Lily membalas. Rina serba salah memandang wajah Lily. Tapi Lily terus saja bangun keluar dari bilik itu.

Langkah dibuka menuju ke luar dari bilik.

Seusai selesai ke dapur, Lily lekas saja menuju semula ke bilik. Tapi melihat lampu bilik Nuh yang masih menyala membuatkan Lily tertarik untuk masuk ke dalam bilik Nuh. Tanpa salam Lily hanya menerjah.

“Nuh!” sapa Lily.

“Hey, malam dah ni. Buat apa masuk bilik Nuh?” bidas Nuh.

“Nuh tak tidur lagi walaupun dah malam. Kenapa Nuh nak marah Lily?”

“Nuh ada kerja. Lily pergilah masuk bilik dan tidur.”

“Lily nak tengok Nuh buat kerja.”

“Pergi tidur.”

“Lily nak duduk dengan Nuh. Nuh nak tidur dengan Nuh.” Bicara Lily itu membuatkan kulit wajah Nuh terus saja bertukar rona. Terkebil-kebil Lily dibuatnya kerana tidak mengerti reaksi Nuh.

“Kenapa Nuh-.”

“Keluar. Tidur.” Halau Nuh. Tak sedar Lily sudah duduk di luar bilik.

“Lily nak tidur dengan Nuh…”

“Lily cakap macam tu lepas kita kahwin. Lily tak akan jejak lantai bilik.” Ujar Nuh tegas lantas pintu bilik ditutup.

Lily menggaru dahi.

Nuh ni macam perempuan dah.

Garang dan mood macam ombak. Tak faham dia.

Haih…

​ꪀꪊ​ꫝWhere stories live. Discover now