LAMA Lily merenung Nuh yang sedang membelek anak sulung mereka. Pulang sehingga sekarang tak jemu anak lelaki mereka dipangku Nuh sampaikan Lily rasa dia ditolak ke tepi. Walhal, Nuh yang risaukan dia separuh mati semasa dia mahu melahirkan. Sekarang ini? Nuh hanya sibuk dengan anak mereka saja.
"Nuh..." seru Lily. Nuh mengangkat wajah memandang Lily. Nuh senyum melihatnya sambil mendekati Lily.
"Tengok ni, Lily. Baby dah wangi. Mama ajar Nuh cara bagi mandi baby." Ujar Nuh bersama-sama sengihan. Nuh tayang anak mereka pada Lily. Lily mengambil bayi itu dipangkunya pula. Mulut si kecil itu mula mencari sesuatu pada dada Lily.
"Dia dah dahaga." Nuh tersengih lagi. Makin lebar bila melihat bayi itu menyusu. Pipi dielus lembut lalu Nuh menyuakan jari telunjuknya pada anak sulungnya. Berbunga-bunga hati Nuh apabila anaknya menggenggam jarinya itu.
"Ey, comel! Jari dia kecil!" tutur Nuh dengan gembira.
Lily menghela nafas.
"Nuh..." seru Lily.
Nuh memandang Lily.
"Ya?" Soal Nuh ingin tahu. Muka Lily masam saja membuatkan Nuh terkebil-kebil. Nuh ada buat salah ke sampai Lily marah?
"Lily yang beranak tau. Tapi Nuh tak sayang Lily. Nuh sayang baby." Rungut Lily.
"Lily. Nuh sayang Lily. Sayang sangat. Nuh cuma gembira sebab kita dapat anak sulung. Mestilah Nuh nak belek anak Nuh sendiri sebab selama ni Nuh dah puas belek adik-adik Nuh." Kata Nuh dengan lembut.
"Lily nak tidur dengan Nuh malam ni. Lily tak nak tidur sini sendiri." Adu Lily sambil menayangkan wajah sedih.
"Lily kena sabar. Pantang tak lama pun."
"Tapi Lily nak tidur dengan Nuh." Tukas Lily lagi. Tak mahu kalah. Nuh mengusap lembut pipi Lily. "Nuh janji Nuh akan peluk Lily lepas Lily habis berpantang." Ucap Nuh dengan lembut.
"Kenapa Nuh tak boleh tidur dengan Lily?" soal Lily tak mengerti.
Selama dia mengandung elok saja Nuh baring-baring dengan dia. Justeru, mengapa seusai dia melahirkan anak sulung mereka Nuh enggan tidur sekali dengan dia? Adakah sebab dia dah tak cantik?
"Lily buruk ke? Itu sebabnya Nuh tak mahu tidur dengan Lily?" Soalan naif isterinya membuatkan Nuh mengucap juga.
Kenapa jauh sangat pemikiran isterinya ini?
Nuh mencubit geram hidung Lily.
"Sakitlah hidung Lily!" rungut Lily seraya mengusap hidungnya. Memerah sudah serupa badut sarkas.
"Nuh tak nak tidur sekali bukan sebab tu."
"Habis tu kenapa?" soal Lily hairan.
Nuh memandang sekeliling dulu. Adik lelakinya sedang menonton televisyen di ruang tamu. Takkan dia nak cakap kuat-kuat pula.
Nuh mendekatkan diri sedikit dengan Lily.
"Nanti Nuh rasa nak sentuh Lily..."
Lily ambil tangan Nuh. Letak pada kepalanya.
"Dah sentuh. Apa masalahnya?" soal Lily hairan.
Nuh meraup wajah.
Lupa Lily ni polos. Kalau dia main kias-kias manalah isteri dia ni nak mengerti. Silap hari bulan dia kata lain Lily faham lain. Mahunya nanti jadi perang dingin pula.
Rahang Lily dicengkam lembut lalu Nuh bawa bibirnya dengan pada telinga Lily. "Nanti Nuh rasa nak makan Lily." Bisik Nuh.
Lily terkedu.
Nuh jauhkan wajah mereka. Lily merenung lama wajah si suami sementara Nuh pula menahan rasa segan. Terasa pijar wajahnya bila dia merasakan yang dia sudah mengeluarkan bicara kotor pada Lily.
"Nuh tak boleh makan Lily lagi?" soal Lily hairan.
Nuh menggeleng.
"Kenapa tak boleh?" soal Lily lagi.Tak mengerti. Sepanjang dia belajar di sekolah dia tahu perempuan punya darah yang keluar setelah melahirkan. Dia tak tahu pula suami tak boleh sentuh isteri-
"Lily kena habis darah nifas dulu. Bila dah mandi nanti dan bersih baru Nuh boleh-." Nuh sengaja matikan bicara.
"Makan Lily?" Tokok Lily dengan muka selamba.
Nuh pula yang rasa pijar. Tapi mengangguk sajalah memandangkan iateri dia bertanya. Lily menghela nafas berat. Bosanlah begini Nuh tak ada masa dia nak tidur.
"Lily tak boleh tidur kalau tak ada Nuh." Rungut Lily.
"Lily jangan risau. Nuh akan temankan Lily sampai Lily tertidur."
YOU ARE READING
ꪀꪊꫝ
RomanceKata orang cinta pandang pertama itu manis. Tapi bagi Lily, kelat rasanya. Nuh penuh enigma. Nuh buat Lily keliru dengan rasa hati sendiri. Nuh kata Nuh cinta. Tapi mengapa pernikahan mereka ditunda? Nuh kata Nuh cinta tapi kenapa perasaan sayangnya...