HARI ini hari minggu jadi Nuh tidak berkerja. Nuh tak kisah kalau Lily nak duduk atas riba dia tapi apa yang Nuh kisah ialah Nuh merenung saja mukanya tanpa berbicara apa-apa. Segan tahu?!
“Li-Lily…” seru Nuh gugup.
“Hmm?” soal Lily sambil memandang Nuh dengan pandangan keliru. Mata yang terkebil-kebil itu membuatkan Lily bertambah comel pada pandangan Nuh.
“Lily nak cakap sesuatu ke? Kalau Lily ada nak cakap sesuatu bagitahu. Jangan pandang Nuh lama-lama…” tegur Nuh dengan nada suara yang sangat perlahan. Lily semakin bertambah keliru.
“Kenapa Lily tak boleh pandang Nuh lama-lama? Nuh kan suami Lily. Tak ada yang berdosa pun.”
“Ya, tak berdosa. Tapi, Lily-.” Nuh berjeda. Liur ditelan.
“Tapi?” Lily menyoal. Tidak mengerti kenapa Nuh sengaja menggantung bicara.
Nuh membalas renungan Lily. Lama juga sepi yang menghuni antara mereka berdua. Namun, Nuh tak mampu untuk terus merenung kerana wajahnya terasa menghangat membuatkan dia meraup wajah. Telinga memerah dan juga lehernya.
Berdebar bila pandang isteri sendiri sedangkan dia tak malu pun bila pandang perempuan lain. Mungkin sebab dia cintakan Lily. Itu dia berdebar.“Nuh. Kenapa Lily tak boleh merenung Nuh lama-lama?” soal Lily polos.
Nuh meraup wajah bersama-sama helaan kecil.
“Nuh segan.” Nuh terpaksa jujur saja kerana Lily tak akan faham andai dia memutar belit.
“Segan? Kenapa nak segan? Kita dah kahwin kan?” soal Lily lagi.
“Ya, kita dah kahwin. Biasalah Nuh rasa segan bila Lily pandang lama-lama tapi tak cakap apa-apa.”
“Kenapa?”
Nuh mengetap bibir lalu dia memandang ke arah lain. Lily mengembungkan pipi lalu dia menekup kedua-dua pipi Nuh supaya suaminya itu menatap seraut wajahnya dengan telus.
“Nuh…”
“Sini sikit. Nuh bisik.” Lily mendekatkan telinganya bila Nuh berkata begitu. Nuh bisik.
“Nuh ss-segan se-bab Lily c-cantik.” Seusai itu Nuh menjauhkan wajah. Sepasang mata Lily membulat. Terkejut sebenarnya apabila dia mendengar pujian Nuh yang jelas itu. Lily merenung Nuh yang menekup muka.
Telinga Nuh memerah teruk.
Lily mengulum senyum. Sukalah!
Terus batang leher Nuh dipeluk sebelum pipi itu diciumnya berkali-kali. Nuh menyembamkan wajah pada ceruk leher Lily. Mengelak Lily dari terus mencium pipinya. Mengekek ketawa Lily.
Suka sangat dia tengok reaksi Nuh.“Nuh ni. Buat baby tak malu. Puji Lily malu-malu pula.” Setepek Lily bagi pada Nuh.
“Ey, Lily yang nak sangat baby kan? Sampai beria nak minta pada Putera. Bila Nuh bagi banyak pula cekadak. Nuh merajuk kang.” Bidas Nuh dengan nada berjauh hati. Lily tergelak.
Terguris pula hati suami dia.
“Alololo, Lily minta maaf.” Pujuk Lily sambil tersenyum manis.
“Nuh maafkan.”
“Muah!” Lily mencium sekilas batang hidung Nuh. Geram aje dia tengok muka Nuh. Hensem!
+++
“NUH…” rengekkan Lily buat hati Nuh jadi resah. Mood Lily sejak mengandung memang susah Nuh nak menduga. Sekejap Lily manja persis kucing parsi. Sekejap, Lily garang bagaikan naga. Sekejap, permintaan Lily diluar jangka. Sekejap Lily menangis tiba-tiba.
Inikah getir seorang suami menghadapu isteri yang mengandung?
“Nuh…!” Lily mula sebal bila Nuh berjalan laju sekitar rumah seolah-olah mahu melarikan diri daripada dia. Lily bukannya lembaga aneh yang mengejar Nuh untuk membunuh.
Nuh berhenti. Dia memusingkan tubuh memandang Lily.
“Nu-Nuh tak nak dah…” tutur Nuh perlahan. Mahu menangis dia. Lily suka mengidam bukan-bukan. Takutlah dia. Entah dari mana datangnya idea itu Nuh sendiri tak tahu. Nampaknya, dia kena melarang Lily dari melihat mana-mana media massa sehingga Lily melahirkan anak.
“Nuh…”
Nuh menggeleng.
“Please.” Pinta Lily manja dengan mengerdipkan mata. Nuh tetap menolak membuatkan Lily mengetap bibir lalu tangan Nuh ditarik secara paksa masuk ke dalam bilik mereka.
“Lily, Nuh tak nak!”
“Lily bawa baby. Nuh tolak Nuh tak sayang baby…” ugutan Lily buat Nuh hilang kata. Siapa yang ajar isteri dia main ugut-ugut ni?
Tubuh Nuh ditolak di atas katil.
Ah, sudah. Lily dah buat muka gatal. Nuh pula yang nak lari. Sudah terbalik kod kalau orang lain nampak kerenah mereka. Tingkah Nuh seolah-olah perempuan sedangkan Nuh lelaki.“Lilyyyyyyy.” Nuh merengek.
Nuh nak lari. Tapi Lily lebih pantas menahan batang tubuh Nuh iaitu dengan menolak Nuh terbaring secara melentang dan Lily naik di atas tubuh Nuh sebelum kedua-dua tangan Nuh diikat pada kepala katil.“Lily. Ingat baby, Lily.”
“Diam. Baby yang nak. Nuh tak nak bagi pulak.” Nuh rasa nak menangis aje. Lily ni seram macam perogol!

ANDA SEDANG MEMBACA
ꪀꪊꫝ
RomanceKata orang cinta pandang pertama itu manis. Tapi bagi Lily, kelat rasanya. Nuh penuh enigma. Nuh buat Lily keliru dengan rasa hati sendiri. Nuh kata Nuh cinta. Tapi mengapa pernikahan mereka ditunda? Nuh kata Nuh cinta tapi kenapa perasaan sayangnya...