Seminggu kemudian…
“PA…” Encik Afif yang sedang berbual dengan kenalannya menoleh menatap anak lelakinya yang tampak segak lagi. Mana tidaknya hari ini Nuh dan Lily telah disatukan dengan sekali lafaz saja. Alhamdulillah, Nuh kelihatan amat tenang sekali ketika melafazkan akad membuatkan Encik Afif berasa lega.
“Kenapa tak pergi mandi-mandi dan rehat lagi?” soal Encik Afif dengan hairan. Dari pagi hingga petang macam itulah anak lelakinya. Encik Afif terfikir yang anak lelakinya ini tidak berasa panas ke?
“Macam mana Nuh nak masuk bilik pa? Lily ada…”
“Masuk ajelah. Lily kan isteri Nuh.”
“Nuh maluuuuu!” dengan suara merengek Nuh menekup wajahnya. Seganlah dia hendak mengaku pada papanya. Encik Afif ketawa saja tatkala dia mendengar bicara anak lelakinya.
“Apa yang Nuh nak malukan? Lily tu dah sah jadi isteri Nuh.”
“Nuh malulah. Lily kan perangai dia naif naif gitu…” adu Nuh lagi.
Encik Afif menghela nafas lalu dia menyangkutkan tangan pada bahu anak lelakinya. Sudah sama besar dengan dia sedangkan masa Nuh ditatang sewaktu kecil dulu Nuh sebesar tapak tangan dia saja.
Haih, pantas masa berlalu.
“Tak elok lepaskan isteri yang cantik. Nuh fikir papa boleh bertenang dan bersabar aje macam Nuh lepas papa kahwin dengan mama? Papa-.” Puk! Belakang tubuh Encik Afif terasa ditampar sesuatu.
Terus saja kedua-dua lelaki itu menoleh.
“Eh, sayang!” sapa Encik Afif dengan sengihan.
“Abang jangan nak cerita benda pelik-pelik pada Nuh.” Tegur Puan Raifa dengan suara tegas. Encik Afif memandang si isteri dengan muka terpinga-pinga.
“Cerita benda pelik apa? Nuh kan dah kahwin. Nanti-.”
“Saya cakap jangan, abang.” Tegas lagi Puan Raifa menegur.
Encik Afif tergelak suka. Tangan yang tadinya berehat di atas bahu si anak terus berpindah menyauk pinggang si isteri. Tubuh si isteri dipeluk rapat sehinggakan tiada sebarang jurang diantara mereka.
Puan Raifa menghela nafas.
“Nuh, pergilah masuk bilik. Lily tertidur dah tunggu kamu.” Bicara si mama membuatkan Nuh rasa serba salah. Tangan si papa dan mamanya disalam dengan penuh sopan sebelum Nuh mempamitkan diri untuk masuk ke dalam biliknya.
Kesian Lily menunggunya sehingga tertidur.
Nuh membuka dedaun pintu perlahan-lahan. Elok saja dia masuk terus matanya melilau mencari kelibat Lily. Nuh nampak Lily sedang terlena dengan baju nikah mereka. Make-up pun tak cuci.
Nuh menghela nafas.
Isteri dia ni…
Nuh membuka langkah menuju ke arah katil lalu dia melabuhkan punggung dibirai katil. Segala peralatan dan pakaian Lily sudah dikemas di dalam bilik Nuh juga. Nuh mencari pencuci make-up untuk membersihkan wajah Lily.
Setelah itu, Nuh membersihkan wajah Lily dengan lembut.
Isteri dia ni memang tak fikir langsung penjagaan muka tu.
Seusai membersihkan muka Lily barulah Nuh pergi membersihkan tubuh. Tak lama pun Nuh mandi kerana dia risau Lily bangun secara mengejut. Nuh mengikat tuala di tubuhnya lalu dia masuk ke dalam bilik semula.
Tabiat. Lupa Lily juga sedang tidur di dalam biliknya.
Lekas Nuh mendekati almari lalu seluarnya disarung dengan pantas. Terasa belakang tubuhnya disandar membuatkan Nuh terkaku.
“Nuh…” rengek Lily dengan suara manja.
“Lily. Pergi mandi.”
“Kenapa Nuh lambat sangat masuk bilik? Lily tunggu Nuh sampai Lily mengantuk.” Rungut Lily.
“Nuh jumpa tuk walid. Dia kan dah tua. Tapi dia nak juga melawat Nuh tadi.” Cerita Nuh.
“Alaa, Lily tak boleh nak jumpa atuk.”
“Nanti Nuh bawalah Lily jumpa tuk walid. Rumah tuk walid bukan jauh pun.” Bidas Nuh dengan senang. Dia mengejak ke depan sikit tapi Lily menyandar pada belakangnya. Sudah serupa magnet saja dia ni tarik besi yang lain tak bukan si Lily.
“Nuh, Lily nak tidur lagi.”
“Pergi mandi dulu nanti sambunglah tidur.”
“Jom mandi dengan Lily.”
“Nuh dah mandi.” Tenang saja Nuh menjawab tapi sedangkan jantung dia ni sudah serupa mahu meletup saja. Lily melembikkan diri seolah-olah dia mahu tumbang membuatkan Nuh kalut mahu menyambut.
Lily memuncung.
“Nuh kata Nuh nak mandi dengan Lily kalau kita dah kahwin.” Lily mula mengungkit.
“Nuh lupa. Nuh mandi dulu tadi sebab Nuh tengok Lily penat sangat.” Lembut saja jawapan Nuh.
“Lily tak nak mandi.”
“Pergilah mandi. Nanti macam mana Nuh nak peluk Lily kalau Lily masam?”
“Lily masam ke?”
“Bau masamlah juga. Tapi kalau Lily wangi Nuh lagi suka peluk Lily. Peluk ketat-ketat tak mahu lepas. Nak?” laju Lily mengangguk. Penuh girang si isteri bangkit mencapai tuala masuk ke dalam tandas.
Nuh ketawa kecil.
Baju disarungkan pada tubuh lalu dia merebahkan tubuh di atas katil. Bau katil pun dah bau Lily.
Lily tak masam pun. Dia saja menipu.
Nanti dia kata Lily wangi mesti Lily tak mahu mandi.
Aduhai, isteri…
YOU ARE READING
ꪀꪊꫝ
عاطفيةKata orang cinta pandang pertama itu manis. Tapi bagi Lily, kelat rasanya. Nuh penuh enigma. Nuh buat Lily keliru dengan rasa hati sendiri. Nuh kata Nuh cinta. Tapi mengapa pernikahan mereka ditunda? Nuh kata Nuh cinta tapi kenapa perasaan sayangnya...