Prolog♡

4.5K 173 16
                                    

BIBIR dikemam rapat. Rasanya tadi dia berjalan dengan Nuh. Tapi tiba-tiba terpisah dan sekarang dia tak tahu di mana dia berada. Figura Nuh juga tidak kelihatan membuatkan dia berasa lebih takut. Lily tak berani hendak menoleh kerana ada beberapa orang lelaki yang memerhatikan dia.

Dia sesat masa berada di dalam pasar raya. Jadi dia keluar. Telefon bimbit habis bateri jadi dia tak boleh telefon Nuh. Buntu. Lily hanya terkaku di tepi kereta Nuh sambil memerhatikan sekeliling.

“Hai…” tiba-tiba tanpa dijangka lelaki-lelaki yang memerhatikanya tadi mendekati.

“Ha-hai.” Sapa Lily takut-takut.

Tak sempat lelaki itu hendak membuka bicara terus saja tangan Lily ditarik. Lily terkedu tapi dalam masa yang sama Lily bersyukur sebab empunya yang menarik tangannya itu Nuh. Muka Nuh berpeluh bagaikan lelaki itu baru saja selesai berlari.

“Jumpa pun Lily!” katanya.

“Nuh…”

“Dah ada pakwe.” Rungut lelaki-lelaki itu membuatkan mereka melangkah pergi dari situ. Lily tersenyum lega.

“Lily ke mana tadi?” soal Nuh seusai mengambil nafas.

“Tadi Lily ikut Nuh. Lily tengok-tengok je bahagian makanan. Lepas tu Nuh hilang. Lily tak tahu nak cari Nuh di mana jadi Lily keluar. Sorry…” perlahan bicara Lily apabila memerhatikan reaksi Nuh.

Nuh mahu marah tapi dilihatnya lelaki itu meraup wajah lalu nafas dihela perlahan.

“Pantang Nuh tak kerling terus hilang. Lily betul-betul buat Nuh hampir kena serangan jantung. Cemas Nuh cari Lily tadi.” Omelnya.

Lily diam lalu dia menunduk.

Nuh mengusap lembut kepala Lily.

“Dahlah. Jangan sedih-sedih. Nuh lega Lily ada di sini. Lily buat pilihan yang bijak. Lain kali telefon Nuh. Nuh telefon Lily pun Lily tak jawab.”

“Telefon mati.” Polos jawapan Lily.

Nuh rasa nak menangis saja. Lily suka benar guna telefon bimbit untuk bermain game sehingga kehabisan bateri. Bukan pandai nak mengecas semula selepas itu. Dibiarkan saja telefon kehabisan bateri sehingga telefon itu mati.

“Nanti Nuh beli power bank. Jangan lupa guna pula.” Pesan Nuh.

Lily mengangguk.

“Jom.” Nuh menarik tangan Lily supaya mengikuti langkahnya.

“Nuh. Mak su kata kita haram sentuh-sentuh. Nuh kena kahwin dengan Lily kalai Nuh nak pegang Lily.” Polos bicara Lily.

“Nuh terpaksa. Takkan Nuh nak beli tali dan tambat Lily supaya ikut Nuh pula? Kalau Nuh biarkan nanti Lily hilang lagi.” Bidas Nuh seraya menarik tangan gadis muda itu supata mengikutinya.

Lily diam saja tapi masih akur mengikuti langkah Nuh.

Nuh menghela nafas.

Lily ini merisaukan dia. Polos Lily bukan main-main.

+++

MEREKA berdua menuju ke sebuah kedai makan untuk mengisi perut memandangkan jarum jam sudah menunjukan waktu tengah hari. Kebetulan pula Nubhan, Ayyim dan Ayana bosan saja jadi apa salahnya Nuh mengajak kawan-kawannya untuk keluar makan sekali. Makan berdua dengan Lily buat Nuh rasa segan.

“Hai Nuh!” sapa Ayana tatkala dia tiba di situ dengan abangnya, Ayyim. Nuh melemparkan senyuman manis. Terus Ayana melabuhkan punggung disebelah Lily sementara Ayyim menjadi perantara Ayana dan Nuh.

“Mimpi apa belanja kita orang makan?” soal Ayyim ingin tahu.

“Sajalah…” tenang saja jawapan Nuh.

“Abang Ayyim ni. Nuh nak belanja terima kasih sajalah. Boleh pula dia menyiasat macam Nuh tu dah buat salah.” Bidas Ayana. Ayyim hanya mencebikkan bibir tatkala dia mendengar bicara Ayana.

“Ey, Lily comellah hari ni.” Puji Ayana sambil memeluk manja tubuh Lily.

“Ayana pun comel juga.” Balas Lily polos.

“Ey, sukaaaa!” seronok Ayana dibuatnya.

“Lambat si Nubhan ni datang.” Rungut Ayyim. Sesekali matanya mengerling Nuh yang leka menatap Lily. Hujung bibir mengukirkan senyuman senget. Lengan Nuh disiku sikit membuatkan pandangan Nuh teralih pada Ayyim.

“Kau suka kau cakap, Nuh. Jangan tangguh-tangguh. Lily tu cantik. Kalau tak disambar buaya mungkin disambar singa.” Bisik Ayyim.

“Ish kau ni, merepek.” Rungut Nuh.

“Aku cakap betul.”

Nuh menjuihkan bibir.

“Lily. Kau bila nak kahwin dengan Nuh? Lama dah bertunang.” Tegur Ayyim secara tiba-tiba.

“Tak tahu. Bila kita nak kahwin Nuh?” kali ini Lily bertanya semula kepada Nuh.

Nuh diam.

“Nuh nak telefon Nubhan. Mungkin dia ada masalah nak datang ke sini. Ayana. Tokong order makanan.” Pinta Nuh seraya bangkit pergi dari situ. Sepasang mata Lily memerhatikan Nuh yang menjauh.

Lily menghela nafas perlahan.

Kecewa.

Sampai bila hubungan mereka tergantung begini? Sungguh, Lily penat.

​ꪀꪊ​ꫝWhere stories live. Discover now