MEMORI. Masih segar dalam ingatan Nuh bila dia memandang rumah yang tersegam indah. Rumah ini pada waktu dulunya selalu riuh dengan gelak tawa dan tangisan.
Kini, segalanya berubah tatkala semuanya sudah punya keluarga sendiri.
Sejujurnya, Nuh amat rindu masa lalu. Sedih. Tok walid dan tok ummi yang sentiasa melayan kerenah dia tatkala dia datang melawat bersama-sama papa dan mamanya. Tok walid dan tok ummi sedikit pun tidak kisah dia dilahirkan secara tidak sah taraf.
Nuh tersedar dari lamunan tatkala dia merasakan pipinya yang basah diseka secara tiba-tiba. Tangan kecil dan lembut.
"Kenapa Nuh menangis?" Soal Lily sambil memandang keliru wajah si suami. Nuh menekup lembut pipi Lily lalu dahi itu diciumnya.
"Saja. Teringat dulu-dulu. Masa pertama kali jumpa Lily. Masa awal-awal Nuh jumpa Lily. Membesar dengan Lily. Kahwin. Sampai kita ada anak dah."
Lily senyum. Tubuh Nuh dipeluknya.
"Jangan sedih okey?" Pujuk Lily. Dia tahu. Nuh tak pernah beritahu asbab suaminya itu sedih kerana Nuh tak nak Lily risau. Tidak perlu diberitahu pun Lily mengerti. Lily bukannya baru mengenal Nuh sehari dua.
Sudah bertahun-tahun lamanya. Baik buruk Nuh semuanya Lily tahu.
"Hari ni kita nak pergi rumah tok walid dan tok ummi. Nubhan ajak." Katanya.
"Lily dah siapkan Luth dan Naura ke?" Soal Nuh lembut. Rambut Lily itu diusapnya.
"Dah. Budak berdua ni tunggu papa dia sampai terlena."
Nuh tergelak.
Ya, Luth dan Naura dua-dua suka mengikut dia. Apa Nuh buat. Apa Nuh makan atau apa Nuh cakap semua mahu ditiru mereka bulat-bulat.
Kata Lily, Nuh ini idola mereka. Nuh tak mampu nafikan. Nuh gembira bila dia dengar apa yang Lily kata tu.
"Nuh pergi ambil anak-anak. Lily bersiaplah apa yang patut."
"Okey, abang."
Tubuh Nuh mengeras. Nuh memandang Lily. "Lily kata apa tadi?" Soal Nuh semula.
"Abang?"
Nuh menarik geram pipi Lily. Mengaduh wanita itu.
"Sakitlah!"
"Peliklah Lily panggil Nuh abang. Rasa macam panggil orang lain. Jangan panggil abang. Panggil nama saja. Nuh." Pesan Nuh.
"Tak nak panggil abang?"
Nuh menggeleng.
"Nuh. Nuh sahaja. Faham?"
"Faham, Nuh." Nuh menguntum senyuman. Hidung Lily pula dicubit manja sebelum dia melangkah menuju ke arah bilik mereka untuk mendapatkan anak-anaknya.
Lily pula yang tersenyum-senyum. Saban tahun tinggal dengan Nuh. Sehari pun Lily tak pernah tak angau pada Nuh!
+++
NUH baru aje ceria-ceria nak datang melawat tok ummi dan tok walid. Namun, tak sangka pula kegembiraannya hilang sekelip mata sementelah dia mendapat berita bahawa tok umminya sudah nazak.
Betul pepatah selalu mengatakan disangka panas berpanjangan namun hujan di tengah hari.
Nuh rasa lemah lutut.
Nubhan sudah termenung. Anak-anak tok walid dan tok umminya semua ada belaka termasuk papa dan mamanya. Cucu-cucu pun tak kurangnya datang bertandang untuk bertemu.

ANDA SEDANG MEMBACA
ꪀꪊꫝ
RomansaKata orang cinta pandang pertama itu manis. Tapi bagi Lily, kelat rasanya. Nuh penuh enigma. Nuh buat Lily keliru dengan rasa hati sendiri. Nuh kata Nuh cinta. Tapi mengapa pernikahan mereka ditunda? Nuh kata Nuh cinta tapi kenapa perasaan sayangnya...