Special: Reiss☆

2.1K 150 6
                                        

NUH sudah bina keluarga. Aku pula? Entah bila. Tak mahu terus membevankan kepala otak maka aku lekas saja menyarung hoodie yang bertutup untuk melindungi rambutku. Topi dipakai juga berserta penutup muka hitam dan juga kaca mata. Sekali nampak macam orang jahat yang mencurigakan.

Hah! Peduli apa. Aku tak mahu orang pandang aku pelik macam hantu sebab rambut putih aku. Bila orang tengok aku mereka suka memerhatikan aku lama-lama buat aku rasa sangat tidak selesa. Maka, penuh yakin aku melangkah keluar. Pintu rumah dikunci dulu sebelum menyambung langkah berjalan kaki menuju ke arah taman rekreasi yang terletak tidak jauh dari sini.

Sudah tiba disitu aku duduk di atas kerusi batu. Memerhatikan kanak-kanak yang seronok bermain. Ada yang sedang berjoging ada juga yang sedang bermain bola sepak. Pendek kata, banyaklah aktiviti di sini. Aku tengok pun aku penat. Nampak sangatlah aku ni malas bersenam.

Sepasang mata aku tertumpu pada seorang budak kecil. Dia tengah berbual dengan seorang wanita tua. Nampak macam mencurigakan. Tapi kalau dia berbual dengan nenek dia macam mana? Tapi kalau tu bukan nenek dia?

Aku duduk je. Aku perhatikan budak tu. Nampaklah budak tu macam terumpan nak ikut perempuan tua tu. Tak tunggu lama aku terus saja bangkit menuju ke arah budak itu dan juga nenek tua tu.

Aku pegang tangan budak tu.

Dua-dua tengok aku.

Aku perhati nenek tu lama-lama. Muka dia macam takut je. Aku tak cakap lagi pun dia terus lepas tangan budak tu dan pergi dari situ. Mesti dia ingat aku penjaga budak ni. Sahihlah nenek tua tu ada niat yang tak baik pada budak ni.

“Abang ni siapa?” soalnya.

Aku tunduk pandang dia.

“Abang ni menakutkan. Macam penculik.” Setepek dia bagi pada aku. Eh, budak ni. Tadi nenek tua muka macam ahli sihir tak ada pula kau kata menakutkan. Elok aje kau setuju nak ikut dia. Aku bertutup macam ni kau boleh label aku macam penculik? Kau kata aku menakutkan?

Aku menunduk sikit agar ketinggian aku separas dengannya.

Aku buka kaca mata dan mask. Dia melopongkan bibirnya.

“Abang ni hensem!”

Aku tersengih.

Baru kau tahu? Muka hensem ni kau kata macam penculik tadi tau! Aku cakap dalam hati ajelah. Takkan aku nak riak cakap kuat-kuat pulak. Malulah.

“Bulu mata abang warna putih. Macam doll.” Pujinya lagi.

Aku senyum.

“Nama saya Uwais al-Qarni. Mama suruh panggil Uwais.”

Aku nak cakap ke? Nanti budak ni kantoikan aku ni tak bisu macam mana? Kalau aku buat bahasa isyarat macam mana? Dia faham ke? Kebetulan Nuh ada janji dengan aku nak jumpa di taman ni. Sepasang mata aku mencari juga kelibat Nuh.

Mula-mula aku cuba je buat bahasa isyarat pada Uwais. Tapi dia tak faham. Aku saja buat-buat nak menangis sebab aku nampak kelibat Nuh. Terus aku gamit dia datang sini. Nuh datang. Muka blur.

Aku buat isyarat suruh dia tolong translate pada Uwais. Mujur dia faham.

“Abang ni bisu. Nama dia Abang Wildan.” Ujar Nuh. Mujurlah Nuh pun keluar pakai mask juga sebab hari ni dia tak berapa sihat. Lagi-lagi hari ni dia nak teman aku pergi pasar raya. Mesti kena pakai mask.

Nanti si Anais nampak Nuh berjalan berdua dengan lelaki dia tahu dah tu aku. Nuh tak rapat dengan mana-mana lelaki sangat melainkan aku je. Aku kan abang dia.

“Oh, Abang Wildan. Acik ni siapa?”

“Acik ni pak cik je. Pak cik lalu lalang.” Senang-senang aje Nuh gula-gulakan budak kecil ni. Si Uwais pun digula-gulakan. Dia bukan cam sangat suara Nuh memandangkan suara Nuh serak-serak. Sakit tekak.

“Mana mak adik?” soal Nuh lagi.

Bila Nuh tanya aje tentang mak budak tu terus si Uwais nangis. Baik aku atau Nuh dua-dua gelabah. Aku bagi isyarat pada Nuh biar aku cari mak dia sementara Nuh tunggu aku dalam kereta. Nuh tak sihat. Aku tak naklah dia berdiri lama-lama di luar. Nanti dia pengsan mampus aku nak menjawab pada si Lily tu.

Adik ipar aku tu muka je naif tapi kalau bab laki dia jangan buat main. Mula-mula Nuh tak nak tapi dia akur juga. Aku pakai kaca mata dan mask semula.

Aku bawalah Uwais yang tengah menangis tu cari mak dia. Kebetulan nampak seorang perempuan gelabah keluarkan telefon. Muka dia pucat dan nampak takut sangat. Tapi dalam muka takut tu satu je aku boleh label.

Cantik.

“Abang Wildan, tu mama.”  Dia tarik tangan aku menuju ke arah perempuan tu.

“Mama!” seru Uwais. Uwais berlari ke arah mamanya dan mamanya dipeluk. Uwais menangis.

“Ey, Uwais pergi ke mana? Mama risau tahu tak?” gumam si mama. Lawa betul mak dia. Untung lah suami dia dapat bini lawa macam ni.

Mama Uwais pandang aku.

“Encik.  Terima  kasih  sebab  memulangkan  anak  saya.  Saya  betul  -  betul  hargai  apa  yang  encik  buat.  Jomlah  makan  dengan  saya  sebagai  gantinya”.  Kata si mama Uwais.

Aku geleng.

Tak nak aku kacau bini orang.

“Janganlah  malu  -  malu.  Saya  takkan  kacau  encik  kalau  encik  suami  orang.  Saya  pun  tak  puas  lagi  hidup  sebagai  anak  dara”.  Wait. Dia kata dia anak dara? Jadi Uwais tu bukan anak kandung dia dandia tak kahwin lagi?

So aku ada peluang lah ni?

Patutlah budak kecik ni berusaha sangat tanya aku dah kahwin ke tidak. Dia nak calonkan aku jadi papa dia ke? Eh, takkan aku nak tolak. Alang-alang tengah cari bini dapat bini yang lawa apa salahnya. Nak-nak lagi kalau ada Uwais yang cerdik ni sebagai anak.

Aku layan aje rentak permainan mama Uwais memandangkan gayanya juga tengah menggoda. Well, game starts bunny.

Let’s see who will fell harder.

​ꪀꪊ​ꫝTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang