Bab 41♡

1.8K 132 3
                                        

“WEH…” Afwa mencuit kedua-dua adik kembarnya membuatkan mereka menoleh memandang Afwa. “Apa?” soal Ael hairan. “Kau tengok Abang Nuh. Muka macam nak bunuh orang.” Tutur Afwa separa berbisik.

Serentak itu, ketiga-tiga mereka memandang ke arah Nuh yang sedang membuka setiap satu pintu bilik yang berada di tingkat bawah. Ya, muka abang mereka sangat menyeramkan malahan, inilah kali pertama mereka melihat abang mereka bertingkah begitu.

“Seram!” gumam Waez. Meremang pula bulu roma bila tengok muka berang abangnya itu. Ael juga tanpa sedar menelan liur. Sebelum ni mereka mengusik abang mereka kerana tingkah Nuh yang lembut dan tenang saja.

Sekali, siapa sangka Nuh boleh marah sampai begini?

Lama juga mereka merenung abang mereka itu. Tahu-tahu saja Nuh menoleh memandang ke arah mereka. Terua terkejut ketiga-tiganya.

“Abang Nuh nak naik tingkat atas.” Katanya sebelum berlalu.

Mereka tersengih hambar.

Sepasang mata memerhati Nuh yang sudah naik ke tingkat atas.

“Takutlah aku.” Gumam Waez.

“Kau fikir kau seorang aje takut? Aku pun takut. Muka Abang Nuh memang macam dia nak mengamuk dah sekarang.” Bidas Afwa pula. Benarlah kata orang jangan ambil ringan api amarah seseorang yang baik ni.

Teruk padahnya.

“Tapi memang wajarlah Abang Nuh marah. Lelaki tu cuba nak bunuh Kak Lily dan anak dia orang.” Tukas Ael. Dia pun mungkin akan buat perkara yang lebih teruk berbanding abang mereka.

Sementara itu-

Nuh membuka setiap satu pintu bilik di tingkat atas. Elok saja Nuh masuk dalam bilik utama mereka terus saja Nuh mengelak bila dia dapat merasakan seseorang cuba memukulnya. Nuh mencengkam leher lelaki itu lalu dihentaknya ke atas lantai.

“Ka-kau…” Fathi’ cuba bersuara.

“Apa? Sakit?” sinis Nuh. Cengkaman itu cuba dieratkan. “Kau cekik Lily aku macam ni tanpa kau fikirkan kesakitan dia. Kau cuba sentuh Lily aku. Kau cuba nak bunuh aku.” Fathi’ terbatuk-batuk.

Nuh menghela nafas.

Dia bangkit lalu dia tarik Fathi’ bangkit sebelum dia menghentak Fathi’ pada dinding bilik. “Kenapa kau buat Lily aku macam tu?” soal Nuh separa berbisik.

“Betina tu sebab ibu bencikan aku. Dia tak faham ke perempuan yang cuba bagi yang terbaik pada dia tu sayang sangat pada dia? Kenapa dia boleh pentingkan diri?” bentak Fathi’. Dia cuba menolak tekanan tubuh Nuh.

“Kau bodoh. Mudah dipergunakan.” Sinis Nuh.

Fathi’ mengamuk.

Tubuh Nuh ditolak kasar membuatkan Nuh terkebelakang. Nuh berdiri saja sambil merenung Fathi’. “Aku akan bunuh kau. Aku bunuh betina tu. Aku bunuh anak kau. Biar kau dan keturunan kau tak permah wujud!” jerit Fathi’.

Nuh menjungkit kening.

Ya ke? Dia tak takut pun.

Fathi’ baru hendak membuka langkah. Nuh memandang dia. “Kau pukul aku. Kau tahulah macam mana sakitnya nanti bila aku pukul kau.” Pesan Nuh. Dia lebih kepada menegur Fathi’ supaya tidak terus mengganas kerana dia akan membalas untuk mempertahankan diri. Malangnya, Fathi’ tidak memahami bicaranya itu.

Fathi’ menyerang Nuh dengan penuh berani. Nuh elak. Elak dan terus mengelak. Namun, tumbukkan Fathi’ akhirnya berjaya menyinggah wajah Nuh. Nuh ketawa sinis bila hujung bibirnya mula mengalirkan darah.

Fathi’ tumbuk lagi.

“Kau memang nak kena kan?” Fathi’ terundur ke belakang secara spontan bila Nuh mengambil langkah mendekatinya. Bak! Terduduk Fathi’ bila Nuh menendang kuat perutnya.  Nuh mencengkam kasar rambut Fathi’ lalu dia memaksa lelaki itu mendongak memandangnya.

Nuh menayangkan sengihan.

“Selamat malam.” Ucapnya sebelum Fathi’ dihentak kuat pada lantai dan lelaki itu kelam. Nuh terduduk.

Penat.

“Abang Nuh-.” Tiga kembar itu baru aje hendak membantu si abang terus kejung melihat Fathi’ yang sudah terlentang di atas lantai tidak sedarkan diri. Mereka memandang abang mereka yang duduk berdepan dengan lelaki itu.

“Lambat.” Kutuk Nuh seraya bangkit.

Nuh hendak terjatuh lekas saja disambut Ael. “Jomlah balik.” Gamit Ael. “Tak boleh balik lagi. Kena heret jantan ni jumpa polis.” Tutur sambil menjeling bengang Fathi’ yang sudah tidak sedarkan diri itu.

“Ya, kita bawa dia pergi jumpa polis.” Pujuk Afwa pula.

“Abang Nuh tu kena pergi klinik dulu.” Tukas Waez pula. Nuh berdecit lalu dia menjeling tajam si adik.

“Abang Nuh kata kita pergi heret jantan tu jumpa polis.”

Waez mengangkat kedua-dua tangan ke atas. Menyerah tatkala dia melihat kegarangan si abang. Nampaklah mood abang mereka sekarang ini tidak baik. Maka, mereka tidak seharusnya membuat hal dengan abang mereka buat masa ini.

​ꪀꪊ​ꫝTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang