Bab 25♡

1.9K 154 7
                                    

“NUH…” Lily tersengih kecil melihat Nuh yang nampak gelisah dan gusar. Nuh kelihatan serba serbi tidak kena semasa mereka berdua berada di dalam wad. Nuh bawa Lily ke hospital sebab Lily mengalami pendarahan. Nuh mati-mati fikir Lily mahu beranak. Tapi Lily terpaksa duduk di wad buat sementara disebabkan bukaan yang masih kecil.

“Lily okey? Lily ada rasa apa-apa?” soal Nuh ingin tahu. Seraut wajah Lily dipandang dengan penuh rasa resah. Lily menekup lembut kedua-dua pipi Nuh lalu dia mencantumkan dahi mereka.

“Lily okey buat masa ni, Nuh. Nuh janganlah risau…” pujuk Lily lagi.

“Nuh tak tahulah. Lily yang akan bersalin tapi hati Nuh ni yang gelisah sangat. Nuh takut sangat apa-apa jadi pada Lily. Kalaulah Nuh boleh bersalinkan baby bagi tempat Lily pun Nuh sanggup.” Bicara Nuh itu mengundang ketawa Lily.

Merepek dah suami dia ni.

“Nuh, Lily ni nampak aje lembik. Sebenarnya Lily ni kuat tau.”

“Kuat apa? Lily buat semua benda semua kena cari Nuh. Nuh tahu Lily takkan boleh buat apa-apa tanpa Nuh. Nuh risau sangat.”

Lily mengusap rambut Nuh.

“Bertenang, Nuh. Percayakan Lily okey?” pujuk Lily dengan lembut.

“Nuh bukan tak percayakan Lily. Nuh percaya dan Nuh tahu yang Lily kuat. Tapi, Nuh takut…”

“Takut apa?”

“Nuh takut kalau Lily pergi dulu. Nuh tak nak hilang Lily. Biarlah kalau kita tak dapat baby dari Nuh hilang Lily.” Esakkan kecil Nuh membuatkan Lily menguntum senyuman nipis. Nuh ni semenjak Lily memasuki trimester terakhir.

“Nuh. Ajal dan maut kan ada ketentuan Allah?” pujuk Lily.

Makin meraunglah Nuh bila dia dengar Lily kata begitu. Teresak-esak dia menangis sampaikan habis telinga dan hidung Nuh memerah.

“Lily jangan pergi.” Rayu Nuh.

“Lily cakap benda yang betul saja, Nuh. Kita tahu bila kita mati.” Tutur Lily sambil mengelus lembut pipi Nuh. Lily tersenyum kecil. Air mata yang bersisa dipipi diseka.

“Nuh nak baring sebelah Lily.” Pinta Nuh. Lily beri saja ruang buat si suami memandangkan Nuh buat muka comel. Lily mengusap lembut rambut Nuh tatkala suaminya itu menyembam pada dadanya.

“Lily…” seru Nuh lembut.

“Nuh sayang Lily.” Bisik Nuh. Mendengarkan itu, Lily menguntumkan senyuman.

+++

SELANG beberapa jam mereka berdua berbual, Lily tiba-tiba mengadu sakit. Nuh menjadi cemas dan memberitahu jururawat yang bertugas. Tahu-tahu saja Lily sudah tiba waktu melahirkan. Cemas? Tipulah kalau Nuh kata dia tak cemas. Resah? Sesungguhnya hanya Allah saja yang tahu betapa resahnya hati Nuh.

“Nuh…” suara yang menyeru namanya itu membuatkan Nuh menoleh.

“Ab-Abang Reiss.”

“Kau ni muka cuak semacam kenapa? Kau nak beranak ke bini kau yang nak beranak?” soal Reiss sambil menatap seraut wajah adiknya itu. Nuh mengemam bibir bersama-sama wajah sedih.

“Nuh takut. Nuh takut hilang Lily.” Adu Nuh bersama-sama tangisan. Reiss mendebik kasar kepala Nuh.

“Lembab! Kau sendiri kena percaya yang Lily tu kuat. Dah jangan menangis.” Pujuk Reiss. Melihat air mata Nuh yang mula menitis menandakan si adik tidak makan nasihatnnya. Reiss menghela nafas lalu dia menarik Nuh ke dalam pelukannya.

Nuh terus saja menangis kuat.

Reiss? Buat saja muka pasrah meskipun isterinya juga sudah selesai bersalin.

Tidak lama selepas itu, Nuh dipanggil doktor. Muka cuak Nuh buat Reiss meraup wajah. Tak tahulah kenapa Nuh jadi sampai macam ni sekali. Berjuta kali dia dah pesan jangan tengok video tentang beranak yang bukan-bukan. Nuh degil juga.

Ey, susah betul!

“Nuh…” seru Lily demgan suara lemah. Dia mengukirkan senyuman nipis buat Nuh mendapatkan Lily. Pipi, mata, dahi dan berakhir pada bibir semua diciumnya. Lily? Dia hanya ketawa kecil dengan tingkah Nuh.

“Nuh rasa macam nak mati saja tunggu Lily. Nuh nak temankan Lily tak bagi.”

“Kalau Nuh masuk nanti Lily makin susah nak beranak sebab Nuh mesti meraung.” Bidas Lily lembut.

Nuh memuncungkan bibir.

“Tu baby kita.” Bibir dijuihkan ke arah si kecil yang baring disebelah Lily. Nuh mendapatkan bayi itu pula.

“Comelnya. Ini anak Nuh ke?” Soal Nuh tak percaya.

“Anak Nuhlah.”

Nuh mendukung bayi itu. Dia cium dulu sebelum azankan anak sulungnya buat pertama kali. Sesudah itu, Nuh meletakkan kembali bayi itu ditempatnya.

“Terima kasih sebab dah mengandungkan dan melahirkan anak untuk Nuh.” Ucap Nuh sambil menyentuh pipi Lily.

Lily senyum.

“Sini.” Gamit Lily.

Nuh mendekati Lily lalu air matanya yang hampir kering ditulang pipi diseka dengan perlahan.

“Lily ni kuat kan? Nuh percaya apa yang Lily kata?”

Nuh mengangguk.

“Nuh percaya, sayang.” Balas Nuh lembut.

​ꪀꪊ​ꫝWhere stories live. Discover now